17/06/2012 (Ahad). Artikel aku kali ni agak pelik tajuknya... Apa kaitannya?? Xde apa yang spesial sangat pon tapi mampu membuatkan aku makin agresif utk kongsikan pengalaman aku sebagai perunding unit amanah ni. Ok hari ni berada di Kampung Sekinchan untuk majlis perkahwinan jiran yang mana anak-anaknya adalah client aku dalam Unit Trust melalui EPF.
Gambar Hiasan Majlis Kenduri Kendara |
Jika di kampung aktiviti gotong-royong masih lagi di jalankan tidak seperti di bandar yang mana menggunkan khidmat katering lebih memudahkan. Gotong-royong di jalankan sejak daripada semalam lagi daripada memasang khemah, memotong ayam, bawang, cili dan perkakasan memasak termasuklah pinggan mangkuk sebab di kampung ni ada persatuan kariah kampung jadi daripada segi peralatan memasak, khemah, pingan mangkuk, kerusi & meja juga di sediakan.
Kesempatan yang ada aku manfaatkan dikalangan orang-orang kampung berkenaan kebaikan unit amanah samda mellaui EPF akaun 1 dan secara tunai. Sambutan bagus dan kebanyakkan mereka masih tidak tahu berkenaan Unit Amanah berbanding ASB memang sudah diketahui sejak dulu kala. So, ia memudahkan aku untuk menerangkan bagaimana Unit Trust ni beroperasi.
Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan 3 appointment dengan orang-orang kampungku. Seorang bekerja di Selayang, 1 orang lagi bekerja di SUK, Shah Alam, manakala seorang lagi kerja di ISETAN sejak 20 tahun yang lalu.
Maklumbalas yang aku dapat daripada Encik Fazli yang bekerja di ISETAN ni dia dah buat pada 4 tahun lepas tetapi hanya 1 kali saja bermakna beliau tidak praktikan Pemurataan Kos Ringgit (RCA) dalam pelaburannya melalui EPF akaun 1 sedangkan beliau layak berbuat begitu. Alhamdulillah beliau faham penerangan aku.
Beliau mengutarakan rasa kecewa dengan ejen unit amanahnya sebelum ini kerana tidak menerangkan berkenaan kebaikan RCA kepada beliau, jika tidak sudah pasti beliau buat setiap 3 bulan melalui EPF akaun 1. Memandangkan ejen tu pun sudah tidak aktif lagi maka aku mengambil peluang yang ada untuk uruskan portfolio beliau. So, minggu depan aku dapatkan appointment dengan beliau untuk review investment 4 tahun lepas dan investment yang baru dengan aku.
Ok selesai bergotong royong di kenduri jiran aku bertolak balik ke Bandar Baru Bangi. Agak letih juga tapi gagahkan juga sebab esok kena kerja. Sampai ke Puchong untuk hantar anak ke rumah kakak ipar kebetulan sempat berjumpa dengan Pak Ngah daripada Penang yang berkungjung ke sini untuk mengambil barang-barang anaknya yang dah habis menuntut di UIA, Gombak.
Kesempatan yang ada aku kongsikan pula dengan anak lelaki beliau dalam 5 minit terus close dan sign serta thumb print pelaburan melalui EPF akaun 1. Rezeki aku agaknya hari ini. Bersyukur dengan rahmat dan rezeki Allah swt kepada aku.
Dengan senang hati aku pun terus balik kerumah untuk melepaskan penat hari ini dimana "Sambil menyelam minum air" aku pon LEMAS kepenatan...hahahhaha.... Alhamdulillah balik rumahku syurgaku dapat pula makan masakan kegemaran aku hari ini. Muahhhhh...... ;-)
No comments:
Post a Comment