Apa kaitan tajuk ni dengan anda??? Anda rasa ada kaitan tak? Bagi saya sudah pasti ia berkaitan tentang kita semua.
Pernah tak anda terfikir tentang apa yang anda ada hari ini? Adakah ia dapat sekelip mata?? Tentu tidak bukan... ia adalah apa yang telah anda rancang dan lakukan pada masa lalu.. Mungkin 5 tahun atau 10 tahun atau mungkin juga 15 tahun lalu sejak anda di sekolahkan oleh ibubapa anda. Cuba anda fahami sedalam-dalamnya maksud ayat pada gambar di bawah ni " Your Future is created by what you do today, not tommorow.
Baiklah dalam kehidupan kita tidak dapat lari daripada menyediakan pelan atau perancangan dan daripada situ barulah satu tindakan diambil bagi mencapai objektif yang dikehendaki. Saya tidak tahu jika anda adalah orang yang tidak suka merancang maksudnya anda jenis yang 'aci boleh' saja.
Bagi saya adalah lebih baik kita merancang segala apa yang kita hendak lakukan supaya kita dapat mengenalpasti sejauh mana pencapaian yang telah dilakukan. Anda boleh menilai semula kelebihan dan kekurangan dimana penambahbaikan dapat di lakukan.
Perumpamaan sebegini dapat memberi gambaran lebih jelas lagi bagi maksud yang ingin saya sampaikan kepada anda semua.
"Apa yang anda dapat pada hari ini adalah apa yang anda lakukan pada masa lalu; Apa yang anda lakukan pada hari ini adalah apa yang anda dapat di masa hadapan"
Saya disini sebagai perunding unit amanah yang di amanahkan tanggungjawab bagi mendidik dan menyedarkan anda tentang kepentingan perancangan kewangan anda pada hari ini untuk masa hadapan. Ini penting bagi memastikan kehidupan anda lebih terjamin serta bahagia mengecapi sisa hidup di hari tua kelak.
Jika anda fikirkan ianya tidak penting dan anda lebih selesa dengan perancangan saat akhir dab bila tiba waktu itu sebenarnya anda sudah terlewat. Kerana apa? Ini disebabkan sisa kudrat/upaya tidak sekuat di waktu muda.
Saya teringat kembali satu perkara iaitu Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Cuba renungkan kembali maksud ayat itu...
"SIHAT sebelum SAKITMUDA sebelum TUAKAYA sebelum MISKINSENANG sebelum SEMPITHIDUP sebelum MATI"
Saya hanya mampu berpesan kepada anda dan diri saya sendiri beringatlah kita di waktu ini kita mampu gelak ketawa, bergurau senda, mampu bersuka ria... tapi bayangkan segala tiada lagi. Apa yang ada hanyalah keSAKITan, keTUAan, keMISKINan, keSEMPITan, keMATIan adalah pasti dalam kehidupan kita. Tapi adakah anda sudah bersedia untuk itu??? Anda fikirkan dan anda yang tentukan pilihan ditangan anda!!!
Renung-renungkan. Selamat Beramal.
Nota : Simpanlah wang anda sebanyak 30% daripada pendapatan anda, gunakan 70% daripada jumlah pendapatan anda untuk kehidupan anda. Jangan lupa berikan sebahagian daripadanya kepada yang memerlukan seperti rumah kebajikan, rumah anak yatim. Sebab mudahnya, apa yang kita dapat itu bukanlah semuanya milik kita, sebahagiannya adalah milik orang lain yang mana kita di jadikan sebagai perantara oleh-Nya untuk menyampaikan semula ke jalan-Nya. Insyaallah pasti ada keberkatan dan kelebihan rahmat-Nya kepada anda. Semoga semakin bertambah-tambah rezeki anda. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment