Malam tadi sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan aku dapat close satu EPF cases dalam RM7K++ gak la. Single thumb print EPF investment.. okla tu, sapa nak bagi sambil lepak-lepak sambil buat kerja. Tapi itulah kerja aku kalo di kira daripada fleksibel mmg dah terlebih sangat... hahaha.... aku suka.
Gambar Hiasan : Kalo pelanggan anda bergaya macam ni mesti gempak!!! |
Client baru ni adalah juga rakan baru yang aku kenal dalam 3-4bulan yang lalu melalui seorang rakan kerja dulu. Jika di ikutkan beliau sudah di approach oleh sahabatnya daripada company lain. Tapi mungkin rezeki aku la... Mungkin beliau lebih selesa dengan aku sebab aku ni x handsome, aku ni happy go lucky, aku seorang peramah, aku ni juga seorang yang serasi dengan cara dia... kebarangkalian yang terlalu banyak. Tapi Allah swt sudah menjanjikan sesuatu rezeki untuk hamba-hambanya. Apa yang penting kita berusaha, berdoa & bertawakal.
Banyak gak aku sendiri alami, orang yang aku tidak jangka bahawa akan menjadi client aku berdasarkan penolakan sebelom ini. Tapi akhirnya memberi kepercayaan kepada kita untuk uruskan pelan persaraannya. Seronok dan mmg satu kepuasan yang sukar untuk di ungkap. Tapi percayalah, selagi kita lakukan kerja kita dengan sungguh dan penuh kejujuran serta istiqamah pasti kita akan mendapat kepercayaan client kita dalam mengurus portfolio pelaburannya.
Tapi selalunya, sesuatu kejayaan dalam close deal selalunya ada tanda atau signal awal. Ia dapat dikesan daripada awal urusan dengan pelanggan atau lebih mudah dikatakan buying signal. Instinct ni anda akan dapat rasakan sendiri bila anda dah lama dalam bidang sales.Selalunya, permulaan urusan tu mudah dan lancar. Aku nk citer kat sini macam xsesuai... Anda akan merasainya sendiri.
2 comments:
masyuk giler la ko this month..wkwk...penangan enpro..tahniah..
Biasa je bro Nazri... Janji usaha tangga kejayaan ;-)
Post a Comment