Sembahyang Hajat - Goal Setting 2012 di Rumah G.A.M Shaari Anuar Musa



Semoga semua ni menjadi renungan dan motivasi kepada semua ahli Group Univest. Jumpa anda di puncak kejayaan.

3 Simple Rules in Life : Do it now!!!




Apa yang anda rancang & lakukan hari ini adalah apa yang anda kecapi dimasa hadapan. Rancanglah hidup anda dengan sebaiknya kerana kita bukan merancang untuk gagal tp Gagal untuk merancang.

Biar sekecil mana pun usaha kita asalkan ia dilakukan secara istiqamah dan tertib pasti hasilnya tetap ada untuk kita kelak. Bior sikit tp lama-lama jadi bukit. Bersusah-susah dahulu bersenang-lenang kemudian. Jangan plak terbalik dahle yer... Mana la tau bersenang lenang dahulu.... bermati-matian kemudian. Kan menganiayi diri sendiri namanya. 

Ingat bahawa kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Sekarang di waktu sihat ni bolehla kita katakan mampu bekerja, tp bila dah tiada kudrat mungkin sudah tiada upaya untuk melakukannya. Pastinya semua itu sudah terlambat. Amalkan tabiat menyimpan supaya ada berkat di waktu darurat.

Pilihan yang paling mudah ialah kita rancang & lakukan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Kemudianya pasti kita akan menikmati hasilnya. Action Create RESULT!!!

Baca selanjutnya dibawah tu yer... ada info menarik utk dikongsikan ;-)

Bagaimana melabur daripada EPF ke Unit Trust?
Jumlah yang boleh dilabur adalah sebanyak 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.

1)Pelaburan minimum sebanyak RM1,000.
2)Pelaburan boleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan.
3)Caj Perkhidmatan seunit – sehingga 3% daripada nilai aset bersih seunit.

Contoh 1:
Rudy berumur 33 tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang terkini, jumlah simpanannya dalam Akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia "LAYAK" mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam dana unit amanah.
Pengiraan = (RM70,000 – RM24,000) * 20% = RM9,200

Daftar Segera i-Akaun KWSP

Salam sejahtera, kali ini aku nak kongsikan kelebihan i-Akaun. Mudahnya dengan i-Akaun ni segalanya di atas talian dimana saja anda berada anda boleh semak berkaitan maklumat KWSP anda.


Langkah mudah nak mengaktifkan i-Akaun ni adalah dengan lawati mana-mana Pejabat KWSP atau mesin kiosk KWSP yang disediakan samada RHB Easy atau bank-bank di dalam Malaysia bagi mendaftar i-Akaun terlebih dahulu.  

Kemudian anda perlu aktifkan pula di laman web KWSP atau Login Kali Pertama. Mudah saja, teknologi di hujung jari. Jadi manfaatkan ia untuk kemudahan anda.

i-Akaun merupakan akaun KWSP Ahli atau Majikan secara online. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan oleh KWSP.

Ahli boleh:

-Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
-Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
-Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
-Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
-Menyemak log aktiviti i-Akaun
-Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini
-Menyemak maklumat penamaan

Majikan boleh:

-Mengakses, mengedit dan mencetak Borang A
-Mengakses Borang A: Arkib caruman dikreditkan
-Menyemak nombor KWSP pekerja
-Mendaftar ahli baru KWSP
-Menyemak Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML)
-Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
-Menyemak log aktiviti i-Akaun
-Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini

Jadi, apa tunggu lagi. bertindak segera dengan DAFTAR sekarang di http://www.kwsp.gov.my/index.php

Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda.

The Millionairesisters Akmar Hanif & Elynn Hanif




The Millionairesisters Akmar Hanif & Elynn Hanif has achieved tremendous success in the industry of financial planning, unit trusts, insurance & wealth management. If you'd like to learn how you too can become successful under the mentorship of these two successful ladies

Kisah Benar - Rahsia kejayaan kami yang Penakut dan Pemalu


Kami daripada Group Univest menjadikan video ini sebagai sumber inspirasi untuk ahli group kami. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi untuk semua.. Kita mampu berjaya jika kita berusaha ke arah itu.

Kita bukan merancang untuk gagal, tapi gagal untuk merancang... Selamat Maju Jaya untuk semua. Jalankan tanggungjawab kita sebagai perunding unit amanah yang komited dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab kita kepada pelanggan.

Unit Trust : RM1 juta tidak cukup selepas bersara

Aku terbaca mengenai artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Malayisa pada tahun 2009 yang lalu mengenai wang persaraan anda. Untuk mengekalkan gaya hidup yang selesa anda memerlukan sekurang-kurangya RM1 juta. Jumlah yang besar bagi kita. Tapi nilai itu akan mengecil apabila kita fikirkan tentang inflasi yang akan berlaku pada masa akan datang mungkin 10 atau 20 tahun akan datang.

Sebagai persediaan anda untuk melalui kehidupan selepas persaraan, rancanglah matlamat kewangan anda bermula daripada sekarang supaya hari-hari mendatang adalah lebih bermakna. Jika 10 tahun akan datang atau ketika persaraan baru anda tersedar untuk melakukannya sebenarnya anda telah terlewat. 

Dibawah ini adalah perkongsian untuk bacaan dan renungan anda semua artikel daripada Utusan Malaysia.

RM1 juta tidak cukup selepas bersara

JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.



Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda