Follow up yang berjaya... Peluang ditangan anda

Berkongsi sedikit pengalaman aku ketika buat follow up dengan client ni. aku rasa nak dekat 3 bulan aku follow up akhirnya berjaya juga untuk dapatkan kepercayaannya untuk aku uruskan pelan persaraannya melalui KWSP.


Rakan-rakan di luar sana, pesanan aku sebagai Perunding Unit Amanah bahawa selagi kita tidak jemu follow up dengan client kita pasti akan ada hasilnya. Mungkin bukan ketika kita propose berkenaan peluang meningkatkan wang simpanan persaraan mereka terus kita akan dapat. Tapi mungkin di masa akan datang bila kesedaran berkenaan kepentingan memulakan langkah awal dalam merancang pelan persaraan itu akan timbul juga. Hasilnya aku berjaya juga dapatkan temujanji dengan beliau.

Perkara yang ditanya ketika perbualan dalam telefon dengan client tersebut beliau menanyakan apakah keperluan yang perlu disediakan olehnya bagi proses memulakan pelaburan. Aku balas mudah je... Aku hanya perlukan Penyata KWSP yang terkini dan satu salinan Kad Pengenalan dan yang paling penting adalah Tandatangan dan Cap Jari Kiri & Kanan beliau sahaja. Selebihnya aku akan uruskan untuk beliau. Mudah bukan?

Anda bila lagi?? Mulakan tindakan anda sekarang. Jika anda lengahkan, mungkin masa akan meninggalkan kita. Harus diingat, sekiranya anda berpeluang untuk potensi meningkatkan wang persaraan melalui KWSP anda mengapa perlu bertangguh. Bertindak bijak sekarang!!!

Memandangkan wang simpanan KWSP melalui akaun 1 tersebut hanya boleh dikeluarkan selepas 55 tahun adalah baiknya anda manfaatkannya dengan tingkatkan lagi hasil pulangannya untuk persaraan anda kelak.

Langkah awal yang perlu anda lakukan sekarang, dapatkan temujanji bersama saya akan terangkan berkenaan perancangan persaraan anda dan strategi mencapainya... Mr. Rudy 016-2658986

No comments: