Market Wrap Week Ended 25 May 2012

WEEKLY HIGHLIGHT
Anda ingin tahu berkenaan P/E Ration diatas??

The local market outperformed most regional markets with the FBM KLCI closing 1.2% higher at 1,551.1 points for the week.

Regional markets generally eased as investors remained cautious due to uncertainties over the Eurozone situation. 
Looking ahead, the local market is anticipated to move in tandem with overseas markets as investors continue to monitor the outlook for global economic activities. 

 

Perokok Sebenarnya Adalah JUTAWAN

Tajuk post kali ni agak pelik tapi itu adalah kenyataan yang perlu diterima olek perokok tegar. Anda sebenarnya berwang bukan beruang yer...atau sebenarnya adalah JUTAWAN  itupun kalo kita tukarkan tabiat merokok ni kepada melabur atau menyimpan wang.


Bayangkan setiap hari anda merokok sebenarnya anda membakar wang anda. Wang menghasilkan asap kepuasan dan kenikmatan. Sure, perokok-perokok mesti marah kalo terbaca berkenaan perkara ni.


Bukan sekadar kepuasan menikmati dan menghembus setiap kepulan asap rokok yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Tapi sebenarnya anda telah membazirkan wang anda untuk perkara yang memudaratkan.

Mari kita kira.. satu hari 1 kotak dengan harga RM10.00 sekotak, jadi sebulan dalam RM300.00 di belanjakan untuk rokok. Katakanlah kita laburkan duit ini dengan pulangan 10% setahun selama 37 tahun sekiranya anda merokok sejak berumur 18 tahun sehingga 55 tahun. Bayangkan betapa besarnya hasil keseluruhan PEMBAZIRAN ini mencecah  RM133,200.00 (Kos beli rokok) yang mampu menghasilkan RM2,148,187.30.
Financial Calculator : Hasil pembaziran sekirnya sehari 1 kotak rokok
Itu jika perokok tegar ni merokok satu kotak sehari jika 2 kotak sehari bermakna anda telah membazirkan wang anda sebanyak RM20.00 x 2kotak x 30hari x 12bulan x 37 tahun = RM266,400.00 yang mana jika dilaburkan selama 37 tahun secara berkala setiap bulan dengan purata pulangan 10% p.a akan menghasilkan keseluruhan hasilnya RM4,230,142.77. Sila lihat hasil yang ditunjukkan menggunakan Financial Calculator.

Financial Calculator : Hasilnya sekiranya sehari 2 kotak rokok
Akhir sekali... DUIT AKU, AKU PUNYA SUKA LA!!! Sekadar renungan untuk kebaikkan bersama. Fikir-fikirkanlah untung masa depan yang lebih baik sekiranya anda memulakan tindakan yang baik dan bijak sekarang. Kita bukan merancang untung gagal tp sebenarnya gagal untuk merancang.

Sekiranya anda memerlukan khidmat rundingan berkenaan Unit Amanah sila hubungi Mr. Rudy 019-232 5287.

[PENIPUAN TERANCANG] - RM3.33 Boleh Mengerjakan Ibadat Haji???

Tajuk post kali ni pasti membuatkan anda tertanya-tanya. Tajuk tu membuatkan anda teruja, bukan??

Ada yang bertanya, rasa-rasanya kalu simpan seringgit sehari, agak agaknya bila nak ke mekah buat Ibadah Haji. Mari aku tunjukkan bagaimana ia boleh terjadi.



kalau RM1 tu tak berapa pasti.. tapi dengan RM3.33 sehari anda memang boleh sangat sangat pergi haji ..

RM3.33 sehari x 30 hari = RM99.90 sebulan. Tambahkan RM0.10 jadi Rm100 sebulan ..
kalau Rm100 sebulan disimpan ke dalam pelaburan yang memberi pulangan 12% selam setahun adalah :

RM100 per month (12% p.a ) untuk 10 tahun = RM25,509.44

Sila lihat sendiri Financial Calculator FP Advisor software aku kirakan untuk anda..... zamm...zamm... ala kazamm..
Financial Calculator : Simpanan RM100/bulan dengan asas RM1000, 12% p.a selama 10tahun.


Jadi jawapannya .. YA anda memang boleh pegi sesangat ke mekah siap pakej lagi .. kalau simpan RM3.33 sehari. Jadi lakukan sekarang!!!

Anda boleh percepatkan tempoh penyimpanan dengan membuat penambahan pada kadar simpanan bulanan tu samada daripada RM100 kepada RM200. Hasilnya, hanya dalam masa 7 tahun sudah terkumpul RM27K... berbaloi la hasilnya.

Dibawah ni adalah ilustrasi jika tabungan bulanan di tingkatkan.

Financial Calculator : Simpanan RM200/bulan dengan asas RM1000, 12% p.a selama 7 tahun.
Diharap perkongsian ini memeberi kesan positif terhadap pengurusan kewangan anda. Mulakan lebih awal supaya hasilnya dapat dinikmati untuk akan datang.

Bagi saya ia bergantung pada objektif pelaburan, tempoh masa mencapai matlamat kewangan, pendedahan risiko, kadar keuntungan yang dijangka serta yang paling penting adalah kemampuan anda.  Tepuk dada tanya selera. Anda mampu lebih maka buatlah lebih, jika mampu sedikit buatlah sedikit. :-)

Walaupun hanya RM3.33 sehari tp adakah anda komited dengan cara ini?? Nampak kecil tp ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam memastikan setiap hari perlu simpan RM3.33. Jika tidak, ianya hanya sekadar angan-angan semata-mata atau perancangan tanpa tindakan. Jangan jadi Mat Jenin. Ingat bahawa "ACTION CREATE RESULT".

Jika anda berminat untuk tahu mengenai perancangan kewangan anda bagi mencapai sesuatu objektif anda sila hubungi Mr. Rudy 019-2325287.


Himpunan Jutaan Belia 2012



Aku join booth Promotion Unit Trust HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012. Aku ada di sana daripada Jumaat - Ahad. Jika tidak keberatan bertemu datang la kesana. Lokasi booth adalah berdekatan dengan Bangunan Kementerian Kewangan. Jumpa anda disana yer..

Hasil survey aku petang tadi.... tu diaaa..... hampir 1km khemah/booth yang disediakan. Sabtu & Ahad sure meletop.... kita gegarrrr HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 
 
Boleh hubungi aku Rudy 019-232 5287 jika ingin ketemu..kot-kot tersesat jalan boleh la aku tolong cari... llalalal..... ahaks...... see u there!!!

FP Advisor - Financial Freedom

24/05/2012, Alhamdulillah.. berjaya juga aku menghabiskan training FPAdvisor ni seharian dari jam 9.00am - 5.00pm di Public Mutual cawangan Damansara Perdana. Excited sangat untuk menghadiri kerana hendak mengetahui apakah fungsi-fungsi yang terdapat dalam sofware yang disediakan oleh pihak syarikat.

Selesai je training, rasa berbaloi-baloi dengan ilmu yang aku pelajari hari ini. Ia amatlah berguna dan lagi bagus jika dikongsikan kepada pembaca blog U2Consultant ni. Benda yang baik jika dikongsikan dan dipanjangkan kepada yang lain alangkah lebih manfaat.


Semua menu ni bagus untuk di kongsikan dengan anda kelak. Insyaallah, post akan datang akan membawakan lebih banyak perancangan kewangan untuk pembaca blog ini.

Antara menu atau fungsi yang terdapat dalam sofware fpAdvisor ni seperti :

1) Client (Personal Profile, Net Worth, Cash Flow)
2) Need Analysis (Financial Goals, Investor Risk Profile, Home Ownership Planning, Education Planning, Retirement Planning, Other Financial Goal, Employee Provident Fund (EPF).
3) Financial Calculator (Present Value, Future Value, Total Return, Cost of Procrastination, Payment, Compounded Annual Growth Rate).
4) Product (Fund Performance, Fund Comparison, Investment Growth)
5) Import Data (CAMS, Parameter Table, Index & Fund Price)

Apa yang menariknya ia secara terus menghasilkan proposal hasil projection yang telah di laksanakan mahupun secara live presentation kepada client. Tambahan pula maklumat asas berkenaan Education, Retirement, fund perforamance, price, sentiasa dikemaskini. Senang kata lebih mudah untuk menghasilkan laporan mahupun proposal kepada client secara terus.

Malah kita akan dapat mengetahui risk profile pelanggan kita hasil simple survey yang disediakan. Jika anda hendak tahu risk profile anda sebagai pelabur bolehlah berhubung dengan saya pasti membantu anda.

Untuk mereka (UTC) yang masih belum ada software ini adalah disarankan untuk subscribe. Opss.... hanya perunding unit amanah Public Mutual berdaftar sahaja. Pastinya kerja anda lebih mudah dan tersusun demi pelanggan anda.

Nantikan post akan datang yang lebih bermanfaat untuk anda sebagai pelabur demi mencapai matlamat kewangan yang lebih jelas dan tersusun.

Jika anda perlukan khidmat rundingan berkenaan perancangan kewangan anda, saya sedia membantu. Hubungi Mr. Rudy 019-232 5287 untuk sebarang temujanji.

Success....Enhanced Productivity - En Pro 11

Bersyukur aku kali ni sebab hampir 11 minggu menjalani Kursus Efektif dalam Enhanced Productivity yang di anjurkan oleh pihak syarikat bermula pada 05/03/2012 hingga 15/05/2012. Permohonan untuk menyertai kursus ni berjaya akhirnya.  Ada cerita disebalik perkara ni. Biarlah menjadi rahsia aku.

Kursus ini perlu dihadiri oleh setiap peserta EnPro 11 pada setiap minggu hari selasa dari jam 9.00am - 2.00pm. Segala aktiviti selama seminggu perlu di rekodkan didalam buku diari. Minimum point bagi aktiviti yang dilakukan setiap hari adalah sebanyak 30 point. Nampak mudah, tp hanya mereka yang melalui saja dapat merasakan keseronokan dan kesengsaraannya.. huhu... Apa yang penting Target Goals kena capai. 

Tidak lupa kepada My Buddies iaitu Mr. Hishamuddin... I Support U!!! becoz U Support Me. Ada cerita disebalik aku dan Buddies ni.. Disamping tu, tergelak aku bila setiap kali bergambor je kena sebut Satuuuu...... Duaaaaaa...... Tigaaaaaaa.... batch Enprorian 11 sure tahu citer disebalik Senyum 1, 2 & 3 ni.... huhu... lawak betuiiii.... Ayat Mampuiiissshhh di popularkan oleh Kak Sarah 10K  ;-)

Uikss.... banyak lagilahhh kalo nk citer kat sini.... betui x rakan-rakan enpro 11 aku macam Hishamuddin, Uzair, Kimi, Lisa, Yoke Han, Lela, Sara, Faezah, Roslimin (MOE), Razak 10K, Razak Arifin, Hafez, Visithra (President), Jasmine, Zihan, Hasanal, Phing, Terry, Maslina, Madam Oi Leng,  Eddy, Zol....ramai lagi yang aku xsebutkan disini total semua +-28 orng tidak masuk yang tersingkir atau drop En-Pro 11 ni.  Anda semua hebat-hebat belaka.. We Are The Champion.... Hayati lagu ni... Stand up for A Champion!!!


Hasilnya.... Aku berjaya di Nobatkan sebagai CHAMPION DDI CASES bagi En Pro 11 bagi tahun 2012. 


Bukanlah niat aku nak membangga diri tapi sekadar perkongsian untuk anda diluar sana. Selagi ada usaha pasti ada hasilnya. Apa yang aku dapat daripada kursus power ni adalah habit & aktiviti dalam produktiviti terutamanya dalam bidang unit amanah atau sales service. Tanpa aktiviti yang banyak atau kekerapan dalam melakukan sesuatu maka habit itu tidak terhasil. Action Create Result!!!

Sifir mudah dalam kehidupan kita sehari-hari, bangun pagi je mesti gosok gigi sebab ia dah jadi habit kita. Begitu juga dalam bidang aku ceburi ni, setiap hari mesti nak jumpa client.. atau setiap hari mesti client nak jumpa aku.. heheh... yang kedua tu bila aku dah terkenal dan dikehendaki, sure client cari aku. Cuba anda terapkan perkara ni dalam hidup atau kerja anda pasti hasilnya lebih baik.

Walaupon menempuh banyak rintangan dan dugaan alhamdulillah kursus ini berjaya juga aku tamatkan dan yang paling penting suatu hari nanti aku akan kembali utk En-Pro sharing...nantikan kehadiran aku wahai next Enprorian.

Dengan aku yang hampir nak tergelincir daripada landasan...tapi gagahkan semula untuk bangkit sebab aku berpegang pada prinsip "A winner never quit, A quitter never win". Thank to Hishamuddin  once again... ada cerita ngeri disebalik ni. 

Kalo aku nak citer dalam ni mmg xcukup 1 page...sebab banyak sangat ceritanya... Nak tahu kenala hadir sendiri.

Mungkin blog ini bakal menjadi sejarah critera tentang kehidupan aku bergelar Unit Trust Consultant. Mungkin ia bakal menjadi kenangan terindah aku kelak. Untuk anak-anak dan cucu-cucu mahupun bisnes partner aku nanti mana tau tersingkap sudah sejarah yang terpapar dalam blog ni. 

Sebab bagi aku mudah je, apa yang aku ada hari ini adalah hasil perancangan dan tindakan masa lalu, manakala apa yang aku rancang dan lakukan hari ini adalah untuk hasil akan datang. Tidak percaya??? Tunggu 10-20 tahun akan datang.. Pasti apa yang aku katakan hari ini adalah benar-benar terjadi.

Wowwss.....Ahli KWSP Cecah 13 Juta

Sekadar berkongsi berkenaan artikel yang dikeluarkan oleh pihak KWSP pada 5 April 2012. Kira maklumat yang terbaru berkenaan jumlah Ahli KWSP. Jika tidak silap pada hujung tahun 2008 lebih kurang 11.69 juta ahli KWSP. Bermakna pertambahan ahli KWSP saban tahun. Patah tumbuh hilang berganti. Bagi yang dah mencapai usia bersara pada 55 tahun akan berlalu, manakala bagi mereka yang baru berkhidmat pula akan mengisi dan menambahkan lagi ahli-ahli KWSP.



Dibawah ini adalah berkenaan artikel tersebut... Selamat membaca..

"Pengukuhan Sistem, Proses, Kecekapan Operasi dan Pembangunan Insan Menyumbang kepada Penyampaian Perkhidmatan yang Lebih Teguh

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laporan tahunannya berakhir 31 Disember 2011 melaporkan kemajuan yang baik dalam operasi dengan pengukuhan tiga bidang utama iaitu prestasi sistem teras, pengembangan rangkaian dan perkhidmatan pelanggan barisan hadapan. Dengan mengekalkan momentum baik yang dicapai dalam bidang sistem, proses, kecekapan operasi dan pembangunan insan, KWSP kini mempunyai landasan penyampaian perkhidmatan yang lebih teguh.

Pada tahun yang dikaji, jumlah ahli KWSP telah meningkat kepada 13.15 juta manakala bilangan majikan berdaftar dengan KWSP bertambah kepada 487,664 berbanding 12.72 juta ahli dan 469,390 majikan berdaftar pada 2010.

Dalam menangani peningkatan bilangan ahli dan majikan, KWSP terus memanfaatkan inovasi teknologi untuk memacu kecekapan operasi dan meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan. Pada 2011, KWSP telah menggunakan ICT untuk memproses 1,969,854 permohonan pengeluaran bernilai RM23.30 bilion berbanding 1,996,881 permohonan bernilai RM21.89 bilion pada 2010.

“Tahun tersebut juga menyaksikan KWSP melaksanakan inisiatif-inisiatif penambahbaikan dan juga tadbir urus korporat serta amalan terbaik pengurusan risiko. Selain itu, KWSP membuat perubahan taktikal terhadap strategi pelaburan untuk melindungi keseluruhan pelaburannya dan menjajarkan dengan keperluan pada masa kini. Berdasarkan semua langkah ini, KWSP kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk mencapai misi menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan terbaik untuk rakyat Malaysia,” kata Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman.

Walaupun keadaan pasaran yang tidak menentu pada tahun 2011, KWSP telah mencapai kemajuan yang baik dalam pelaburannya. Prestasi pelaburan KWSP yang memberangsangkan membolehkan dana pelaburan berkembang RM28.70 bilion atau 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion."  ......Baca selanjutnya di laman web KWSP
Mengulas berkenaan berita baik ni bahawa masih ramai yang belum tahu atau menyertai Pengeluaran Pelaburan Ahli bagi bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya Pengeluaran Pelaburan Ahli.

Jadi, di kesempatan ini saya mengesyorkan supaya anda bertindak sekarang bagi perancangan persaraan anda kelak. Langkah mudah, hubungi Perunding Unit Amanah anda atau boleh buat temujanji dengan saya di 019-232 5287. Saya sedia membantu anda.

Semak Kelayakan Pelaburan Ahli KWSP

Artikel kali ni saya nak kongsikan tentang kelebihan website KWSP. Online Calculator yang disediakan ialah seperti pengeluaran pembiayaan rumah, anggaran simpanan caruman & pelaburan melalui KWSP akaun 1 ke dalam Unit Trust.

Anda boleh semak sendiri kelayakan pengeluaran pelaburan ahli KWSP ke dalam Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dibenarkan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai perkara ini. Anda boleh buat semakan di Website KWSP atau klik pada gambar dibawah.

Screen Shoot bagi Online Calculator di Website KWSP

Opppsss..... sebelum tu adalah lebih baik jika kalian mengaktifkan i-Akaun KWSP bagi memudahkan pengiraan bagi mengetahui status jumlah KWSP akaun 1 yang terkini. Semuanya hujung jari iaitu secara online . Anda boleh baca mengenainya Daftar i-Akaun.

Pihak KWSP sudah bagi kemudahan itu jadi kita manfaatkannya. Selamat mencuba.. Dah semak nanti bagitau hasilnya... Kelayakan untuk melabur wang KWSP anda ke Unit Trust minimum RM1,000.00. Boleh buat bagi setiap 3 bulan.

Lihat juga maklumat Kelayakan Pengeluaran Ahli KWSP. Ia juga ada menerangkan berkenaan pengiraan itu dibuat samada ada layak untuk membuat pelaburan atau sebaliknya.

Sebarang pertanyaan/berminat mengenai Pelaburan Ahli melalui Skim KWSP ni boleh hubungi saya Mr. Rudy - 019-232 5287

Betul ke boleh gandakan simpanan KWSP dengan unit trust?

Alhamdulillah kali ni saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin jarang dikongsikan. Kalo tengok tajuk kat atas tu memang membuatkan anda tertanya-tanya. 

Ramai diluar sana yang rasa was-was dengan pelaburan unit trust melalui EPF ni. Kenapa??? Tepuk dada tanya selera... anda yang rasa jadi anda lebih tahu mengenainya.. Baca selanjutnya....bagi anda memahaminya.

Pelbagai persoalan diajukan kepada saya dan ini menunjukkan bahawa ramai antara kita begitu yakin perlunya perancangan kewangan dari awal untuk memastikan kita bersara dengan simpanan wang yang mencukupi di usia 55 nanti.


Selain itu, ada juga yang emelkan saya, betul ke boleh gandakan simpanan KWSP dengan pelaburan dalam Unit Trust?

Mereka mahu saya tunjukkan bukti semenjak dana Shariah yang diluluskan oleh KWSP untuk Skim Pelaburan, ada ke yang telah betul-betul buat untung?

Anda boleh lihat sendiri Fund Performance dengan klik link di bawah ini. Sebelum klik, saya harap anda dapat baca seimbas lalu tentang pencapaian fund tersebut yang telah saya ringkaskan;

Islamic Fund - Pelaburan Permulaan pada 14/08/2008 sebanyak RM 5,000.
Setiap 3 bulan pelabur mengeluarkan RM3,000.
Total investment pada 2 April 2012 adalah RM 47,000.00.
Unit Trust Value adalah RM61,705.23 dan sekiranya dia memilih untuk kekal di Akaun 1 KWSP, jumlahnya adalah RM52,913.43

Nak Tengok Bukti ??? Lihat Bukti.
 
Apa yang kita dapat lihat adalah peningkatan simpanan KWSP bukan saja dalam tempoh yang singkat bermula dari 3 tahun, dan makin berganda-ganda setelah simpanan dibuat secara konsistent setiap tiga bulan dalam tempoh melebihi 10 tahun.

Para pembaca sekalian, memang tidak mustahil untuk menjadi seorang jutawan dengan simpanan KWSP apabila bersara nanti, dan yang paling pentingnya, anda mendapat dividend yang halal, suci dan mematuhi Shariah.

Cukupkah dengan RM475/bulan sahaja dapat dibelanjakan??
Jadi, kenapa perlu bertangguh untuk memindahkan sebahagian dari akaun 1 KWSP ke dana Unit Trust sedangkan anda tak perlu keluarkan duit even 1 sen dari poket sendiri?

Anda juga menyemak berapa jumlah yang boleh anda laburkan melalui akaun 1 KWSP di sini.

Hubungi saya hari ini juga untuk temujanji!

Saya akan uruskan segalanya untuk anda.

Thank to bro Ahmad Hanizam Penulis Blog BigFishTeam diatas artikel yang menarik ini.