[Berita Baik] Bajet 2012: Caruman KWSP Majikan Akan Dinaikkan Kepada 13 Peratus

Bila aku terbaca semula berkenaan berita ini bukan saja ia menggembarakan malah ia adalah satu langkah atau usaha kerajaan dalam meningkatkan nilai caruman dan simpanan para pencarum KWSP khususnya yang berpendapatan rendah.
Namun tidak dinafikan, hasil simpanan tersebut masih tidak mencukupi bagi menampung kehidupan selepas bersara nanti. Langkah berhemah perlu di ambil oleh para pencarum bagi meningkatkan lagi hasil pulangan pelaburan wang KWSP mereka. 
Ambil peluang yang disediakan oleh Syarikat Unit Amanah Malaysia dimana usaha meningkatkan pulangan pelaburan daripada wang KWSP akaun 1 tersedia. Biarlah ia bermula daripada awal supaya matlamat pelaburan kewangan anda bagi persaraan kelak tercapai. 
Pelaburan unit amanah melalui KWSP akaun 1 boleh dilakukan dengan berhubung dengan wakil Perunding Unit Amanah bagi mana-mana syarikat samada Public Mutual Berhad, CIMB Wealth Advisor, MAAKL Mutual, Aminvestment Services atau sebagainya. 
Maklumat mengenai pelaburan unit amanah boleh di rujuk dibawah ini :- 
- melalui EPF  atau 
-secara tunai 
Dibawah ini adalah siaran berita yang dikeluarkan oleh MStar. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam merancang pelan persaraan anda kelak. Saya boleh di hubungi di 019-2325287 atau emailkan kepada kaharuddinpmb@gmail.com. 


KUALA LUMPUR: Kerajaan mencadangkan agar caruman majikan dalam Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) dinaikkan kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kenaikan kadar caruman daripada 12 peratus sebelum ini akan memberi manfaat kepada 5.3 juta pencarum KWSP untuk meningkatkan simpanan mereka di hari tua.

"Kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup setelah bersara.
"Kajian menunjukkan hampir 70 peratus menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Sementara itu, Najib turut mencadangkan agar setiap caruman dalam Skim Persaraan Swasta diberi pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 dan anuiti insurans selama 10 tahun.
"Dengan ini, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan," katanya.

Dalam Belanjawan 2011, kerajaan telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk caruman KWSP dan memperluas insurans hayat bagi meliputi carumankepada Dana Pencen Swasta yang kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta.

Najib juga mencadangkan agar potongan cukai dilakukan ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta selain mengecualikan cukai ke atas pendapatan dana skim tersebut. -BERNAMA

Source : MStar Online

[ALERT] Quick Rich Scheme / Skim Cepat Kaya

Investment and deposit taking
If you want to invest, please ensure the company has a VALID licence from the Authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM), Securities Commission (SC) and Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). You can contact BNM at 1-300-88-5465, SC (03-62048999/03-62048777) and KPDNKK (1-800-886-800) to verify the status of the companies.

High investment returns
Be cautious of any form of marketing strategy which promises high returns or profits without risk. High returns come with high risks. Make sure you gather additional information about the company.

SMS or prank calls
If you receive any SMS or call through your mobile phone, promising huge cash rewards with the condition that you are required to reply to the SMS or return the call, you have to substantiate first by checking with the Authority such as Bank Negara Malaysia. Always be cautious of such calls.

Source : BNM

Kes Mahkamah : Enam Ahli KWSP Disabit Kesalahan Menipu Pengeluaran

Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disabit kesalahan oleh mahkamah di antara bulan Oktober dan Disember 2011 (Suku Tahun Keempat 2011) di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran.

Ahli terbabit telah didapati bersalah dan didenda berjumlah RM5,900 oleh mahkamah atas kesalahan melibatkan pengeluaran perumahan dan hilang upaya di mana lima daripada mereka berkemungkinan dipenjarakan sehingga satu bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Encik Nik Affendi Jaafar berkata, “KWSP ingin mengingatkan ahli  bahawa tujuan menyimpan dengan KWSP adalah untuk memastikan keperluan asas kewangan bagi persaraan ahli boleh dicapai. Sebarang cubaan untuk mengeluarkan simpanan mereka  secara tidak sah adalah bercanggah dengan tujuan utama menyimpan dengan KWSP kerana akhirnya ahli juga yang  akan rugi.”

Di antara Januari dan Disember 2011, sebanyak 52 saman mahkamah telah difailkan terhadap ahli KWSP yang terlibat dengan penipuan pengeluaran. Pada 2011, sejumlah 47 ahli telah didapati bersalah oleh mahkamah di bawah seksyen yang sama kerana menipu pengeluaran perumahan, hilang upaya dan kesihatan sementara 13 kes lagi sedang dalam tindakan mahkamah.

“Sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas simpanan ahli, adalah menjadi tugas KWSP untuk memastikan simpanan itu sentiasa dilindungi. Dengan itu, KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar undang-undang,” tegas beliau.

Di bawah Akta ini, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Mereka yang disabitkan kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, mereka hanya dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama selepas tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan. Manakala bagi ahli yang tidak memulangkan wang tersebut, mereka akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.

Nik Affendi menjelaskan penipuan pengeluaran membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi mendapatkan kelulusan pengeluaran daripada akaun KWSP mereka sendiri.
“Ahli diingatkan bahawa KWSP mempunyai proses yang ketat dan sistem yang berupaya mengesan sebarang cubaan menipu atau menipu pengeluaran walaupun selepas simpanan itu berjaya dikeluarkan,” kata beliau.

Ahli yang layak dan ingin membuat pengeluaran KWSP dinasihati mengunjungi cawangan KWSP yang terdekat, tanpa perlu melalui pihak ketiga atau sindiket yang akan mengambil kesempatan terhadap ahli dengan menawarkan kononnya bantuan untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka dengan mengenakan caj yang tinggi.

“Sindiket ini hanya bertujuan untuk menipu ahli supaya mengeluarkan simpanan KWSP mereka secara tidak jujur. Oleh itu, KWSP menyeru sesiapa yang ingin melaporkan kes penipuan pengeluaran supaya menghubungi talian Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat,” kata Nik Affendi.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tarikh : 25 Januari 2012
Sumber : Laman Web KWSP

P/S U2Consultant : Berhati-hati dengan sebarang penipuan. Elakkan daripada anda berurusan dengan orang ketiga dan seeloknya berurusanlah dengan mereka yang berkelayakan atau terus ke pejabat KWSP berdekatan anda.

Unit Trust : Matlamat Kewangan dengan Unit Amanah

Salam sejahtera semua. 

Disini saya ingin kongsikan berkenaan Matlamat Kewangan dengan Unit Amanah. Jika kita sedari atau tidak sebenarnya kita alpa bahawa masa sentiasa meninggalkan kita di kebelakang. Anda bayangkan sekiranya perancangan bagi matlamat kewangan anda dibuat pada 10 atau 20 tahun lepas rasanya masa yang berlalu tentu tidak sia-sia.

Anda mungkin rasakan yang berlalu biarkan berlalu, namun jauh disudut hati kita merasakan rugi membiarkan ianya berlalu begitu saja. Matlamat kewangan kita sebenarnya begitu penting bagi kita supaya memastikan sasaran di hari muka dapat di kecapi dengan sempurna.

Baiklah disini saya ingin kongsikan sedikit maklumat berguna berkenaan Kalkulator Matlamat Kewangan dengan unit trust. Sila rujuk gambar/jadual dibawah :-


Contoh 1:-

**Sila klik gambar untuk besarkan saiz paparan.
Penafian : Jadual diatas adalah hanyalah gambaran sahaja. Peratus pulangan tahunan daripada pelaburan Unit Amanah hanyalah ilustrasi semata dan tidak menggambarkan pulangan sebenar. 

Anda bayangkan sekiranya matlamat kewangan anda bagi 25 tahun daripada sekarang adalah sebanyak RM500, 000.00. Dengan pulangan secara purata iaitu 12% setahun maka anda hanya perlu menyimpan/melabur dalam unit trust sebanyak RM312.50 setiap bulan dan jumlah setahun hanyalah RM3,749.98 sahaja dilakukan secara disiplin. 

Contoh 2:


**Sila klik gambar untuk besarkan saiz paparan.
Penafian : Jadual diatas adalah hanyalah gambaran sahaja. Peratus pulangan tahunan daripada pelaburan Unit Amanah hanyalah ilustrasi semata dan tidak menggambarkan pulangan sebenar. 

Manakala bagi contoh diatas pula, cuba anda bayangkan sekiranya matlamat kewangan anda bagi 25 tahun daripada sekarang adalah sebanyak RM1,000, 000.00. Dengan pulangan secara purata iaitu 12% setahun maka anda hanya perlu menyimpan/melabur dalam unit trust sebanyak RM625.00 setiap bulan dan jumlah setahun hanyalah RM7,499.97 sahaja dilakukan secara disiplin. Ingat ya, SECARA DISIPLIN!!!

Persoalannya pertama yang harus anda tanyakan pada diri anda.

1) Apakah matlamat kewangan anda dimasa hadapan? 
2) Sudah bersediakah anda untuk melakukannya secara disiplin bermula daripada sekarang?
3) Mengapa anda perlu lakukan daripada sekarang atau awal?
 
Sebenarnya masih banyak lagi soalan yang perlu kita tanya pada diri kita untuk menimbulkan kesedaran dalam menetapkan matlamat kewangan kita dimasa hadapan. Jangan hanya sekadar berangan kosong tapi tiada sebarang tindakan yang diambil. 

Mengapa saya berkata begitu? Mudah saja, jika anda ada keinginan untuk memiliki Kereta Mewah, Rumah Banglo, Aset berjuta-juta atau lebih mudah lagi Financial Freedom dimasa hadapan anda memerlukan satu tindakkan yang mampu menjamin segala keinginan dan kehendak anda di capai. Tapi tentu anda akan bertanya dengan cara apa??? Jawapan kepada soalan ini saya pulangkan kepada anda kerana anda yang menentukannya.

Baiklah, kita kembali semula kepada masa. Jika anda memanfaatkan masa yang ada dengan menetapkan perancangan kewangan anda, perbelanjaan kewangan anda dan sumber pendapatan anda pasti akan ada sesuatu tindakan yang akan diambil bermula daripada detik ini.

Bagi maksud ini saya mengesyorkan kepada anda supaya menabung/menyimpan/melaburkan wang anda bermula daripada sekarang. Bak kata pepatah "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"dan "Bior le sikit daripada takde langsung" kata orang Perak. Itu lebih bermakna daripada tiada langsung.

Sebenarnya ada banyak kaedah atau cara atau juga platform bagi mencapai matlamat anda. Pelbagaikan pelaburan anda samada dalam Unit Trust, ASB, Tabung Haji dan Fix Deposit yang berkonsepkan pelaburan. Kerana ia tidak membebankan anda. Jika pelaburan ASB anda dapat sebanyak 8% rujuk Sejarah Pulangan ASB, atau pulangan Tabung Haji 5.5% secara purata rujuk disini bagi pulangan Tabung Haji manakala daripada pelaburan di Unit Trust mana-mana syarikat Unit Trust di Malaysia ni memberi pulangan secara purata sebanyak 12% sebagai contoh disitu anda telah mengambil peluang yang disediakan bagi menambahkan nilai pulangan pelaburan anda.

Jika anda mempunyai kewangan yang kukuh dan mempunyai kemampuan untuk membeli aset hartanah anda juga boleh lakukan kerana harga pasaran akan sentiasa menaik dan meningkat dari masa ke masa.

Jika anda mampu mendisiplinkan diri anda dengan menyimpan atau melabur sedikit sebanyak anda mampu mendidik dan menerapkan kaedah ini kepada anak-anak anda. Boleh baca di sini bagi Terapkan Amalan Menabung Anak-Anak atau anda boleh lihat manfaat menabung dengan Compound Interest.

Bagi saya, jika anda mampu menetapkan Matlamat Kewangan Anda lebih awal dan mendisiplinkan diri untuk melakukannya bermakna anda bertindak untuk masa hadapan yang lebih cerah dan anda mampu memilikinya segala impian dan keingininan anda sekarang.

Ingatlah, apa yang kita tanam hari ini adalah apa yang akan kita tuai di masa hadapan. Jadi, semailah dan bajailah ia dengan sebaiknya. Sesungguhnya kita bukan merancang untuk gagal tapi kita gagal untuk merancang.  


Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda.

Hukum Pelaburan Internet Dan Skim Cepat Kaya

Keputusan:
Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
  1. Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam
  2. Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah:
    -Menetapkan kadar peratusan pulangan.
    -Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram
  3. Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba" dan gharar
  4. Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.
  5. Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal
  6. Isu Skim Cepat Kaya

Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
  1. Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
  2. Tiada penjualan barang yang sebenar
  3. Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar
Keterangan/Hujah:
Asas Pertimbangan Pengeluaran Fatwa
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis di dalam membuat keputusan berkaitan Hukum Pelaburan Internet dan Skim Cepat Kaya telah menghalusi kertas kerja serta kajian Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman ( Penasihat Syariah Asia Bank) seperti berikut:

Kajian 1:
Topik Kajian : ABB Fund, Eaindex, Arabic Fund & Winlifund
Pengkaji & Pembentang : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Sumber Rujukan :
a. Web setiap pelaburan internet terbabit
b. Peserta yang terlibat