Bagaimana nak keluarkan Wang Pelaburan Unit Amanah?

Salam sejahtera,

Entry kali ini saya ingin kongsikan cara untuk membuat pengeluaran/penebusan pelaburan unit amanah anda.

Banyak juga carian bagi tajuk ni... Cek Berpalang!!!

Dalam pelaburan unit amanah ianya adalah  fleksibel. Mengapa kerana anda sebagai pelabur boleh mengeluarkan sebahagian atau kesemua pelaburan anda pada bila-bila masa. Apa yang pasti itu adalah duit anda.

Kecairan bagi unit amanah selalunya dalam tempoh 10 hari secara amnya.  Manakala bagi ahli-ahli prioriti hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga bergantung pada syarikat unit amanah tersebut.


Walaubagaimanapun, sekiranya anda berniat untuk mengeluarkan sebahagian pelaburan tersebut, anda perlu memastikan sekurang-kurangnya terdapat 1000 unit di dalam akaun pelaburan tersebut.

Mengapa? Ini kerana pelaburan paling minimum adalah sebanyak 1000 unit dalam sesuatu akaun. Jika tidak mencukupi dengan nilai yang dinyatakan, pelabur adalah digalakkan untuk mengeluarkan kesemua wang pelaburan tersebut.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya samada akaun pelaburan masih aktif atau tidak? Akaun pelaburan tersebut adalah aktif sehingga 6-7 tahun dan anda masih lagi boleh membuat pelaburan tambahan minimum RM100 pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanakah cara atau prosedur yang perlu dibuat??
Caranya mudah sahaja. Perlu isikan Repurchase Form dan anda boleh memilih untuk mengeluarkan semula wang anda melalui 3 cara dibawah:-

-Syarikat Unit Amanah terus mendebitkan wang anda ke akaun Public Bank atau Maybank anda atau yang berkaitan.
-Syarikat Unit Amanah menghantar cek berpalang di atas nama anda ke Agensi yang berdekatan. Cek ini boleh di ambil oleh anda atau Perunding Unit Amanah anda dan tidak perlu risau kerana cek ini hanya boleh di tunaikan ke dalam akaun bank anda sahaja.
-Syarikat Unit Amanah menghantar cek kepada anda melalui perkhidmatan kurier.

Untuk pengetahuan anda tempoh masa untuk pelabur mendapatkan wang pelaburan setelah membuat arahan pengeluaran/penebusan (samada dengan mengisi Repurchase Form atau perkhidmatan secara online mengikut syarikat unit amanah) dalam tempoh 3-4 hari bekerja bagi cek manakala bagi pengeluaran secara debit ke akaun pelabur di dalam jangkamasa 5-7 hari bekerja.

Diharap maklumat di atas dapat membantu anda dalam membuat penebusan atau pengeluaran pelaburan yang dibuat.  Saya nasihatkan supaya pelabur-pelabur merujuk kepada Perunding Unit Amanah anda atau sila hubungi syarikat pelaburan yang berkaitan.

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: