Maklumat ni aku dapatkan daripada website http://www.zaharuddin.net/ jadi hanya untuk dipanjangkan kepada pelawat blog aku je. Walaupun, ia sudah lama ia di keluarkan namun mungkin masih ramai di luar sana yang masih belum mengetahuinya. Sharing is Caring.
PERSOALAN BERKENAAN
KWSP DAN ASB
Pakdi : Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram?
RESPOND Ust Zaharuddin Abd Rahman (UZAR):
Bezanya adalah :-
1-
ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak, tetapi KWSP adalah
tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. Justeru, pencarum tidak berdosa atas
apa jua pelaburan yang dibuat oleh KWSP kerana ia bukanlah pilihan
mereka, mereka juga meletakkan wang di KWSP juga bukan atas pilihan
tetapi kewajiban yang ditentukan kerajaan.
2-
ASB adalah instrument yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan
mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya
adalah dengan niat melabur, serta menggunakan aqad pelaburan (secara
sedar atau tidak) dan ingin mendapatkan untung hasil darinya kelak.
KWSP
pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya
bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad simpanan wadi'ah (safe
keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas
insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen
ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur,
ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen
yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang
dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan
baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.
Pak Di memberi respond setelah jawapan di atas :
KWSP
adalah dana pelaburan. Tetapi ia berkonsepkan retirement fund. bila
disebut retirement fund, maka investment approach KWSP adalah lebih low
risk & konservatif berbanding ASB. Justeru, saya tidak bersetuju
anggapan KWSP adalah savings kerana semua maklum KWSP adalah pengurus
dana yang terbesar di Bursa Malaysia.
RESPOND UZAR :
Benar,
anda boleh tidak setuju bahawa KWSP adalah savings, tetapi menurut
Shariah, kita melihat dari sudut hubungan di antara pencarum/penyimpan
dan KWSP.
Dalam
hal ini, ‘takyif' atau bentuk yang terdapat dalam Shariah (samada ia
pelaburan atau simpanan) terhadap hubungan pencarum boleh dilihat kepada
: -
•a) Nama
dana ini sendiri , iaitu KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP).
Justeru, nama ia pun sudah ‘self explanatory' tentang sifatnya kepada
pencarum, iaitu satu dana simpanan. Malah di web nya juga di sebut
"tabung SIMPANAN" bukan TABUNG PELABURAN.
•b) Disebut di dalam web KWSP juga :
"KWSP
merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah
Undang-Undang Malaysia (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan
kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh
dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi
memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta
kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja
mereka." ( Rujuk : Web KWSP )
Tiada
disebut langsung bahawa ia seperti sebuah dana pelaburan yang bertindak
sebagai pengusaha, ia disebut jelas "pengurusan simpanan" , ia dengan
jelas adalah tabung simpanan dan bukan pelaburan. Justeru pencarum tidak
dianggap sebagai pelabur setiap kali ia meletakkan wangnya di KWSP.
Benar, saya tahu memang disebut juga bahawa
"Alokasi Pelaburan
Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah." (rujuk : web KWSP)
Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah." (rujuk : web KWSP)
Tetapi
dalam islam, ia adalah dikira ‘separate issue and contract', pelaburan
itu adalah inisiatif yang dibuat oleh KWSP sendiri atau mungkin juga
oleh pencarum tetapi dengan kontrak yang lain; Justeru hubungan antara
KWSP dan pencarum (kita semua) adalah BUKAN sebagai pelabur dan
pengusaha. Itulah maksud saya, hubungan pencarum dengan KWSP adalah atas
asas wadiah (simpanan wang untuk hari tua), inilah yang menjadikan KWSP
wajib menjamin wang caruman kita tidak lupus, jika ia dinggap sebagai
pelaburan kita, maka KWSP TIDAK boleh menjamin selamatnya wang itu.
•c) Dengan merujuk kepada borang mencarum di KWSP (hanya diisi sekali di permulaan kerjaya) . sila buka link borang KWSP di http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=320
Anda
akan dapati tiada langsung tanda-tanda bahawa kita sedang melabur di
KWSP apabila mencarum. Ia berbeza dengan ASB sudah tentunya.
Malah
jika KWSP menggunakan aqad pelaburan, pasti timbul isu Shariah baru
iaitu ia gunakan Mudarabah atau Musharakah? Jika mudarabah, beraspa
nisbah pembahagian keuntungan antara pelabur dan pengusaha? Sedangkan ia
mesti diketahui di awal kontrak. JIka ia gunakan konsep Pelaburan
Musharakah, maka berapakah jumlah pelaburan yang diletakkan oleh KWSP
sebagai partner ? dan banayk lagi rukun dan syarat yang ditetapkan oleh
Shariah tidak jelas. Akhirnya, Sememangnya ia bukan aqad pelaburan
seperti ASB.
PAK DI : Malah KWSP memberikan pilihan kepada para pencarum untuk mengeluarkan akaun 1 mereka untuk melabur ke dalam dana amanah yang diluluskan.
Quote: |
Misi utama kami ialah menyediakan faedah persaraan bagi semua ahli melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. |
RESPOND UZAR :
Ini
isu lain, ini adalah si pencarum dibenar keluarkan wangnya dalam tabung
simpanan KWSP itu untuk diguna sebagai pelaburan di tempat lain. Ia
adalah satu lagi kontrak lain yang akan dimeterai oleh pelanggan selepas
ia jumlahnya terkumpul dan sampai ke sesuatu ‘limit' (jumlah) yang
layak. Yang jelas, ia BUKAN KONTRAK ASAS bagi semua pencarum yang
mencarum dengan KWSP, tetapi iaa adalah pilihan yang hanya dimeterai
selepas aqad wadiah dibuat dan berasingan dengannya pula.
PAK DI :
Sekiranya KWSP adalah simpanan semata-mata, kenapa KWSP membenarkan
sejumlah pelaburan luar dibuat oleh pencarum sendiri? Sudah tentu ia
bertentangan dengan matlamat asal KWSP, kerana savings is savings dan
investment is investment. Justeru lebih tepat kita menyatakan KWSP
adalah invesment for retirement.
malah dinyatakan dalam Akta KWSP, Seksyen 26. dibenarkan oleh undang-undang untuk Lembaga Pengurusan KWSP untuk melabur.
malah dinyatakan dalam Akta KWSP, Seksyen 26. dibenarkan oleh undang-undang untuk Lembaga Pengurusan KWSP untuk melabur.
RESPOND UZAR :
MasyaAllah,
ini amat tiada kaitan dengan aqad asas pencarum dengan KWSP yang telah
saya nyatakan tadi, ia adalah wadiah atau simpanan sahaja..
Isu
jika anda ingin keluarkan sebahagian dari kumpulan wang anda yang
tersimpan untuk pelaburan lain, ia adalah hal yang berasingan lain dan
menggunakan kontrak lain. Malah dengan mengeluarkan satu bahagian dari
kumpulan wang simpanan kita itu, sudah tentu tidak menjadikan seluruh
kumpulan wang itu menjadi pelaburan secara automatik. Tidak sama sekali.
Malah
apabila disebut dalam Akta tadi bahawa dibenar untuk melabur, ia
sebaik-baik bukti bahawa aqad asas KWSP dengan pencarum adalah wadiah
dan bukan pelaburan sebagaimana ASB. Jika aqad (kontrak) asas adalah
pelaburan, tiada lagi keperluan disebut "DIBENARKAN UNTUK MELABUR" lagi.
PAK DI : Kita boleh saman KWSP kalau simpanan menjadi pelaburan. Ia sudah melanggar kontrak kalau betul KWSP adalah simpanan semata-mata, tetapi duit sudah dilaburkan. Criminal Breach of Trust.
RESPOND UZAR :
Ia
adalah simpanan dan samada kita suka atau tidak suka, telah tertulis
bahawa pihak KWSP akan gunakan untuk melaburkannya. So ia different
story. Dan aqad asas antara kita dan KWSP masih tetap simpanan.
PAK DI
: Justeru saya kurang jelas perbezaan aqad ASB dan KWSP. Saya melihat
konsep asas ASB dan KWSP adalah sama, iaitu pelaburan, cuma ASB tidak
diwajibkan kita melabur di dalamnya oleh kerajaan, dan KWSP diwajibkan
oleh semua pekerja dan majikan di Malaysia.
RESPOND
UZAR : Justeru, adalah jelas ia berbeza, harapnya sdr Pak Di juga boleh
jelas. Isu wajib menyimpan di KWSP dan secara pilihan di ASb adalah
besar impaknya kepada hukum ke atas individu itu.
Sekian,
Ust Zaharuddin Abd Rahman
18 Jan 07
28 Zulhijjah 1427 H
Sumber : www.zaharuddin.net
No comments:
Post a Comment