Bersediakah anda meniti usia tua???

Aku terbaca satu artikel menarik daripada Harian Metro yang bertarikh 02 Jun 2012 (Sabtu) berkenaan persediaan wang yang cukup untuk hadapi hari tua.. Bersediakah anda???

KUALA LUMPUR: Warga pertengahan usia negara ini perlu bersiap sedia menghadapi tahap warga emas daripada sekarang, berikutan kedudukan Malaysia yang menghampiri status penuaan dengan kadar penduduk tua lebih tinggi daripada golongan muda.

Persediaan itu termasuk keupayaan memiliki wang simpanan mencukupi dan aset tetap seperti rumah kediaman yang memungkinkan diri mereka serta pasangan untuk hidup berdikari, apabila anak tidak lagi mampu menjaga segala keperluan mereka.

Bendahari Agung Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM), Halijah Yahaya berkata, beliau melihat keadaan itu bakal wujud selepas menilai situasi terkini yang menyaksikan ramai ibu bapa warga emas menetap di pusat jagaan dan rumah kebajikan.

Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu berkata, kebanyakan penghuni menetap di situ kerana ketidakupayaan anak menjaga mereka disebabkan desakan kehidupan berkeluarga selain kos sara hidup yang semakin mendesak.

“Saya tidak melihat satu kesalahan apabila warga emas dihantar menetap di pusat jagaan sama ada diuruskan swasta atau kerajaan, kerana kita faham hari ini kualiti kehidupan sangat dititik beratkan, malah cabaran hidup berkeluarga adalah tinggi.

“Kalau dulu, isteri tidak perlu keluar bekerja dan boleh menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak serta ibu bapa uzur, tapi keadaan sekarang berubah. Isteri harus bekerja untuk menampung perbelanjaan dan pendapatan isi rumah belum tentu mencukupi.

“Jadi, sesetengah keluarga lebih senang jika ibu bapa mereka dihantar ke pusat jagaan tertentu kerana mahukan mereka (ibu bapa) hidup lebih selesa dan mempunyai rakan di sekeliling selain kebajikan lebih terjaga.

“Lagipun, cara ini tak bermakna mereka abaikan tanggungjawab, tidak. Cuma kesibukan menjalani kehidupan harian yang menyulitkan keadaan. Pertemuan dan beri barang keperluan tetap ada,” katanya.

Bagaimanapun, Halijah berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya jika terdapat anak yang sengaja menafikan tanggungjawab menjaga kedua orang tua walaupun keadaan dirinya ketika itu tidak dibebani masalah kewangan ataupun kesukaran hidup.

Katanya, golongan anak begitu memang wajar digelar si derhaka kerana gagal membalas budi ibu bapa mereka, malah mengabaikan tuntutan agama.

“Memang kini banyak rumah jagaan untuk warga emas, tetapi sebagai anak yang baik, takkan semudah itu kita menyerahkan kepada pihak lain menjaga ibu bapa kita. Tanggungjawab tetap ada, ia tak boleh dinafikan. Lainlah kalau kita sendiri memang hidup susah.

“Seperti satu kes di Sungai Petani, Kedah membabitkan satu keluarga yang tidak mampu menjaga ibu bapanya yang uzur dan berpenyakit. Mereka hidup susah dan melihat keadaan itu, maka sebuah pertubuhan kebajikan di sana mengambil alih tugas menjaga.

“Masyarakat turut menyokong kerana sedar keluarga si anak tadi hidup susah, begitu juga ibu bapanya menderita sakit. Untuk kebaikan, maka ibu bapa dia dipindahkan ke pusat jagaan dengan cara baik,” katanya.

Berikutan itu, beliau mengutuk tindakan seorang jurutera seperti dilaporkan Harian Metro semalam, yang meletak bapanya di pusat jagaan warga emas dengan menggelar diri sebagai jiran lelaki berusia itu.

Anda boleh membaca artikel ini di Harian Metro


Ulasan Rudy : Bersediakah anda untuk meniti saat itu? Mulakan langkah bijak dengan perancangan dan tindakan sekarang. Jika anda tangguhkan bermakna anda bersedia untuk bersusah di hari tua dengan terpaksa bekerja sedangkan saat itu sepatutnya untuk anda menikmati ketenangan dan memperbanyakkan amalan ibadah.

Sesungguhnya apa yang kita nikmati hari ini adalah apa yang anda rancang dan lakukan di masa lalu, manakala apa yang anda rancang dan lakukan pada hari ini adalah apa yang anda nikmati di masa hadapan. Pilihan ditangan anda. Lakukan yang terbaik untuk masa depan yang lebih sempurna. Lakukan persediaan awal anda.

Dapatkan temujanji bersama saya untuk perancangan kewangan anda samada pelan persaraan atau pendidikan anak-anak. Saya boleh dihubungi di 016-2658986

No comments: