MPH Online Store : Rich Dad Poor Dad (Robert Kiyosaki)

Buku yang aku beli pada bulan April 2012 yang lepas dan belom habis dikhatamkan lagi.. Buku nampak kecik je tapi tebal dan mantap. Nanti dah selesai aku menelaah dan mengkaji akan aku kongsikan dengan anda berkenaan kupasan dan idea pengarang buku Rich Dad Poor Dad iaitu Robert Kiyosaki ni.

Kalo korang nak tau siapa pengarang buku terbaeekkk ni korang boleh baca mengenai beliau di Wikipedia atau klik je link >> Robert Toru Kiyosaki



Buku ni boleh didapati dimana-mana MPH Book Store. Dengan harga RM31.50 ia di kategorikan sebagai FINANCE & INVESTMENT manakala sub-kategori PERSONAL FINANCE dan ia adalah BEST SELLER. Kalo nk tau boleh layar website MPH Online

Apa yang menariknya, buku ini juga di keluarkan dalam bahasa Malaysia hasil terjemahan daripada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Lebih mudah nak faham kata boss aku. Tapi memang buku ni bagus sebab ia menggunakan pendekatan paling mudah dan berkesan. Sesuai untuk mendidik anak-anak tentang simpanan atau perancangan kewangan.

Ditambah dengan teknik untuk memastikan wang bekerja untuk kita dan bukan kita bekerja untuk wang. Bagaimana tu?? Tunggu saya keluarkan artikel berkenaan perkara ini.

Insyaallah... akan datang bakal dikongsikan pendekatan yang digunakan oleh Bapak Kaya &  Bapak Miskin (Rich Dad, Poor Dad) ni. Jumpa nanti... ;-)

No comments: