Bukit Tabur Xtreme Challenge (Twice Hiking) - Part 1

Misi Pendakian Bukit Tabur Xtreme Challenge at Hulu Kelang.. Akhirnya berjaya juga aku menawan puncak Tabur Xtreme. Di sertai oleh Azzel Jasmine (Organizer), Mr. Chul Sun Byung (From Korea), Mr. Jason Lee, Mr. Rudy, Miss Farisha & Mrs. Ann Daim.

Kami sampai ke lokasi iaitu di kaki bukit Tabur Xtreme berdekatan dengan rumah Tok Batin bagi orang Asli di Kemensah, Hulu Kelang pada jam 7.30am. Kami sempat berbicara dengan Encik Wahid iaitu anak Tok Batin.

 Gambar-gambar dibawah menceritakan 1001 cerita berkenaan misi menawan Bukit Tabur Xtreme.

Group Photo : Sebelum Pendakian
En. Wahid Anak Tok Batin Orang Asli


Melalui Kampung Orang Asli
Pendakian bermula
Matahari terbit di ufuk timur
Motosikal yang rosak di temui di denai laluan kami
Penulis berehat sebentar di cerun tinggi. Penat woo..

Pada saat ni sebenarnya aku dah hampir nak surrender kerana laluan yang kami lalui ni begitu curam dianggarkan 45-50 darjah cerunnya iaitu betul-betul di tepi tebing bukit sepanjang laluan kami. Aku dah rasa down sangat kerana kakiku sudah tidak larat untuk melangkah dan pernafasan yang semakin pendek dan tercungap-cungap yang aku rasakan begitu mencabar. Aku terpaksa berehat sebentar. Sebelum tu Farisha menghulurkan 2 belah epal kepadaku sebelum dia meneruskan pendakian.

Alhamdulillah hasil sokongan kawan2 yang menjerit daripada atas mengatakan laluan di atas adalah rata dan landai aku menjadi bersemangat semula untuk meneruskan pendakian. Daki punya daki rupanya mereka psiko aku supaya aku terus panjat ke atas kerana mereka sedang berehat di 3/4 puncak bukit Tabur Xtreme ni.

Pemandangan daripada Pertengahan Puncak Bukit
Berehat sebentar di Puncak

Pada ketika ni kami berehat di 3/4 puncak bukit dimana pemandangan yang sungguh menarik dan cantik. Bagi aku yang kali kedua mendaki bukit dimana kali pertama adalah pada tahun 1997 di Bukit tampin. Sudah lama benar dan apabila aku menyertai mereka mendaki bukit dengan tanpa sebarang persediaan fizikal dan mental, barang keperluan, latihan awal serta jurang paling besar adalah pengalaman memang tidak di nafikan aku mengalami dehidration dan kekejangan otot. Semangat tetap membara untuk menuju puncak. Aku mesti naik ke atas, Aku mesti tawan puncak Bukit Tabur Xtreme!!!

Kerjasama adalah penting

Gambar kenangan bersama di puncak

Naik bukit-turun bukit




Disinilah puncak yang membuatkan kami terkandas, tiada laluan yang dikenal pasti untuk mendaki lagi ke seberang bukit batu di hadapan.




Kami berehat untuk bersarapan pagi terlebih dahulu untuk dapatkan tenaga dan redakan kepenatan mendaki di samping berbincang bagaimana nak ke bukit batu dihadapan kami.








Mr. Chul Sun Byung daripada Korea ni menunjuk ke arah bukit batu yang bakal kami tempuh tapi laluan kehadapan tiada kerana dipisahkan oleh curam yang tinggi. Mustahil bukan mesti ada laluannya. Perbincangan dan cubaan mencari laluan itu gagal bermakna kami terpaksa berpatah balik ke bawah.







Gambar di bawah ni adalah untuk meneruskan perjalanan kami perlu berpatah balik. Mendaki dan menurun bukit ni adalah perkara biasa bagi para pendaki bukit/gunung.





Untuk pengetahuan kalian, gambar di atas dan dibawah ni adalah laluan yang sepatutnya kami teruskan. Perhatikan pokok yang Miss Farisha bersandar tu ada terdapat tali yang di ikut menurun ke bawah untuk ke arah puncak paling tinggi. Gambar dibawah ni plak Cik Jasmin dah renung dan lihat tapi kerana Mr. Chul tidak menjangkakan bahawa laluan itu adalah laluan yg membawa ke atas tetapi sebaliknya beliau mengatakan laluan ke tasik.


Kami telah sampai ke 2/4 bukit setelah menuruni denai-denai yang tidak terlalu curam. Farisha mengalami sedikit kelukaan pada kakinya. 



Kami sempat bertanya kepada orang asli yang sedang mengangkut getah skrap ke bawah menggunakan Land Rover. Mereka mengatakan memang di sinilah bukitnya tapi tidak tahu laluan sebenar nak ke atas. 





Getah Skrap yang telah di kumpulkan di tepi jalan.
 

Kawasan perkampungan orang asli








Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan terpaksa turun semula setelah sampai ke puncak kerana jalan menuju ke Puncak Utama Bukit Tabur tidak dijumpai pada jam 11.10am sampai semula di kaki bukit.

Bersambung ke post akan datang... ;-)

No comments: