Perokok Sebenarnya Adalah JUTAWAN

Tajuk post kali ni agak pelik tapi itu adalah kenyataan yang perlu diterima olek perokok tegar. Anda sebenarnya berwang bukan beruang yer...atau sebenarnya adalah JUTAWAN  itupun kalo kita tukarkan tabiat merokok ni kepada melabur atau menyimpan wang.


Bayangkan setiap hari anda merokok sebenarnya anda membakar wang anda. Wang menghasilkan asap kepuasan dan kenikmatan. Sure, perokok-perokok mesti marah kalo terbaca berkenaan perkara ni.


Bukan sekadar kepuasan menikmati dan menghembus setiap kepulan asap rokok yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Tapi sebenarnya anda telah membazirkan wang anda untuk perkara yang memudaratkan.

Mari kita kira.. satu hari 1 kotak dengan harga RM10.00 sekotak, jadi sebulan dalam RM300.00 di belanjakan untuk rokok. Katakanlah kita laburkan duit ini dengan pulangan 10% setahun selama 37 tahun sekiranya anda merokok sejak berumur 18 tahun sehingga 55 tahun. Bayangkan betapa besarnya hasil keseluruhan PEMBAZIRAN ini mencecah  RM133,200.00 (Kos beli rokok) yang mampu menghasilkan RM2,148,187.30.
Financial Calculator : Hasil pembaziran sekirnya sehari 1 kotak rokok
Itu jika perokok tegar ni merokok satu kotak sehari jika 2 kotak sehari bermakna anda telah membazirkan wang anda sebanyak RM20.00 x 2kotak x 30hari x 12bulan x 37 tahun = RM266,400.00 yang mana jika dilaburkan selama 37 tahun secara berkala setiap bulan dengan purata pulangan 10% p.a akan menghasilkan keseluruhan hasilnya RM4,230,142.77. Sila lihat hasil yang ditunjukkan menggunakan Financial Calculator.

Financial Calculator : Hasilnya sekiranya sehari 2 kotak rokok
Akhir sekali... DUIT AKU, AKU PUNYA SUKA LA!!! Sekadar renungan untuk kebaikkan bersama. Fikir-fikirkanlah untung masa depan yang lebih baik sekiranya anda memulakan tindakan yang baik dan bijak sekarang. Kita bukan merancang untung gagal tp sebenarnya gagal untuk merancang.

Sekiranya anda memerlukan khidmat rundingan berkenaan Unit Amanah sila hubungi Mr. Rudy 019-232 5287.

No comments: