Apakah skim pelaburan Ahli KWSP?

Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.


Objektif Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP:

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Manfaat melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP:

1)Tidak memerlukan pelaburan tunai
Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

2)Kepelbagaian
Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.

3)Pendedahan pelaburan luar negara
Melabur ke luar negara dengan dana domestik yang boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersih dana dalam pasara-pasaran luar negara.

4)Pertumbuhan nilai modal
Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.
    Bagaimana melabur?
    Jumlah yang boleh dilabur adalah sebanyak 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.

    1)Pelaburan minimum sebanyak RM1,000.
    2)Pelaburan boleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan.
    3)Caj Perkhidmatan seunit – sehingga 3% daripada nilai aset bersih seunit.

    Pengiraan Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP???

    - Mudah saja. Mari gunakan EPF Calculator Online.
    - Secara manual boleh rujuk jadual dan contoh dibawah:

      Contoh 1: LAYAK
      Rudy berumur 33 tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang terkini, jumlah simpanannya dalam Akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 ialah RM37,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM6,600 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam dana unit amanah.
      Pengiraan = (RM70,000 – RM37,000) * 20% = RM6,600


      Contoh 2: TIDAK LAYAK
      Azdman berumur 29 tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang terkini, jumlah simpanannya dalam Akaun 1 ialah RM28,500. Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia tidak layak mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 tidak mecukupi daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam dana unit amanah.
      Pengiraan = (RM28,500 – RM24,000) * 20% = RM900

      Anda boleh rujuk Website KWSP atau baca maklumat Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli KWSP.

      Dapatkan temujanji anda bersama saya selaku Perunding Unit Amanah Public Mutual seperti maklumat dibawah.