Bekerja Hingga Umur 60, Wajib Carum KWSP

Pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun akan diwajibkan terus mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 

Arahan itu akan dikuatkuasa apabila Akta KWSP 1991 dipinda nanti.


Pindaan itu kata Menteri Sumber Manusia - selaras dengan rang undang-undang umur persaraan minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat Jun lalu.

Pindaan itu menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun yang dijangka dilaksanakan tahun depan.

KWSP juga kata Datuk Seri Dr Subramaniam - bersetuju pengeluaran carumannya masih kekal pada umur 55 tahun.

Dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.

Pencarum yang tidak mengeluarkan simpanan ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun. Sumber : TV3


Kemungkinan besar akta dibawah ini dirujuk bagi maksud kenyataan di atas.

Seksyen 55A
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun

55A. (1) Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan semua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2) Perenggan 54(1)(c), (e) dan subseksyen 54(6) tidak terpakai bagi seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
[Mas. Akta A1300.]

## Nota kaki Rudy : Bermakna selepas terdapat pilihan utk teruskan mencarum sehingga umur 60 tahun. Memandangkan kerajaan telah wujudkan Private Retirement Scheme (PRS) bermakna ada pilihan atau saluran selain daripada KWSP untuk teruskan pelan persaraan di skim swasta.

Disini ada sedikit info tentang PRS. Anda boleh rujuk di sini tentang Private Retirement Scheme (PRS).
PRS - Key Components

Private Retirement Scheme (PRS)

PRS are offered by approved PRS Providers. Each PRS will include a range of retirement funds from which individuals may choose to invest in, based on their own retirement needs, goals and risk appetite.

With increasing life expectancy and rising living standards, many Malaysians find that their savings are inadequate to meet their retirement needs. PRS form an integral feature of the private pension industry with the objective of improving living standards for Malaysians at retirement through additional savings of funds.

As long-term investment vehicles, PRS are designed to help enhance adequacy andexpand coverage of retirement benefits to all segments of the population. It complements Malaysia’s mandatory retirement savings schemes.

Jika bermanfaat sila sharekan artikel ini pada rakan-rakan anda"

(SHARING IS CARING)

Demo Password Protection On Blogger Blogs


Password bagi Demo Decryption Key = password

Sample Popup Decryption Key

Sila lihat artikel Bagaimana nak letak Password Protection dalam Blogger Blogs?




AMACAM OK KA???
Jika bermanfaat sila sharekan artikel sebelom ni pada rakan-rakan anda"

(SHARING IS CARING)

Bagaimana nak letak Password Protection dalam Blogger Blogs?

Artikel kali ni aku dapatkan bagaimana caranya nak letak password protection bagi mengelakkan orang lain melihat post anda. Hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan oleh anda sahaja yang boleh melihatnya. Kalo dalam Wordpress Blog mmg ada fungsi ni kalo xsilap aku la..

Kebenaran melihat hanya melalui password yang anda reka sahaja. Selain daripada tu, memang minta maaf le.... Kat bawah ni aku kongsikan cara-caranya.... MUDAH JE!!!

Anda cuba tengok ->  DEMO

Langkah yang mudah untuk anda gunakan di blog anda:
    1.    Go To Blogger > Design > Edit HTML
    2.    Backup your 'template' adalah disyorkan.
    3.    Buat carian bagi code kat bawah tu. Lagi mudah dengan menggunakan Ctrl + F,


4.   Anda perlu copy JavaScript code kat bawah ni kemudian pastekan di bawah ]]></b:skin>


5.   Save "template" terlebih dahulu dan telah siap!

How it works??? Ngehhh..ngehhh.... mudah je...jangan pening-pening kepala... Sambung langkah seterusnya seperti dibawah ni..

1.     Switch to the Edit HTML mode dan copy semua code yang anda lihat seperti dibawah ni. Pastikan artikel yang anda hendak protect je.. Xperlu publishkan.. Selepas copy HTML Code tu post tu boleh di Delete atau jadikan Draft je.

Ini dalam Mode "Compose". Klik Button HTML di sebalah kiri tu
Tukarkan ke Mode HTML terlebih dahulu untuk Copy Code
2.    Sila klik untuk Encryption Page
Anda akan lihat empat nama : key, Plain Text, Clipher Text and HTML Code.  Kita hanya akan gunakan column bagi key, plain text and HTML CODE box sahaja. Ikut langkah seterusnya: 

- Masukkan katalaluan yang anda inginkan dalam Key Box kemudian tekan 'Select'

 
- Kemudian "Paste" Code yang telah anda Copies daripada Blogger Editor ke dalam Plain Text

- Tekan Button Encrypt dibawah Plain Text box supaya menghasilkan HTML Code seperti kat bawah ni.
  
- Copy code daripada HTML CODE box tu tadi. Baru selesai copy... oppsss...rileks dulu ada sikit lagi je utk siap...

Segala teks, gambar atau video yang ada taip pada post yang ingin anda letakkan password protection tu tadi akan di enkrip dalam HTML CODE yang telah anda generate seperti di atas tu. Visitor atau pelawat blog anda hanya boleh melihat link "Show Encrypted Text" sahaja.

3. Kini kembali ke Editor Blogger anda. Buat Post Baru seperti biasa dan paste HTML CODE yang anda telah enkrip di dalam Editor blogger anda dalam Mode Edit HTML. Anda boleh ubah ikut kesesuaian ayat yang hendak digunakan pada
-> Show Encrypted text but make all changes in Edit HTML mode sahaja.

4. Publishkan post anda tu. SELESAI!!!



AMACAM OK KA???
Jika bermanfaat sila sharekan artikel ni pada rakan-rakan anda"

(SHARING IS CARING)

Malaysia tangga ke-10 negara malas di dunia

Screenshot daripada Page Utusan Online

Menurut satu kajian, Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

APA KOMEN ANDA???
Jangan kata " Kalo semua rajin sapa yang nak jadi pemalas plak???"

(PASTIKAN KITA SENTIASA RAJIN)


Korang tengok sendirilah dalam Page Utusan Online

Komen Rudy : Aku xmalas la wei... yang malas tu orang lain. Tapi Kajian tu dibuat secara random je kot.. huhu.. Buangkan istilah "Malas" dalam kamus hidup kita!!!

Kenapa Melabur dalam Unit Trust???


Melabur dalam unit trust memberi banyak kelebihan. Saya senaraikan 7 manfaat unit trust.

1. Pengurusan professional
Dana unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.

2. Penyebaran risiko
Kelebihan utama unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.

3. Sesiapa saja mampu melabur dalam unit trust
Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.

4. Mudah tunai
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.

5. Selamat
Pelaburan dalam unit trust adalah selamat, kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Lagipun semua dana unit trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.

6. Tidak memerlukan perhatian khusus
Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan usuran pelaburan dana, kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang dipertanggungjawabkan. Ini membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka kepada aktiviti lain.

7. Pulangan yang menarik
Setakat ini, pulangan daripada unit trust sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah normal, malah terdapat dana yang memberi pulangan yang lebih tinggi jika pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi dalam jangka panjang pulangan unit trust adalah jauh lebih baik daripada simpanan tetap.

Jadi, apa yang perlu anda buat? Bertindaklah. Bila? Sekarang!!!

Thank to Bro Ahmad Hanizam for this article.

DAPATKAN TEMUJANJI ANDA BERSAMA MR. RUDY!!!
Hubungi 016-2658986

(Saya akan menemui anda.. TQ)

Jutawan Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam???

Jutawan Speedmart99 : Adalah lelaki cacat & Belajar setakat darjah 6???

Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu. Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.

Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah. Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011). Lee berkerusi roda semenjak kecil.Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.

Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit. Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun. Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.

Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar. Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah. Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.

Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.

” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.

Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.

Hebat bukan?

Jom Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2011

Kali ni aku buat sedikit pengiraan menggunakan Microsoft Excel 2007 je. Nampak macam susah tapi bila aku menggunakan formula yang aku dapat daripada blog http://perjalananku.com hasil penulisan Bro M. Ruzaini. H bagi pengiraan Dividen dan Bonus wooowss... mudah je!!!.

Dibawah ini adalah hasil pengiraannya seperti yang telah aku lekatkan kat bawah ni...


Formula Pengiraan Dividen ASB

Kalo mengikut formula bagi pengiraan Dividen & Bonus ASB tu korang tengoklah sendiri samada di atas atau dibawah nun... Fahamkah??? Kalo tak faham korang kena fahamkan juga. Kalo tak memang korang tidak akan faham sampai bila-bila... gurau je. Ok baca teori Pengiraan Dividen & Bonus ASB kalo masih blurrr.....lepas tu sure faham!!!
 
Formula Pengiraan Bonus ASB

Aku ada buat sedikit contoh pengiraan dividen dan bonus mengikut kes-kes tertentu samada simpanan sekaligus / lump sum, simpanan tetap mahupun tidak tetap. Korang layanlah sendiri.






Aku rasa korang mesti nampak perbezaannya. Antaranya ialah simpanan tetap secara sekaligus atau lump sum adalah lebih besar peratusannya berbanding dengan simpanan tetap yang lain. Yang aku nampak la... xtau la apa yang korang nampak plak... ;-)

Nota Kaki Rudy : Korang fahamkan la yer... Ni baru masuk bab simpanan belum lagi pengiraan Loan ASB. Nanti aku post untuk pengiraan Loan ASB yer... Sharing is Caring. Jika ada kesilapan sila bagi teguran.

.

Teori Pengiraan Dividen dan Bonus ASB

Hasil penelitian aku ramai yang dok tercari-cari bagaimana cara pengiraan dividen & Bonus ASB. Oleh yang demikian inisiatif daripada aku mencari info dan buat sedikit analisis. Hasilnya aku berjaya dapatkan maklumat tersebut.

Banner Promosi : Kempen Melabur di Pejabat ASNB
Cara pengiraan dividen dan bonus ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan (BMB), iaitu baki terendah bulanan dari 1hb hingga hari terakhir bulan tersebut.

Sebagai contoh:

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti berikut:-

Pengagihan Pendapatan 7%
Bonus 1.75%

(a) Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 x KADAR
12 Bulan

* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b) Bonus
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008 X KADAR
120 Bulan

* BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan
120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
* Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Nota: Sebenarnya cara pengiraan dividen dan bonus asb ini turut dinyatakan dalam penyata tahunan yang dihantar kepada pelabur setiap tahun. Jadi pastikan alamat semasa dalam daftar asnb adalah yang terkini.

Kredit to EasyASB Blog

Belajar tawakal dari seekor burung wahai manusia berakal


"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR. At-Tirmidzi).

Ternyata ada beberapa sifat dan sikap yang dilakukan oleh burung dalam mencari makanannya, iaitu:

1. Burung selalu bangun pagi

Tidak ada burung yang bangunnya waktu pagi, kecuali burung sakit, atau burung malam (burung hantu). Namun jika dilihat secara umum, burung selalu bangun pagi. Ia bangun dengan penuh optimis, riang dan gembira tanpa ada rasa khuatir sedikitpun akan makan apa hari ini, tidak pernah khuatir akan rezeki yang pasti sudah disiapkan oleh Allah. Bahkan di celah persediaan, dia sambil sibuk bernyanyi dan membangunkan manusia, seolah-olah menunjukkan kepada kita akan rezeki Allah yang selalu siap kita jemput. Seolah ia menunjukkan kepada kita bagaimana ia bertasbih kepada Allah, melalui kicauannya.

Contohlah burung semasa ia bangun pagi, burung selalu untuk bersyukur, memuji Allah yang Maha Pemurah, dan bertasbih kepada Allah melalui nyanyiannya. Kita diberi infrastruktur jauh lebih istimewa daripada burung, mari kita gunakan masa kita untuk bangun pagi, bersyukur, bertasbih dan bermunajat kepada Allah, seperti yang dilakukan oleh burung.

2. Burung berusaha berdiri, persiapan. sblm terbang
Dalam usaha mencari rezeki, kita juga harus melakukan "pemanasan", persiapan fizikal mahupun mental, mahupun fikiran untuk kesempurnaan ikhtiar kita.

3. Burung terbang dan mengepakkan sayap melawan graviti bumi.
Dalam usaha mencari rezeki, jarang sekali tanpa halangan ataupun kesulitan yang kita hadapi, seperti burung semasa terbang berusaha sekuat tenaga untuk melawan graviti bumi, agar tidak terjatuh.

Seperti kita, dalam setiap usaha ada saja penolakan, keletihan, kesulitan, kebuntuan berfikir yang kadang kita temui, namun yakinlah, bahawa semua itu akan membuat kita menjadi lebih taft, lebih tempoh, lebih ahli di kemudian hari, seperti otot-otot sayap burung, kerana setiap hari melawan daya graviti bumi, burung akan menjadi lebih kuat dan kuat lagi, hingga jika dalam cuaca ekstrim sekalipun, burung telah terbiasa. Jika kita telah terbiasa dengan "hujan badai" sukarnya semasa mencari rezeki, maka ketika keadaan cuaca yang baik, semua keadaan biasa, kita akan dengan mudah menakluk cabaran kehidupan tersebut.

4. Semasa terbang selalu yakin dan tidak pernah rasa ragu
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya." (Surah At-Tholaq: ​​3)
Setelah kita berdoa, dan bertawakal kepada Allah, maka jangan meragui hasilnya, kerana yakinlah, Allah telah menyediakan rezeki untuk kita. Burung tidak pernah ragu semasa terbang, dia selalu yakin bahawa, di sana ada harapan, yang telah disediakan oleh Allah.

5. Terbang dgn naluri, ke tempat yang subur dan subur
Dalam usaha mencari rezeki, diperlukan "ilmu" yang relevan, guna untuk berikhtiar. Jikalau burung hanya dibekalkan naluri oleh Allah, untuk mencari tempat-tempat yang subur dan subur makanan, maka kita diberi deria dan akal fikiran yang luar biasa oleh Allah, yang boleh kita gunakan untuk menganalisis di mana tempat-tempat yang subur dan rimbun akan rezeki Allah

6. Setelah makan, dia bawa pulang sebahagian rezekinya

Ketika mencari rezeki, jangan pernah lupakan beban amanah keluarga, anak isteri yang selalu menanti hasil ikhtiar yang kita lakukan

7. Jika mengambil makanan, burung tidak pernah merosakkan

Ketika mengambil makanan, burung selalu dengan cara yang indah dan lembut, tidak pernah melakukan kerosakan dalam proses pencarian makanan, bahkan ada beberapa jenis burung yang membantu proses persenyawaan beberapa tanaman.

Malu rasanya, jika kita dalam proses mencari rezeki kita, harus merugikan orang lain, harus merosakkan hak-hak orang, harus menyakiti dan mengecewakan orang lain.

"Barang siapa yg merasa letih di petang hari kerana mencari rezeki dgn tangannya, maka akan diampuni dosa dosanya." (HR Tabroni)

Close Deal 50K... Alhamdulillah Rezeki Bulan Ramadhan

Yearggghhhh.... RM50K mimpi malam tadi jadi kenyataan tghari tadi... lalalalla...... seronok pakai smart hari ni... rejeki... rejeki.... alhamdulillah.... tapi daripada atas sampai kebawah org tgk aku pun pelik...Apa yg xkena?? Aku puasa beb..... 



lain sgt ker gaya aku hari ni...sampai naik tangga nak masuk lift pon org jeling aku. Solat Jumaat kat Masjid Negeri Shah Alam orang usha pelik... nak kata seluar x gosok dah iron tajam sampai boleh luka, baju fit mmg ngam ikut ukuran dah, kafling daripada Korea boss bagi aku dah pakai, tie siap ada pengepit Bonia pon aku pakai.... mungkin satu lagi kot membuat aku nampak lain hari ni.... Janggut aku tu rupenya membuatkan aku nampak lain sampai jatuh hati client hari ni.. Ahaks....

RM50K untuk esok... InsyaAllah

Besok ada appointment dengan client di Pejabat MB Selangor. Aku kategorikan sebagai prospek besar dikalangan client aku. Prospek ni pernah aku propose pada awal tahun 2012. Selepas follow up melalui phone untuk appointment sebelum ni gagal kerana dek kesibukan beliau. Alhamdulillah, prospek ni hubungi semula utk jumpa pada esok hari jam 11.00 pagi.. Pelik tapi benar!

Sebelum ni aku macam dah rasa macam xde harapan la plak... tp perancangan tuhan mengatasi segalanya.. Di bawah ni aku sharekan sedikit perbualan ringkas melalui telefon...


Pagihari ada miskol daripada 013-XXX nombor yg tak dikenali, petang plak dapat call daripada nombor yg sama... Aku angkatla sebab tgk cantik semacam je.... rupenya ada pegawai kanan daripada Kerajaan Negeri Selangor call aku... EXCO ka YB ka...MB ka aku lupa plak jawatan sebenar dia...

Perbualan Telefon seperti dibawah :
Tutttt..trittt...tuttt....tootttt...aku ringkaskan..
Rudy : Hello..
XXX : Rudy...kenapa lama tak datang jumpa saya?
Rudy : Uiks... siapa ni???
XXX : Saya Haji dot..dot...
Rudy : Oic.... Tuan Haji... Napa yer tuan haji??
XXX : Napa haritu xdtg jumpa saya...???
Rudy : Laaa... iyeker... tapi hari tu tuan haji kata busy dan kata nanti... dan saya ingat tuan haji sudah tidak berminat dengan proposal saya...
XXX: Ishhh...xdelaa.... Ok tadi saya pergi ke Public Mutual di Seksyen 15, Shah Alam.
Rudy : Tuan Haji dah invest ker??
XXX : Ehh... Blom lagi... sebab staff kaunter tu cakap kena melalui Consultant Agent... "Dah ada agent blom?", Tanya staf kaunter.. nasib baik dia cakap dah ada tp branch bangsar (aku la tu)...
Rudy : Baiklah macam ni, Tuan haji nak invest brp?? Dah prepare banker cheque atau bank draft??
XXX: Blom lagi... Kalo RM50K saya invest boleh keluar bila??
Rudy : Actually, 3 bulan pertama sahaja tidak boleh keluarkan selepas tu Anytime & Anywhere.. Tp walaubagaimanpun ia bergantung pada objektif, tempoh masa, risk profile investor of investment... blah...blah..... Esok jumpa di Pejabat MB.... ops...ops... SUK tu pejabat MB la kot... lama xdtg sana jumpa MB... YEARGGHHHHH......

#harap2 menjadi kali ni... mana tau dia nk pump RM100K ka.... 50K tu macam dalam tangan kalo mmg dah rezeki aku... Insyaallah.

**Moral of the Story : Jangan buat andaian negatif mengenai client anda. Jika hari ini anda propose mereka tidak mahu bukan bermakna mereka menolak anda terus. Kemungkinan besar mereka belom bersedia untuk itu. Pasti esok atau lusa atau juga akan datang mereka kembali pada anda bila sudah bersedia. Think Positive!!!

Alhamdulillah....Rezeki Bulan Ramadhan Al-Mubarak

02 Ogos 2012 - Malam tadi close deal dengan client di Sg. Buloh...Rezeki bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dapat close lagi besar dan besar lagi... Amin


So, kepada sesapa diluar sana yang berminat untuk merancang pelan persaraan, pendidikan anak atau apa-apa pelan kewangan boleh hubungi saya.. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Alamak....Jatuh Mendadak Visitor Blog

Selepas pertukaran nama blog daripada http://u2consultant.blogspot.com ke http://rudypmb.blogspot.com berlaku kejatuhan mendadak visitor. Nak kena buat lebih banyak kerja utk naikkan semula hits visitor blog ni.. Amik masa tapi inilah kesan yang perlu aku hadapi.

Walaubagaimanapun pasti usaha kali ni membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan. Kita cuba sedaya upaya. Dibawah hasil screen shot analisis yang dibuat daripada http://busuk.org/ping/analytic/rudypmb.blogspot.com dan http://busuk.org/ping/analytic/u2consultant.blogspot.com



Pertukaran nama blog... http://rudypmb.blogspot.com

Pengumuman pada 01/8/2012 pertukaran nama blog http://rudypmb.blogspot.com/ bagi memudahkan di masa akan datang.. Pertukaran ini dibuat hasil penelitian dan saranan rakan-rakan blogger lain. Penggunaan nama blog personal adalah lebih baik. Terima kasih diatas sokongan semua. Harap maklum.