>> Info Pelaburan Tabung Haji

Maklumat Am Bertepatan dengan objektif penubuhannya untuk memberi peluang kepada Umat Islam di Malaysia, melalui simpanan mereka, menceburi bidang pelaburan dan perniagaan negara,TH telah menyertai bidang-bidang pelaburan yang berpotensi dan meyakinkan yang merangkumi pelaburan saham jangka pendek dan jangka panjang dalam sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, peladangan serta pemilikan hartanah.
Di dalam mengendalikan aktiviti pelaburan, pihak pengurusan TH sentiasa mengamalkan dasar pelaburan yang berhati-hati dan berhemat. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang terlibat akan sentiasa diawasi bagi memastikan ia halal dan menguntungkan dan berdaya maju.
TH juga melabur secara aktif dalam instrumen-instrumen pelaburan kewangan Islam seperti bon, nota korporat, sijil pelaburan kerajaan, akaun bank mudhaarabah dan "bill of acceptances".
Pelaburan dalam anak-anak syarikat merupakan strategi Tabung Haji bagi membolehkan ia terlibat secara langsung dalam sektor-sektor yang berpotensi dan berdaya maju. Pada masa ini, tumpuan pelaburan diberikan kepada sektor-sektor perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, perkhidmatan dan pengeluaran produk-produk halal. Lima anak syarikat milik penuh Tabung Haji yang beroperasi dalam sektor-sektor tersebut ialah:
 ·         TH  Plantations Berhad
           (Sektor perladangan)
·         TH  Properties Sdn Bhd
          (Sektor pembangunan hartanah)
·         TH  Technologies Sdn Bhd
          (Sektor pembinaan)
          (Sektor perkhidmatan, haji, umrah dan pelancongan)
·         TH  Global Services Sdn Bhd
          (Sektor mengedar dan mengeluarkan produk makanan dan minuman halal)

Rujukan bagi maklumat pelaburan boleh rujuk di sini Tabung Haji

No comments: