>> Info Pelaburan Tabung Haji

Maklumat Am Bertepatan dengan objektif penubuhannya untuk memberi peluang kepada Umat Islam di Malaysia, melalui simpanan mereka, menceburi bidang pelaburan dan perniagaan negara,TH telah menyertai bidang-bidang pelaburan yang berpotensi dan meyakinkan yang merangkumi pelaburan saham jangka pendek dan jangka panjang dalam sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, peladangan serta pemilikan hartanah.
Di dalam mengendalikan aktiviti pelaburan, pihak pengurusan TH sentiasa mengamalkan dasar pelaburan yang berhati-hati dan berhemat. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang terlibat akan sentiasa diawasi bagi memastikan ia halal dan menguntungkan dan berdaya maju.
TH juga melabur secara aktif dalam instrumen-instrumen pelaburan kewangan Islam seperti bon, nota korporat, sijil pelaburan kerajaan, akaun bank mudhaarabah dan "bill of acceptances".
Pelaburan dalam anak-anak syarikat merupakan strategi Tabung Haji bagi membolehkan ia terlibat secara langsung dalam sektor-sektor yang berpotensi dan berdaya maju. Pada masa ini, tumpuan pelaburan diberikan kepada sektor-sektor perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, perkhidmatan dan pengeluaran produk-produk halal. Lima anak syarikat milik penuh Tabung Haji yang beroperasi dalam sektor-sektor tersebut ialah:
 ·         TH  Plantations Berhad
           (Sektor perladangan)
·         TH  Properties Sdn Bhd
          (Sektor pembangunan hartanah)
·         TH  Technologies Sdn Bhd
          (Sektor pembinaan)
          (Sektor perkhidmatan, haji, umrah dan pelancongan)
·         TH  Global Services Sdn Bhd
          (Sektor mengedar dan mengeluarkan produk makanan dan minuman halal)

Rujukan bagi maklumat pelaburan boleh rujuk di sini Tabung Haji

>> Peranan yang perlu dijalankan oleh Perunding Unit Amanah

Pelaburan unit trust adalah untuk tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang, iaitu sekurang-kurangnya tiga tahun. Berdasarkan pendekatan pelaburan Atas-Bawah dan Bawah-Atas kita yang berasaskan nilai, dana-dana akan terus mengimbangi semula menurut objektif pelaburannya.

Sebagai perunding unit amanah, perlu memainkan peranan  yang penting dalam menasihatkan pelabur-pelabur supaya mengambil pandangan jangka sederhana hingga panjang apabila melabur dalam unit amanah. 

>> Bersikap TAMAK Apabila Orang Lain Berasa Takut

Pelabur terkenal Warren Buffet dalam artikelnya yang bertajuk " Buy America. I Am" yang diterbitkan pada 16 Oktober 2008 dalam New York Times, mengatakan yang berikut ketika menerangkan mengapa beliau mula melabur dengan banyak dalam saham ketika pasaran merosot :

"Saya membeli saham mengikut peraturan mudah: Rasa takut apabila orang lain bersikap tamak, bersikap tamak apabila orang lain berasa takut.

Bagaimana nak keluarkan Wang Pelaburan Unit Amanah?

Salam sejahtera,

Entry kali ini saya ingin kongsikan cara untuk membuat pengeluaran/penebusan pelaburan unit amanah anda.

Banyak juga carian bagi tajuk ni... Cek Berpalang!!!

Dalam pelaburan unit amanah ianya adalah  fleksibel. Mengapa kerana anda sebagai pelabur boleh mengeluarkan sebahagian atau kesemua pelaburan anda pada bila-bila masa. Apa yang pasti itu adalah duit anda.

Kecairan bagi unit amanah selalunya dalam tempoh 10 hari secara amnya.  Manakala bagi ahli-ahli prioriti hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga bergantung pada syarikat unit amanah tersebut.

>> Hukum Dividen ASB. Haramkah???

Mungkin ramai yang belum tahu mengenai hukum melabur dalam ASB. Disini saya kongsikan sedikit berkenaan perkara ini hasil pembacaan saya. Sekadar perkongsian untuk renungan bersama.
Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachment surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi  ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

>> Khidmat Rundingan Percuma

Pihak U2Consultant menyediakan khidmat rundingan PERCUMA dalam pelaburan unit amanah/unit trust. Jadi, gunakan peluang ini untuk anda mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan pelaburan anda di masa hadapan.

Apa yang kita rancang dan lakukan hari ini adalah untuk masa hadapan. Lakukan sekarang. Kita Bukan Merancang Untuk Gagal tapi Gagal Untuk Merancang.