Bagi mengukur prestasi dana unit amanah, pelabur perlu memahami definasi asas pulangan pelaburan. Ia mempunyai banyak kaedah yang boleh digunakan oleh anda. Dibawah ini dikongsikan beberapa cara mengukur prestasi sesuatu dana unit amanah.
Jumlah Pulangan
Perubahan di dalam Nilai Aset Bersih (NAB), dengan andaian
pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dan tiada transaksi jualan
balik dibuat sepanjang tempoh tersebut.
Pulangan Pengagihan Pendapatan
Pengagihan pendapatan dibahagikan dengan harga tabung, ia bergantung pada prestasi semasa NAV sesuatu dana unit amanah kerana harga NAV setiap unit sentiasa berubah.
Contoh Graf Prestasi Mengikut Sejarah Lampau |
Penanda Aras
Walaupun prestasi masa lalu tabung unit amanah tidak dapat
menunjukkan prestasinya untuk masa hadapan, prestasi masa lalu sebuah
tabung unit amanah boleh digunakan sebagai perbandingan dengan penanda
aras dan tabung unit amanah lain yang mempunyai objektif pelaburan yang
sama. Penggunaan penanda aras yang sesuai dengan objektif tabung atau
kelas aset banyak memberi faedah kerana kelas aset yang berbeza
mempunyai prestasi yang berlainan mengikut keadaan pasaran.
Sebagai
contoh, kebanyakkan tabung ekuiti melabur dalam ekuiti Malaysia
menggunakan penanda aras Komposit Indeks Kuala Lumpur (KLCI) atau
mana-mana indeks Bursa Malaysia. Bagi tabung imbang pula, ia akan
menggunakan penanda aras yang mempunyai kombinasi kelas aset.
Contohnya, 50:50 iaitu kombinasi KLCI dan 3-bulan KLIBOR. Apabila
memilih tabung unit amanah, pelabur harus memilih tabung yang secara
konsisten mencatat prestasi melebihi penanda aras atau pesaingnya.
Laporan Prestasi Tahunan
Anda boleh menyemak didalam laporan prestasi tahunan sesuatu dana mengikut syarikat yang anda sertai. Dengan cara itu anda boleh mengetahui pelbagai maklumat penting berkaitan urusniaga yang dijalankan.
Quaterly Fund Review (QFR)
Setiap quarter akan dibentangkan berkenaan pulangan, prestasi, kelas aset, lokasi pelaburan di buat, pengagihan dan banyak info berguna yang boleh di manfaatkan. Selalunya 1 tahun terdapat 4 quarter berkenaan fund review.
No comments:
Post a Comment