Alhamdulillah, hari ni berjaya juga close case EPF dengan seorang client yang bagi aku cukup istimewa. Client ni sebenarnya jika mengikut sejarahnya adalah orang yang berminat dengan pelaburan unit amanah daripad dulu lagi. Beliau telah membuat pelaburan sebelum ini tapi tidak berjaya kerana masalah dengan thumb print. Ia berakhir setakat itu saja tanpa diteruskan oleh consultantnya.
Dipendekkan cerita, aku buat cold calling ke nombor hp beliau dan beliau menceritakan masalahnya kepada aku berkenaan perkara tersebut. Jadi, aku mengambil inisiatif untuk membantu. Maka temujanji diatur dan berjumpa. Setelah diterangkan dan ditunjukkan masalah sebenar yang terjadi maka aku pun fahamlah mengapa yang sebelum ni reject. Beliau mempunyai ibu jari yang istimewa. Ada 3 ibu jari, ini kali pertama aku berjumpa pelanggan istimewa begini...
Sekadar Gambar Hiasan (Keistimewaan & kelainan) |
Nak cerita panjang sangat..Selesaikan urusan di Pejabat KWSP dan JPN untuk dapatkan pengesahan KP12. Maka aku singkatkan dengan beliau menandatangan borang pelaburan dan pengeluaran melalui EPF yang memerlukan cap jari/thumb print selepas diterangkan mengenai pelaburan unit trust. Rupanya memang payah gak untuk beliau turunkan cap jari pada borang. Aku akur dan sedaya upaya membantu beliau.
Permohonan kali pertama pada sebulan yang lalu oleh aku dan kali ke-2 bagi beliau rupanya tetap reject dengan alasan masalah cap jari. Aku dah cuba untuk membantu dengan submit lagi EPF 9N, tapi reject juga. Aku maklumkan pada client, beliau rasa kecewa dengan perkara ini sedangkan memang beliau mahukan pelaburan melalui EPF ini di buat segera.
Aku sebenarnya agak terkilan sebab penerangan aku berkenaan keadaan pelanggan aku ni berlainan daripada yang biasa dan spesial ibu jarinya. Namun, mereka tidak percaya dan mereka maklumkan sesiapa saja boleh dapatkan Pengesahan KP12 daripada JPN dengan bayaran RM4. Betul tapi ia juga melibatkan komitmen untuk mendapatkannya. Hanya yang betul-betul berhajat je sanggup untuk mendapatkannya termasuklah pelanggan aku ni.
Hasil rundingan dengan pegawai di syarikat unit amanah menasihatkan agar dapatkan semula cap jari pada borang baru dan pastikan ibu jari tersebut digelekkan supaya mendapat rupa bentuk cap jari yang penuh.
Apa yang aku ingin kongsikan pada kalian adalah walaupun sukar untuk melakukannya, pelanggan ini tidak berputus asa tetap dengan keputusan supaya pelaburan melalui EPF ni BERJAYA dilakukan. Jadi, aku sebagai seorang perunding unit amanah memikul tanggungjawab untuk memastikan kehendak pelanggan di penuhi. Beliau maklumkan, beliau nampak keperluan pelaburan ini dibuat untuk pelan persaraanya kelak. Jadi, anda pula bagaimana???
Temujanji di buat on the spot pada 3.00 petang ni, aku jumpa dan dapatkan cap jari yang baru dengan mengikuti nasihat yang disarankan oleh pegawai syarikat unit amanah. Aku mohon kebenaran pelanggan untuk menangkap gambar beliau bagi membuktikan aku tidak berbohong. Hasilnya, bila aku submit permohonan tersebut dengan menunjukkan gambar pelanggan aku tu terus beliau terkejut. Mereka juga kali pertama melihat keadaan jari pelanggan yang begini rupa. Alhamdulillah selepas scanning pada borang yang telah di cap jari tu lepas. Bersyukur aku kerana berjaya juga akhirnya memenuhi hajat pelanggan ini.
Walaubagaimanapun, aku kena tunggu 3-4 hari untuk mengetahui samada permohonan itu diluluskan oleh pihak KWSP atau sebaliknya. Jadi kena tunggu. Apa yang mampu lakukan adalah cuba sebaik mungkin. Ini adalah amanah pelanggan untuk aku uruskan.
Tiada istilah gagal dalam kamus hidupku. Aku hanya menjalankan amanah untuk kebaikan dan kepentingan pelanggan-pelanggan. Jika anda berminat untuk berkolabrasi dengan aku bagi pelan persaraan, pendidikan atau financial goal sila hubungi aku di 016-2658986. Insyaallah saya cuba membantu anda.
No comments:
Post a Comment