FP Advisor - Financial Freedom

24/05/2012, Alhamdulillah.. berjaya juga aku menghabiskan training FPAdvisor ni seharian dari jam 9.00am - 5.00pm di Public Mutual cawangan Damansara Perdana. Excited sangat untuk menghadiri kerana hendak mengetahui apakah fungsi-fungsi yang terdapat dalam sofware yang disediakan oleh pihak syarikat.

Selesai je training, rasa berbaloi-baloi dengan ilmu yang aku pelajari hari ini. Ia amatlah berguna dan lagi bagus jika dikongsikan kepada pembaca blog U2Consultant ni. Benda yang baik jika dikongsikan dan dipanjangkan kepada yang lain alangkah lebih manfaat.


Semua menu ni bagus untuk di kongsikan dengan anda kelak. Insyaallah, post akan datang akan membawakan lebih banyak perancangan kewangan untuk pembaca blog ini.

Antara menu atau fungsi yang terdapat dalam sofware fpAdvisor ni seperti :

1) Client (Personal Profile, Net Worth, Cash Flow)
2) Need Analysis (Financial Goals, Investor Risk Profile, Home Ownership Planning, Education Planning, Retirement Planning, Other Financial Goal, Employee Provident Fund (EPF).
3) Financial Calculator (Present Value, Future Value, Total Return, Cost of Procrastination, Payment, Compounded Annual Growth Rate).
4) Product (Fund Performance, Fund Comparison, Investment Growth)
5) Import Data (CAMS, Parameter Table, Index & Fund Price)

Apa yang menariknya ia secara terus menghasilkan proposal hasil projection yang telah di laksanakan mahupun secara live presentation kepada client. Tambahan pula maklumat asas berkenaan Education, Retirement, fund perforamance, price, sentiasa dikemaskini. Senang kata lebih mudah untuk menghasilkan laporan mahupun proposal kepada client secara terus.

Malah kita akan dapat mengetahui risk profile pelanggan kita hasil simple survey yang disediakan. Jika anda hendak tahu risk profile anda sebagai pelabur bolehlah berhubung dengan saya pasti membantu anda.

Untuk mereka (UTC) yang masih belum ada software ini adalah disarankan untuk subscribe. Opss.... hanya perunding unit amanah Public Mutual berdaftar sahaja. Pastinya kerja anda lebih mudah dan tersusun demi pelanggan anda.

Nantikan post akan datang yang lebih bermanfaat untuk anda sebagai pelabur demi mencapai matlamat kewangan yang lebih jelas dan tersusun.

Jika anda perlukan khidmat rundingan berkenaan perancangan kewangan anda, saya sedia membantu. Hubungi Mr. Rudy 019-232 5287 untuk sebarang temujanji.

No comments: