Success....Enhanced Productivity - En Pro 11

Bersyukur aku kali ni sebab hampir 11 minggu menjalani Kursus Efektif dalam Enhanced Productivity yang di anjurkan oleh pihak syarikat bermula pada 05/03/2012 hingga 15/05/2012. Permohonan untuk menyertai kursus ni berjaya akhirnya.  Ada cerita disebalik perkara ni. Biarlah menjadi rahsia aku.

Kursus ini perlu dihadiri oleh setiap peserta EnPro 11 pada setiap minggu hari selasa dari jam 9.00am - 2.00pm. Segala aktiviti selama seminggu perlu di rekodkan didalam buku diari. Minimum point bagi aktiviti yang dilakukan setiap hari adalah sebanyak 30 point. Nampak mudah, tp hanya mereka yang melalui saja dapat merasakan keseronokan dan kesengsaraannya.. huhu... Apa yang penting Target Goals kena capai. 

Tidak lupa kepada My Buddies iaitu Mr. Hishamuddin... I Support U!!! becoz U Support Me. Ada cerita disebalik aku dan Buddies ni.. Disamping tu, tergelak aku bila setiap kali bergambor je kena sebut Satuuuu...... Duaaaaaa...... Tigaaaaaaa.... batch Enprorian 11 sure tahu citer disebalik Senyum 1, 2 & 3 ni.... huhu... lawak betuiiii.... Ayat Mampuiiissshhh di popularkan oleh Kak Sarah 10K  ;-)

Uikss.... banyak lagilahhh kalo nk citer kat sini.... betui x rakan-rakan enpro 11 aku macam Hishamuddin, Uzair, Kimi, Lisa, Yoke Han, Lela, Sara, Faezah, Roslimin (MOE), Razak 10K, Razak Arifin, Hafez, Visithra (President), Jasmine, Zihan, Hasanal, Phing, Terry, Maslina, Madam Oi Leng,  Eddy, Zol....ramai lagi yang aku xsebutkan disini total semua +-28 orng tidak masuk yang tersingkir atau drop En-Pro 11 ni.  Anda semua hebat-hebat belaka.. We Are The Champion.... Hayati lagu ni... Stand up for A Champion!!!


Hasilnya.... Aku berjaya di Nobatkan sebagai CHAMPION DDI CASES bagi En Pro 11 bagi tahun 2012. 


Bukanlah niat aku nak membangga diri tapi sekadar perkongsian untuk anda diluar sana. Selagi ada usaha pasti ada hasilnya. Apa yang aku dapat daripada kursus power ni adalah habit & aktiviti dalam produktiviti terutamanya dalam bidang unit amanah atau sales service. Tanpa aktiviti yang banyak atau kekerapan dalam melakukan sesuatu maka habit itu tidak terhasil. Action Create Result!!!

Sifir mudah dalam kehidupan kita sehari-hari, bangun pagi je mesti gosok gigi sebab ia dah jadi habit kita. Begitu juga dalam bidang aku ceburi ni, setiap hari mesti nak jumpa client.. atau setiap hari mesti client nak jumpa aku.. heheh... yang kedua tu bila aku dah terkenal dan dikehendaki, sure client cari aku. Cuba anda terapkan perkara ni dalam hidup atau kerja anda pasti hasilnya lebih baik.

Walaupon menempuh banyak rintangan dan dugaan alhamdulillah kursus ini berjaya juga aku tamatkan dan yang paling penting suatu hari nanti aku akan kembali utk En-Pro sharing...nantikan kehadiran aku wahai next Enprorian.

Dengan aku yang hampir nak tergelincir daripada landasan...tapi gagahkan semula untuk bangkit sebab aku berpegang pada prinsip "A winner never quit, A quitter never win". Thank to Hishamuddin  once again... ada cerita ngeri disebalik ni. 

Kalo aku nak citer dalam ni mmg xcukup 1 page...sebab banyak sangat ceritanya... Nak tahu kenala hadir sendiri.

Mungkin blog ini bakal menjadi sejarah critera tentang kehidupan aku bergelar Unit Trust Consultant. Mungkin ia bakal menjadi kenangan terindah aku kelak. Untuk anak-anak dan cucu-cucu mahupun bisnes partner aku nanti mana tau tersingkap sudah sejarah yang terpapar dalam blog ni. 

Sebab bagi aku mudah je, apa yang aku ada hari ini adalah hasil perancangan dan tindakan masa lalu, manakala apa yang aku rancang dan lakukan hari ini adalah untuk hasil akan datang. Tidak percaya??? Tunggu 10-20 tahun akan datang.. Pasti apa yang aku katakan hari ini adalah benar-benar terjadi.

No comments: