Hasil penelitian aku ramai yang dok tercari-cari bagaimana cara pengiraan dividen & Bonus ASB. Oleh yang demikian inisiatif daripada aku mencari info dan buat sedikit analisis. Hasilnya aku berjaya dapatkan maklumat tersebut.
Banner Promosi : Kempen Melabur di Pejabat ASNB |
Cara pengiraan dividen dan bonus ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan (BMB), iaitu baki terendah bulanan dari 1hb hingga hari terakhir bulan tersebut.
Sebagai contoh:
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti berikut:-
Pengagihan Pendapatan 7%
Bonus 1.75%
(a) Pengagihan Pendapatan
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 x KADAR
12 Bulan
* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
(b) Bonus
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008 X KADAR
120 Bulan
* BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan
120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
* Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
Nota: Sebenarnya cara pengiraan dividen dan bonus asb ini turut dinyatakan dalam penyata tahunan yang dihantar kepada pelabur setiap tahun. Jadi pastikan alamat semasa dalam daftar asnb adalah yang terkini.

Kredit to EasyASB Blog
No comments:
Post a Comment