[PENIPUAN TERANCANG] - RM3.33 Boleh Mengerjakan Ibadat Haji???

Tajuk post kali ni pasti membuatkan anda tertanya-tanya. Tajuk tu membuatkan anda teruja, bukan??

Ada yang bertanya, rasa-rasanya kalu simpan seringgit sehari, agak agaknya bila nak ke mekah buat Ibadah Haji. Mari aku tunjukkan bagaimana ia boleh terjadi.



kalau RM1 tu tak berapa pasti.. tapi dengan RM3.33 sehari anda memang boleh sangat sangat pergi haji ..

RM3.33 sehari x 30 hari = RM99.90 sebulan. Tambahkan RM0.10 jadi Rm100 sebulan ..
kalau Rm100 sebulan disimpan ke dalam pelaburan yang memberi pulangan 12% selam setahun adalah :

RM100 per month (12% p.a ) untuk 10 tahun = RM25,509.44

Sila lihat sendiri Financial Calculator FP Advisor software aku kirakan untuk anda..... zamm...zamm... ala kazamm..
Financial Calculator : Simpanan RM100/bulan dengan asas RM1000, 12% p.a selama 10tahun.


Jadi jawapannya .. YA anda memang boleh pegi sesangat ke mekah siap pakej lagi .. kalau simpan RM3.33 sehari. Jadi lakukan sekarang!!!

Anda boleh percepatkan tempoh penyimpanan dengan membuat penambahan pada kadar simpanan bulanan tu samada daripada RM100 kepada RM200. Hasilnya, hanya dalam masa 7 tahun sudah terkumpul RM27K... berbaloi la hasilnya.

Dibawah ni adalah ilustrasi jika tabungan bulanan di tingkatkan.

Financial Calculator : Simpanan RM200/bulan dengan asas RM1000, 12% p.a selama 7 tahun.
Diharap perkongsian ini memeberi kesan positif terhadap pengurusan kewangan anda. Mulakan lebih awal supaya hasilnya dapat dinikmati untuk akan datang.

Bagi saya ia bergantung pada objektif pelaburan, tempoh masa mencapai matlamat kewangan, pendedahan risiko, kadar keuntungan yang dijangka serta yang paling penting adalah kemampuan anda.  Tepuk dada tanya selera. Anda mampu lebih maka buatlah lebih, jika mampu sedikit buatlah sedikit. :-)

Walaupun hanya RM3.33 sehari tp adakah anda komited dengan cara ini?? Nampak kecil tp ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam memastikan setiap hari perlu simpan RM3.33. Jika tidak, ianya hanya sekadar angan-angan semata-mata atau perancangan tanpa tindakan. Jangan jadi Mat Jenin. Ingat bahawa "ACTION CREATE RESULT".

Jika anda berminat untuk tahu mengenai perancangan kewangan anda bagi mencapai sesuatu objektif anda sila hubungi Mr. Rudy 019-2325287.


No comments: