Pelabur terkenal Warren Buffet dalam artikelnya yang bertajuk " Buy America. I Am" yang diterbitkan pada 16 Oktober 2008 dalam New York Times, mengatakan yang berikut ketika menerangkan mengapa beliau mula melabur dengan banyak dalam saham ketika pasaran merosot :
"Saya membeli saham mengikut peraturan mudah: Rasa takut apabila orang lain bersikap tamak, bersikap tamak apabila orang lain berasa takut.
Saya tidak dapat meramalkan pergerakan pasaran saham dalam jangka pendek. Saya tidak tahu sama ada harga-harga saham akan naik atau turun dalam masa satu bulan atau satu tahun. Walaubagaimanapun, pasaran mungkin akan naik, barangkali dengan banyaknya, sebelum sentimen atau ekonomi bertambah baik. Jika anda menunggu burung robin untuk menandakan kedatangan musim bunga, musim bunga akan berlalu begitu sahaja.
Kini mtereka yang memegang wang tunai atau barangan bernilai setara tunai akan berasa senang hati. Mereka tidak sepatutnya berfikiran begitu. Mereka telah memilih satu aset jangka masa panjang yang teruk, yang tidak membawa apa-apa pulangan. Malah ia pasti akan susut nilai. Sememangnya, polisi-polisi kerajaan untuk mengurangkan krisis sekarang mungkin akan membawa inflasi dan mempercepatkan penyusutan nilai sebenar akaun-akaun tunai"
Wow.. dasyat bukan idea Warren Buffet. Menterbalikkan apa yang orang lain buat. Namun itulah kejayaan yang beliau berjaya hasilkan. Pelabur-pelabur yang berdisiplin dengan perspektif jangka masa panjang akan mendapati inilah masanya meningkatkan pelaburan mereka dalam dana-dana ekuiti bagi mencapai matlamat kewangan jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment