More people taking out EPF funds to invest

KUALA LUMPUR: A total of RM7.6 billion was withdrawn from the Employees Provident Fund by contributors in the first three months of this year compared with RM6.54 billion during the same period last year.



The number of withdrawals during the period this year was 415,706 compared with 326,612 last year.

EPF chief executive officer Tan Sri Azlan Zainol said the increase in withdrawals showed that more members were choosing to invest part of their savings in approved investment instruments.

He said the number of members who were using the EPF Kiosks to retrieve their account statements had also gone up from 1,177,000 in the first quarter of last year to 1,760,000 in the same period this year.

"Service excellence and satisfaction today is closely related to the level of convenience an organisation is able to extend to its customers and members.

"The introduction of the EPF Kiosks and online services fulfil this expectation," Azlan said in a statement yesterday.

In the first quarter of the year, the EPF also recorded a 51.24 per cent increase in applications from members who opted for Felxible Age 55 Withdrawals as opposed to Lump Sum Withdrawals.

"A total of 22,488 applications were received compared with 14,869 in the first three months of last year.

"The growing number reflects members' awareness on the significance of stretching their savings throughout their retirement years and also their growing concern that lump sum withdrawal will likely result in income inadequacy during the period."

Source: http://www.nst.com.my

ULASAN : Walaupun ini adalah artikel lama namun ia boleh dijadikan rujukan untuk kita semua. Sebenarnya telah ramai yang dah buat pelaburan melalui KWSP ke dalam unit trust. Mungkin anda di luar sana yang belum mengetahuinya sebaik-baiknya ambil manfaatnya. Hanya melalui KWSP akaun 1 anda mampu melabur dan meningkatkan pulangan bagi wang persaraan anda kelak.

Ingin mengetahui caranya sila hubungi saya sedia membantu anda.

Masa depan anda apa yang anda buat pada hari ini, bukan esok

Apa kaitan tajuk ni dengan anda??? Anda rasa ada kaitan tak? Bagi saya sudah pasti ia berkaitan tentang kita semua.

Pernah tak anda terfikir tentang apa yang anda ada hari ini? Adakah ia dapat sekelip mata?? Tentu tidak bukan... ia adalah apa yang telah anda rancang dan lakukan pada masa lalu.. Mungkin 5 tahun atau 10 tahun atau mungkin juga 15 tahun lalu sejak anda di sekolahkan oleh ibubapa anda. Cuba anda fahami sedalam-dalamnya maksud ayat pada gambar di bawah ni " Your Future is created by what you do today, not tommorow.



Baiklah dalam kehidupan kita tidak dapat lari daripada menyediakan pelan atau perancangan dan daripada situ barulah satu tindakan diambil bagi mencapai objektif yang dikehendaki. Saya tidak tahu jika anda adalah orang yang tidak suka merancang maksudnya anda jenis yang 'aci boleh' saja. 

Bagi saya adalah lebih baik kita merancang segala apa yang kita hendak lakukan supaya kita dapat mengenalpasti sejauh mana pencapaian yang telah dilakukan. Anda boleh menilai semula kelebihan dan kekurangan dimana penambahbaikan dapat di lakukan.

Perumpamaan sebegini dapat memberi gambaran lebih jelas lagi bagi maksud yang ingin saya sampaikan kepada anda semua. 

"Apa yang anda dapat pada hari ini adalah apa yang anda lakukan pada masa lalu; Apa yang anda lakukan pada hari ini adalah apa yang anda dapat di masa hadapan"

Saya disini sebagai perunding unit amanah yang di amanahkan tanggungjawab bagi mendidik dan menyedarkan anda tentang kepentingan perancangan kewangan anda pada hari ini untuk masa hadapan. Ini penting bagi memastikan kehidupan anda lebih terjamin serta bahagia mengecapi sisa hidup di hari tua kelak.

Jika anda fikirkan ianya tidak penting dan anda lebih selesa dengan perancangan saat akhir dab bila tiba waktu itu sebenarnya anda sudah terlewat. Kerana apa? Ini disebabkan sisa kudrat/upaya tidak sekuat di waktu muda. 

Saya teringat kembali satu perkara iaitu Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Cuba renungkan kembali maksud ayat itu...

"SIHAT sebelum SAKIT
MUDA sebelum TUA
KAYA sebelum MISKIN
SENANG sebelum SEMPIT
HIDUP sebelum MATI"

Saya hanya mampu berpesan kepada anda dan diri saya sendiri beringatlah kita di waktu ini kita mampu gelak ketawa, bergurau senda, mampu bersuka ria... tapi bayangkan segala tiada lagi. Apa yang ada hanyalah keSAKITan, keTUAan, keMISKINan, keSEMPITan, keMATIan adalah pasti dalam kehidupan kita. Tapi adakah anda sudah bersedia untuk itu??? Anda fikirkan dan anda yang tentukan pilihan ditangan anda!!!

Renung-renungkan. Selamat Beramal.

Nota : Simpanlah wang anda sebanyak 30% daripada pendapatan anda, gunakan 70% daripada jumlah pendapatan anda untuk kehidupan anda. Jangan lupa berikan sebahagian daripadanya kepada yang memerlukan seperti rumah kebajikan, rumah anak yatim. Sebab mudahnya, apa yang kita dapat itu bukanlah semuanya milik kita, sebahagiannya adalah milik orang lain yang mana kita di jadikan sebagai perantara oleh-Nya untuk menyampaikan semula ke jalan-Nya. Insyaallah pasti ada keberkatan dan kelebihan rahmat-Nya kepada anda. Semoga semakin bertambah-tambah rezeki anda. Insyaallah.

Caruman KWSP dikaji semula

Jangka hayat rakyat Malaysia 75 tahun
KUALA LUMPUR: Jumlah caruman bulanan daripada pekerja dan majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikaji semula untuk memastikan wang simpanan pekerja mencukupi apabila mereka mencapai usia persaraan kelak. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata golongan pekerja khususnya mereka yang memperoleh pendapatan bulanan RM700 dan ke bawah menghadapi masalah kewangan selepas bersara dan wang simpanan KWSP habis dalam masa tiga tahun. 

“Ada pelbagai faktor yang menyebabkan duit simpanan KWSP mereka habis mengeluarkannya selepas mencapai usia persaraan, antaranya ialah kos harian yang semakin meningkat seperti kos perubatan dan hutang pinjaman yang belum diselesaikan sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa KWSP 2012 anjuran KWSP bertema 'Evolusi Dinamik Dunia Pencen' yang berlangsung selama dua hari mulai semalam.

Subramaniam berkata, jumlah caruman sedia ada tidak sesuai diguna pakai pada masa sekarang kerana jangka hayat rakyat Malaysia sudah meningkat sehingga 75 tahun ke atas berbanding jangka hayat 60 tahun pada sekitar 1960-an dan 1970-an.

Katanya, kementerian akan mencari kaedah terbaik dalam memastikan pekerja menikmati kehidupan selesa sepanjang hayat mereka selepas melepasi usia persaraan dengan mewujudkan skim caruman KWSP lebih baik pada masa depan.

“Antara kaedah itu ialah menyediakan insentif kepada majikan sekiranya mereka menggunakan khidmat warga emas di organisasi mereka, dan ia juga dapat menyelesaikan masalah kemiskinan warga emas,” katanya.

Kementerian akan mendapatkan cadangan daripada Seminar Antarabangsa KWSP 2012 untuk merangka skim caruman yang lebih sesuai.

Subramaniam berkata, selain cadangan untuk menaikkan jumlah caruman, kementerian akan mencadangkan kepada majikan untuk meningkatkan usia persaraan 55 tahun sekarang dan melanjutkan perkhidmatan mereka.

Pada majlis berasingan, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara KWSP dan Universiti Malaya untuk penubuhan Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial di Fakulti Ekonomi Pentadbiran UM. – BERNAMA 

Sumber : Berita Harian

P/S: Jadi, adakah anda sudah memikirkan berkenaan persaraan anda untuk masa hadapan? Bertindak sekarang!!! Mari tingkatkan lagi pulangan wang persaraan anda dengan melaburkan EPF akaun 1 anda ke dalam unit trust. Mudah saja. Maklumat lanjut boleh baca disini Pelaburan melaui EPF akaun 1.

Saya sedia membantu anda dalam memberi penerangan berkenaan perkara ini serta merancang pelan terbaik bagi masa depan yang lebih bermakna.


Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda