Kenapa Melabur dalam Unit Trust???


Melabur dalam unit trust memberi banyak kelebihan. Saya senaraikan 7 manfaat unit trust.

1. Pengurusan professional
Dana unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.

2. Penyebaran risiko
Kelebihan utama unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.

3. Sesiapa saja mampu melabur dalam unit trust
Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.

4. Mudah tunai
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.

5. Selamat
Pelaburan dalam unit trust adalah selamat, kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Lagipun semua dana unit trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.

6. Tidak memerlukan perhatian khusus
Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan usuran pelaburan dana, kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang dipertanggungjawabkan. Ini membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka kepada aktiviti lain.

7. Pulangan yang menarik
Setakat ini, pulangan daripada unit trust sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah normal, malah terdapat dana yang memberi pulangan yang lebih tinggi jika pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi dalam jangka panjang pulangan unit trust adalah jauh lebih baik daripada simpanan tetap.

Jadi, apa yang perlu anda buat? Bertindaklah. Bila? Sekarang!!!

Thank to Bro Ahmad Hanizam for this article.

DAPATKAN TEMUJANJI ANDA BERSAMA MR. RUDY!!!
Hubungi 016-2658986

(Saya akan menemui anda.. TQ)

No comments: