Bukit Tabur Xtreme Challenge (Twice Hiking) - Part 2

Baru ku tahu nikmat bila berjaya mendaki hingga ke puncak. Menempuh pelbagai Rintangan, Dugaan, Cabaran Mental & Fizikal serta liku-liku yang penuh ranjau berduri.. Adakalanya membuatkan aku rasa ingin berpatah balik, namun teriakan, kritikan, psikologi dan sokongan daripada atas memanggilku utk terus ke puncak manakala dari bawah menarik & membisikan "Cukuplah apa yang ada dibawah, di atas tidak pasti"... Namun, nekad utk merasa nikmat berada di puncak membuatkan semangat & tekad memendamkan rasa sakit, lelah, perit yg melanda... Ayuh.. Mara ke ATAS.... Begitulah aku rasa bila apa yang aku lalui dalam bisnes UT ini... Wows... manisnya nikmat kejayaan itu.. Sungguh indah saat itu..Yeeaarrgghhh.....PASTI AKU BERADA DI PUNCAK!!! ;-) 

Akhirnya Kami Berjaya Menawan Puncak Bukit Tabur Xtreme

Kenangan Terindah di Puncak Bukit Tabur Xtreme diabadikan buat selamanya


Berehat seketika untuk beli makanan tengahari sebelum naik semula ke Bukit Tabur Xtreme melalui trail baru yang dikatakan oleh penduduk tempatan.




Bermula jam 12.45pm naik semula ke laluan baru menuju puncak. Sekali laluan yang sama kami naik dan turun. Baru kami perasan bahawa laluan yang sama di tempat terakhir kami berada di puncak terdapat 1 lagi laluan yang sepatutnya kami lalui utk sampai ke puncak Bukit Tabur Xtreme.

Hiking Part 2 : Laluan Baru
 Dengan pelbagai halangan dan rintangan mendaki curam dan lurah serta batuan yang tinggi akhirnya kami berjaya sampai di atas puncak Bukit Tabur Xtreme secara rasminya pada jam 3.20pm. Berehat selama hampir 1 jam menikmati keindahan alam dan menjiwai keseronokan menawan puncak Bukit Tabur Xtreme.



Saat Berjaya Menjejakkkan Kaki Di Puncak Bukit Tabur Xtreme

Yeeearrrrggghhh..... I'm proud with myself, MALAYSIA BOLEH!!!

**Gambar Seterusnya akan di upload kemudian

No comments: