Unit Trust : Apakah Kadar Pulangan Efektif?

Kali ni aku nak share dengan pembaca semua berkenaan Kadar Pulangan Efektif atau lebih mudah lagi dalam bahasa pasar pulangan sebenar pelaburan anda selepas mengambil kira faktor cukai dan inflasi dalam tahun tersebut.

Dibawah ni adalah contoh sahaja bagi melihat pengukuran atau pengiraan itu dibuat bagi Kadar Pulangan Efektif anda.

Andaikan kadar pulangan pelaburan adalah 10%, kadar cukai adalah 20% dan kadar inflasi adalah 5%, apakah kadar pulangan efektif?

Pulangan selepas cukai

= Pulangan pelaburan – (Pulangan pelaburan x kadar cukai)
= 10% - (10% x 20%)
= 10% - 2%
= 8%

Kadar pulangan efektif

= Pulangan selepas cukai – kadar inflasi
= 8% - 5%
= 3%


Bagaimana seseorang pelabur boleh melindungi daripada kesan inflasi? Soalan yang perlu anda tanya pada diri anda. Ia penting dalam merancang matlamat kewangan anda.  Disini saya mengesyorkan kepada anda supaya melaburkan wang dalam suatu alat yang boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. 

Anda juga perlu memaksimakan faedah perancangan kewangan yang efektif. Anda boleh membaca selebihnya untuk bagaimana langkah-langkah bagi mengatasi inflasi ini.

Pelabur perlu mengekalkan kuasa membeli pelaburan asal mereka dan memperoleh kadar pulangan yang mengatasi kadar inflasi daripada pelaburan tersebut. Kebanyakan individu perlu merancang. Rancangan kewangan yang berkesan akan membantu melindungi aset pelanggan daripada kesan inflasi.

Diharap perkongsian ini dimanfaatkan untuk penilaian risiko, mengkaji dan penetapan semula Matlamat Kewangan anda kelak. Jangan kita biarkan faktor inflasi menjadi "pembunuh" terhadap nilai wang kita. 

Jadi, manfaatkanlah pelaburan dalam jangka masa sederhana ke panjang bagi menjamin potensi nilai pulangan akhir pelaburan kita mampu bersaing dan mengatasi kadar inflasi itu.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh rujuk kepada Perunding Unit Amanah anda atau hubungi Mr. Rudy 019-232 5287

Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda.

No comments: