Unit Trust : Bolehkah meminjam untuk melabur???

Perkongsian kali ini saya ingin kongsikan salah satu cara kaedah yang jarang kita dengar atau dipraktikkan oleh kebanyakkan dikalangan kita. Ia boleh digunakan tp nasihat saya tidak digalakkan kaedah ini di praktikkan kerana di khuatiri akan memberi bebanan kepada tanggungan kewangan anda. Jadi, "Take at Your Own Risk".

Walaubagaimanapun ia bergantung kepada penilaian risiko pelaburan anda. Jadi, anda boleh tentukan mengikut kemampuan anda. Ada beberapa cara untuk melabur dalam Syarikat Unit Amanah (SUA). Antaranya seperti dibawah:-

- Belian sekali gus / Lump sum investment
- Pelaburan semula pendapatan / Reinvestment income
- Simpanan secara tetap / Regular Saving

Selain daripada cara-cara yang telah dinyatakan di atas, seseorang pelabur juga boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk melabur dalam Syarikat Unit Amanah (SUA).

Pemberi pinjaman biasanya menghendaki pelabur menggunakan sejumlah wang sendiri untuk melabur di samping jumlah wang yang dipinjam untuk dilaburkan ke dalam SUA.

Pelabur SUA ini sebenarnya menggunakan tabung pemberi pinjaman dan juga wangnya sendiri untuk mendapatkan pendedahan bagi pelaburan yang diingini.

Memang ada kos yang perlu dibayar apabila menggunakan tabung orang lain seperti faedah yang dikenakan oleh pemberi pinjaman, malah bayaran dan yuran  lain juga mungkin dikenakan. Kebanyakan bank dan syarikat kewangan di Malaysia menawarkan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang ingin meningkatkan pulangan pelaburan mereka dalam SUA.

Biasanya tempoh pinjaman adalah sehingga 10 tahun pada kadar faedah yang lebih tinggi daripada pinjaman peribadi dan perumahan (bergantung pada pemberi pinjaman). Lazimnya, jumlah pinjaman adalah antara minimum RM10,000 hingga maksimum RM250,000. Kadar faedah selalunya berubah-ubah bergantung pada Kadar Pinjaman Asas tambah margin.

Nisbah atau margin pinjaman kepada penilaian pinjaman maksimum ialah 67%. Contoh : Penilaian pinjaman maksimum seperti dibawah:-

Andaikan jumlah pelaburan adalah RM350,000.00
Penilaian pinjaman maksimum = RM234,500.00 (RM350,000 x 67%)
Wang sendiri = RM115,500.00 (RM350,000 x 33%)


Peminjam mestilah berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun pada akhir tempoh pinjaman. Adalah dinasihatkan secara langsung atau tidak langsung,  tidak menggalakkan penjualan unit melalui pinjaman.

Peryataan Pendedahan Risiko

Menggariskan risiko utama dalam pembiayaan :

- Lebih tinggi margin pembiayaan, lebih besar potensi kerugian / keuntungan
- Pembayaran balik pinjaman membebankan jika kadar faedah meningkat
- Panggilan margin mungkin diperlukan selain pembayaran balik yang biasa
- Pulangan tidak dijamin & berubah-ubah dari tahun ke tahun

Pernyataan ini perlu ditandatangani oleh peminjam. Ini adalah untuk memastikan bahawa pelabur peka terhadap risiko yang terlibat  apabila membuat pinjaman untuk pelaburan. Anda perlu bersikap berwaspada berkenaan perkara ini kerana pendedahan risiko ke atas pelaburan anda.

Risiko Mengambil Pinjaman
• Turun naik kadar faedah – Kadar faedah untuk pinjaman SUA biasanya adalah kadar boleh ubah, oleh itu jumlah kos pembiayaan pelaburan dalam SUA tidak dapat dijangka.

• Gagal membayar balik pinjaman – Pemberi pinjam berhak untuk mencairkan pelaburan dalam SUA dengan atau tanpa keizinan peminjam.

• Bayaran balik pinjaman pramatang – Disebabkan kedaan luar jangka, peminjam mungkin berhasrat untuk membayar balik pinjaman sebelum tarikh pembayaran balik yang dipersetujui. Oleh yang demikian, pelabur mungkin mengalami risiko kehilangan modal yang tinggi jika mereka membayar balik pinjaman lebih awal daripada yang dijangka, dan menjual unit dalam SUA.

• Panggilan margin – Nilai SUA berubah-ubah, oleh itu pemberi pinjaman boleh meminta agar peminjam menambah tahap sekuriti.

Diharap perkongsian ini dapat menambah pengetahuan anda dalam bidang pelaburan. Anda mampu mengubahnya dengan tindakkan awal dalam perancangan kewangan anda. Mulakan daripada awal walau hanya sedikit tapi berkekalan dan berterusan. Insyaallah pasti hasilnya akan lebih baik daripada skang.

Ingatlah, apa yang kita tanam pada hari ini adalah apa yang anda tuai kelak... Kita bukan merancang utk gagal tapi sebenarnya gagal untuk merancang. Jadi, merancanglah daripada sekarang.

PENAFIAN : Saya menasihatkan anda untuk berbincang terlebih dahulu dengan Perunding Unit Amanah anda sebelom mengambil keputusan berkaitan kaedah ini. Dapatkan maklumat terperinci daripada instistusi kewangan berkenaan perkara ini terlebih dahulu.


Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda

Unit Trust : Apakah Kadar Pulangan Efektif?

Kali ni aku nak share dengan pembaca semua berkenaan Kadar Pulangan Efektif atau lebih mudah lagi dalam bahasa pasar pulangan sebenar pelaburan anda selepas mengambil kira faktor cukai dan inflasi dalam tahun tersebut.

Dibawah ni adalah contoh sahaja bagi melihat pengukuran atau pengiraan itu dibuat bagi Kadar Pulangan Efektif anda.

Andaikan kadar pulangan pelaburan adalah 10%, kadar cukai adalah 20% dan kadar inflasi adalah 5%, apakah kadar pulangan efektif?

Pulangan selepas cukai

= Pulangan pelaburan – (Pulangan pelaburan x kadar cukai)
= 10% - (10% x 20%)
= 10% - 2%
= 8%

Kadar pulangan efektif

= Pulangan selepas cukai – kadar inflasi
= 8% - 5%
= 3%


Bagaimana seseorang pelabur boleh melindungi daripada kesan inflasi? Soalan yang perlu anda tanya pada diri anda. Ia penting dalam merancang matlamat kewangan anda.  Disini saya mengesyorkan kepada anda supaya melaburkan wang dalam suatu alat yang boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. 

Anda juga perlu memaksimakan faedah perancangan kewangan yang efektif. Anda boleh membaca selebihnya untuk bagaimana langkah-langkah bagi mengatasi inflasi ini.

Pelabur perlu mengekalkan kuasa membeli pelaburan asal mereka dan memperoleh kadar pulangan yang mengatasi kadar inflasi daripada pelaburan tersebut. Kebanyakan individu perlu merancang. Rancangan kewangan yang berkesan akan membantu melindungi aset pelanggan daripada kesan inflasi.

Diharap perkongsian ini dimanfaatkan untuk penilaian risiko, mengkaji dan penetapan semula Matlamat Kewangan anda kelak. Jangan kita biarkan faktor inflasi menjadi "pembunuh" terhadap nilai wang kita. 

Jadi, manfaatkanlah pelaburan dalam jangka masa sederhana ke panjang bagi menjamin potensi nilai pulangan akhir pelaburan kita mampu bersaing dan mengatasi kadar inflasi itu.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh rujuk kepada Perunding Unit Amanah anda atau hubungi Mr. Rudy 019-232 5287

Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda.

Unit Trust : Mengira Nilai pelaburan dan Pulangan Pelaburan anda

Harga dana bagi tahun pertama adalah RM 0.80 seunit. Pada tahun kedua, En. Rudy membeli 20,000 unit lagi pada harga yang sama. Dia kemudiannya menebus balik pelaburan itu pada tahun ketiga dengan harga RM 0.90 seunit dan mendapat jumlah sebanyak RM93,375.

Berapakah jumlah pelaburan En. Rudy pada tahun pertama?


Contoh pengiraan seperti di bawah :-

Jumlah unit tahun ketiga
= RM 93,375/ RM 0.90
= 103,750 unit

Jumlah unit tahun pertama

= 103,750 unit – 20,000 unit
= 83,750 unit

Jumlah pelaburan

= 83,750 X RM 0.80
= RM 67,000

Berapakah jumlah unit yang diperolehi pada tahun pertama?


Jumlah unit tahun ketiga

= RM 93,375 / RM 0.90
= 103,750 unit

Jumlah unit tahun pertama
= 103,750 unit – 20,000 unit
= 83,750 unit

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengira dan memahami nilai pulangan dan jumlah pelaburan yang telah anda buat. Teruskan melabur untuk masa depan yang lebih baik.

Sebarang pertanya sila majukan pada Mr. Rudy 019-232 5287 atau emailkan pada kaharuddinpmb@gmail.com


Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda.

Unit Trust : Pengiraan NAB seunit selepas Pengagihan dan pembelian semula Unit

Pengagihan sebanyak RM0.04 seunit telah diagihkan bagi Syarikat Unit Amanah XYZ. NAB sebelum pengagihan adalah RM1,500,000 sementara unit dalam edaran ialah 1,000,000 unit. Bagaimana untuk mengira NAB seunit selepas pengagihan. Mari kita tengok pengiraannya dan nilai yang bakal diterima oleh anda.

Contoh pengiraan seperti dibawah:-

NAB/unit sebelum pengagihan = RM1,500,000 / 1,000,000 unit = RM1.50
NAB/unit selepas pengagihan = RM1.50 - RM0.04 = RM1.46

Mudah saja nak mengira NAB selepas pengagihan dalam sesuatu dana. Sebagai pelabur anda juga perlu tahu mengenai perkara ini supaya memudahkan anda untuk mengetahui pulangan yang akan anda terima kelak.

Baiklah mari kita andaikan sekiranya En. Rudy mahu membeli balik (repurchase) 20,000 unit dalam pelaburannya di Syarikat Unit Amanah XYZ selepas pengagihan. Kirakan amaun yang akan beliau perolehi daripada belian balik semula unitnya. Jom kira...

Contoh pengiraan mudah seperti dibawah:-

Jumlah belian balik = 20,000 unit x RM1.46 = RM29,200.00


Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh rujuk kepada Perunding Unit Amanah anda atau hubungi Mr. Rudy 019-232 5287


Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda.

KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad

Bayaran Dividen RM24.47b daripada Pendapatan Pelaburan Kasar RM27.24b

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.00 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini meningkat sebanyak 20 mata asas daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP. Walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP.”

KWSP terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.

Baca selanjutnya di Website Rasmi KWSP

Anda boleh juga meningkatkan pulangan KWSP anda dengan melabur dalam unit trust. Mudah dengan melakukan pelaburan unit trust melalui KWSP akaun 1 anda. Boleh baca disini  Melalui EPF akaun 1.

Anda juga boleh membaca mengenai  Panduan Mudah Mulakan Pelaburan Unit Trust bagi membantu anda membuat pelaburan unit trust anda.

Disamping itu juga saya ingin kongsikan mengenai keperluan anda bagi merancang kewangan selepas persaraan anda kelak. Ini bagi membolehkan anda memahami keperluan mengambil tindakkan segera bagi persediaan anda selepas bersara nanti. Anda boleh baca mengenai Perancangan Kewangan Anda Selepas Bersara


Semoga perkongsian ini membantu anda dalam persediaan anda meniti hari-hari mendatang. Kita bukan MERANCANG untuk GAGAL, Tapi GAGAL untuk MERANCANG.