Rezeki yang tidak di duga di Malam Rabu 24/10/2012

Alhamdulillah......Jika baca tajuk tu membuatkan kalian tertanya-tanya apa ke benda rezeki yang di maksudkan tu? Aku just share screenshoot daripada inbox FB perbualan antara aku dengan seorang client ni pada malam semalam. Nama, no HP dan picture profile client tu aku dah kasi hidden bagi menjaga privacy client...

Rezeki yang bulat tidak datang bergolek dan pipih tidak akan datang melayang. Bagaimanapun tetap kena usaha. Cuma dalam bentuk atau keadaan, bagaimana ia datang tu tidak boleh di duga atau di sangka. Ia akan datang dengan sendirinya. Maha besar kuasa Allah swt.

Niat utama aku adalah untuk membantu, mendidik tentang kepentingan perancangan kewangan samada pelaburan atau simpanan bagi masa depan yg merangkumi pelan persaraan, pendidikan anak-anak, financial goals.

Bagi aku ini adalah khidmat yang mampu aku hulurkan kepada client-client aku. Aku rasa puas dengan kerjaya aku ini. Atleast, sekecil-kecil khidmat aku ni mampu membuatkan mereka tersenyum di hari muka kelak itu sudah membuatkan aku gembira dan terharu.  Cukuplah sekadar ucapan "Terima Kasih Rudy".

Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang aku terima berkaitan rezeki ini sejak aku terlibat dalam industri Unit Trust ni. Biarlah ia menjadi rahsia di sebalik yang berlaku ini, cukuplah sekadar aku kongsikan yang ini dulu. Sharing is Caring!!!





ALHAMDULILLAH : BEST DEALED TODAY!!!


Sempoi betui client aku ni... xsmp 5 minit explain terus sign & thumb print. Aku nak share sikit citer pagi ni.. memang AMAZING!!!

Client ni adalah X_BOSS kat ICT SUK SELANGOR. Now, kerja sector swasta plak...Mesti ramai yg kenal terutamanya BTM SUK & PPTM Daerah Selangor.

Ketika aku ngah lukis graf utk tunjukkan DCA tu mcm mana pada client aku ni.. Datang opismate client aku ni kat meja kitorang... Lalu dia menyampuk...

"Sol, ko xperlu nak pening-pening kepala, ko sign & thumb print je form tu... Aku dah invest lama dah dalam Public Mutual ni.. dah triple profit aku dapat daripada duit KWSP aku. Dulu aku ejen, tp aku xbuat, aku pass pada agent lain utk manage investment aku"

#GREAT TESTIMONI from X_AGENT & Investor. Apa nak di kato??? Client aku terus mintak form utk sign & Thumb Print... Best wooo.... inilah dikatakan MIRACLE of REZEKI ALLAH SWT

Sabtu yang indah di Kuala Selangor - EPF & CASH aku tapouw

Alhamdulillah rezeki ditengah hari Sabtu di Kuala Selangor... Kak Shiha ni mmg dah lama aku kenal dulu aku pernah propose dia ckp dia xnak buat lagi dan dulu dah ada consultant yang dah propose namun EPFnya masih tidak mencukupi utk buat pelaburan unit amanah. 


So, hampir 3 tahun aku biarkan dan baru2 ini aku call beliau semula niatku utk follow up... Beliau setuju dengan cadangan aku utk berjumpa pada hari sabtu jam 11 am di Tesco Kuala Selangor. 

Jika mengikut rancnagan awalnya dia akan datang bersama suaminya utk berjumpa, namun last minute beliau maklumkan bahawa suaminya perlu handle event jabatan. So, jumpa dengannya sorang jela... aku bawak anak aku si Rayyan bersama... 

Peneman setia aku Si Rayyan yang aktif

Dia maklumkan pada aku dia dah buat investment sebelum ni tp secara cash dan siap bawak report daripada trustee berkenaan investment tu. Aku calculate mmg dah untung. Namun, dia cakap agent dia sebelum ni dah kena terminated. Dia nak aku uruskan portfolio beliau. Erm... 

Alhamdulillah... EPF & Cash with regular investment. Repurchase previous investment.... ahaks.... 



 
#Baru aku tahu dia ni boleh ckp loghat terengganu... ahaks.... best deal with u kak Yusiha.. ;-)

Siapa kata Unit Trust tak bagus??


Senyum lebar siooottt.... RM50,000.00 tu. Ini adalah cash investment daripada client Bro Farid. Best bukan dapat pegang check mcm ni. Syiokkk wooo.... layannn... ;-)

*Siapa kata unit trust x bagus... ni haaa bukti kepercayaan client untuk terus gandakan wang mereka... ;-)

Rezeki...rezeki.....rezeki.....

##Tahniah Bro Farid... We Built Trust in Unit Trust Industry..... ramai lagi yang nak buat dan sertai kita.... Mereka tunggu kita approach sj... Just Do It!!!



Gambar yang lebih jelas RM50,000.00

Kesempatan melepak di Rojak Subang, Seksyen 15, Shah Alam. Sekali dia kuarkan cheque.. AMEKAW!!!

Puncak Pine Tree Hill & Twin Peak Heaven


Tak sempat nak upload gambar pendakian dek kesibukan kerja. Insyaallah akan upload lebih banyak lagi gambar-gambar pendakian tersebut. Sekadar perkongsian dengan reader blog ni..

Pendakian bermula jam 8.48am berada di puncak Pine Tree Hill jam 12.30pm dan mendaki pula ke Twin Peak dalam 20-30 minit perjalanan. Seronok mmg seronok tp nikmat pulang semula ke check poin utama cukup memeritkan akibat injerk lutut... Namun berbaloi dengan segala liku-liku, cerun yg mengerunkan, pendakian yg cukup meninggalkan 1001 memori indah....


Top of Pine Tree Hill

Top of Pine Tree Hill

Top of Twin Peak




Misi Menawan Pine Tree Hill, Bukit Fraser

Yeaarrgghhh....... Awal pagi besok bermula ekpedisi menawan Pine Tree Hill di Bukit Fraser. Segala persediaan daripada segi kelengkapan untuk mendaki seperti kamera, air mineral, roti, epal & glove telah di siapkan dalam beg. Walaupon kasut baru ku beli malam tadi dek mencari kasut yang benar-benar sesuai dengan kakiku.

Persediaan mental & fizikal juga telah di lakukan dengan latihan joging dan training ping pong. ehh... apa kena mengena ping pong dengan hiking?? Haaa... di sinilah rahsianya, sukan ping pong lebih kepada ketangkasan merangsang pergerakan tangan, kaki & pinggang. Disamping menjana stamina dapat juga membakar kalori dan mengeluarkan peluh yang cepat berbanding berjoging.


Peta kat atas tu adalah lokasi pendakian esok dengan ketinggian 1448m/4750ft. Bermula jam 4am perlu bertolak daripada Bandar Baru Bangi menuju ke Bandar Sri Damansara utk menumpang kereta rakan (Jasmin) dan meneruskan perjalanan ke Bukit Beruntung bersama sekumpulan pendaki yang lain iaitu Kak Ann Daim. Pendakian kali ini disertai oleh 9 orang jika mengikut maklumat yang diterima.

Jika mengikut plan asal akan singgah sebentar untuk solat subuh terlebih dahulu kemudian diteruskan menuju ke lokasi pendakian. Aku berharap pendakian esok berjalan dengan lancar dan pastinya Puncak adalah sasaran utama. See u at the Top Crazy Hikers!!!

FUIYOOO : Best kalo selalu mcm ni


FUIYOOO : Best kalo selalu mcm ni.... bukak je inbox dh ada yg bersedia utk melakukanya... rezeki utk awal pagi esok.. Alhamdulillah

##Aku masih memerlukan 85 orang client sehingga 31 Dec 2012... WHO NEXT????

Meh tengok..... Apa yang boleh anda buat dengan KWSP akaun 1 anda selain kena tunggu umur 50 tahun & 55 tahun...??? Tengok kat sini http://bit.ly/TAX9gF



DAPATKAN TEMUJANJI ANDA BERSAMA MR. RUDY SEGERA!!!
CALL/SMS Nama & Lokasi Anda ke 019 - 232 5287

(Saya akan bantu anda. TQ)

50, 000 pelabur terjerat - Berita Harian

Orang tua-tua dah pesan, jangan kerja untung je... nanti buntung... Nah... amekaw.... Ramai gak yer yang bercita-cita nak jadi kaya-raya. Bukan sikit-sikit anak, 50,000 orang tu. Ni baru kena ambush belom kena freeze... kalo dak lagi naya laaaa...... korang layan la sendiri artikel BH kat bawah tu. Sharing is Caring!!!





Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.

Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007. Bank negara serbu

Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2 petang.

Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.

Dalam serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.

Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.

Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.

Sumber itu memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa pada 2009.

"Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka.

"Bank Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam) sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.

Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.



Sumber : http://www.bharian.com.my/