Close Deal di rumah Pegawai Kerajaan

Petang ni dlm jam 5pm nk close deals EPF investment dengan seorang client yang merupakan Pegawai Kerajaan yang mana sebelom ni aku dah introduce kat dia masa kenduri Doa Selamat sempena beliau nak berangkat ke Tanah Suci.... waduhh.... Alhamdulillah... senang je deals dengan dia sebab dia positive + optimisic person coz dia adalah seorang "Stock Market Investor"... WHO NEXT???

P/S Client : "i xkesah asalkan return yang dapat tu lebih tinggi dan berbaloi utk bersara nnt lagi pon EPF akaun 1 kena tunggu 55 tahun gak br dapat... Another way to grow EPF money!!"

##Nak tahu bagaimana EPF investment let's visit myblog http://rudypmb.blogspot.com/p/melalui-kwsp-akaun-1.html

Kali ni aku saja nak update close deal for EPF investment dengan Pegawai Kerajaan. Boleh ker orang kerja kerajaan melabur melalui EPF?? Ada ker EPF dia?? Pelik?? Biasa je... bergantung pada situasi tertentu yang melayakkan mereka boleh melabur melalui EPF akaun 1

Siapa kata org gomen xleh invest daripada EPF?? Segelintir mereka adalah memilih skim KWSP dan bukannya Skim PENCEN. dan sebahagian daripada mereka juga mungkin lantikan kontrak yang mana ttp mencarum KWSP tiap2 bulan, Sebahagian pula masih lagi belom "confirm" utk diberikan option Pencen/KWSP.. Jadi, anda masih berpeluang memanfaatkan peluang dan ruang yang ada utk hasil yang lebih baik walaupun anda penjawat awam... Let's do it now... ;-)

Dah close pon... tu haaa... siap thumb print form EPF 9N

Aku jumpa client kekadang kat Kopitiam, mamak, office dan terkadang plak kat rumah client sendiri.. Di mana saja aku boleh deal business...Hari Cuti ka Hari Kerja ka dalam bas ka, atas bonet kereta pon aku pernah deals...... dimana saja fail & form kosong sentiasa bersamaku...

Tengoklah contoh SMS ni :-

Rudy Pmb : Dah ada kat rumah ke Boss?
Client : Ada dalam jam 5 mai

##hahahhaha...... jap lagi aku datang... aku datang bawak seribu harapan & perancangan.


##Client ini subuh esok dah berangkat ke Tanah Suci mengerjakan ibadat haji.. Aku minta dia doakan aku depan Kaabah. Aku pon nak kesana juga... "Insyaallah", katanya... Semoga dapat haji yang mabrur... Aamiin

Hukum Dividen KWSP

Maklumat ni aku dapatkan daripada website http://www.zaharuddin.net/ jadi hanya untuk dipanjangkan kepada pelawat blog aku je. Walaupun, ia sudah lama ia di keluarkan namun mungkin masih ramai di luar sana yang masih belum mengetahuinya. Sharing is Caring. 

 
PERSOALAN BERKENAAN
KWSP DAN ASB

Pakdi  : Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram? 

RESPOND Ust Zaharuddin Abd Rahman (UZAR):
Bezanya adalah :-
 
1-     ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak,  tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. Justeru, pencarum tidak berdosa atas apa jua pelaburan yang dibuat oleh KWSP kerana ia bukanlah pilihan mereka, mereka juga meletakkan wang di KWSP juga bukan atas pilihan tetapi kewajiban yang ditentukan kerajaan.
2-     ASB adalah instrument yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya adalah dengan niat melabur, serta menggunakan aqad pelaburan (secara sedar atau tidak)  dan ingin mendapatkan untung hasil darinya kelak. 

KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad simpanan wadi'ah (safe keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.
Pak Di memberi respond setelah jawapan di atas : 

KWSP adalah dana pelaburan. Tetapi ia berkonsepkan retirement fund. bila disebut retirement fund, maka investment approach KWSP adalah lebih low risk & konservatif berbanding ASB. Justeru, saya tidak bersetuju anggapan KWSP adalah savings kerana semua maklum KWSP adalah pengurus dana yang terbesar di Bursa Malaysia.

RESPOND UZAR :
Benar, anda boleh tidak setuju bahawa KWSP adalah savings, tetapi menurut Shariah, kita melihat dari sudut hubungan di antara pencarum/penyimpan dan KWSP.
Dalam hal ini, ‘takyif' atau bentuk yang terdapat dalam Shariah (samada ia pelaburan atau simpanan) terhadap hubungan pencarum boleh dilihat kepada : - 

•a)     Nama dana ini sendiri , iaitu KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP). Justeru, nama ia pun sudah ‘self explanatory' tentang sifatnya kepada pencarum, iaitu satu dana simpanan.  Malah di web nya juga di sebut "tabung SIMPANAN" bukan TABUNG PELABURAN. 

•b)    Disebut di dalam web KWSP juga :
"KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka." ( Rujuk : Web KWSP ) 

Tiada disebut langsung bahawa ia seperti sebuah dana pelaburan yang bertindak sebagai pengusaha, ia disebut jelas "pengurusan simpanan" , ia dengan jelas adalah tabung simpanan dan bukan pelaburan. Justeru pencarum tidak dianggap sebagai pelabur setiap kali ia meletakkan wangnya di KWSP. Benar, saya tahu memang disebut juga bahawa 

"Alokasi  Pelaburan

Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah." (rujuk : web KWSP)

Tetapi dalam islam, ia adalah dikira ‘separate issue and contract', pelaburan itu adalah inisiatif yang dibuat oleh KWSP sendiri atau mungkin juga oleh pencarum tetapi dengan kontrak yang lain; Justeru hubungan antara KWSP dan pencarum (kita semua) adalah BUKAN sebagai pelabur dan pengusaha. Itulah maksud saya, hubungan pencarum dengan KWSP adalah atas asas wadiah (simpanan wang untuk hari tua), inilah yang menjadikan KWSP wajib menjamin wang caruman kita tidak lupus, jika ia dinggap sebagai pelaburan kita, maka KWSP TIDAK boleh menjamin selamatnya wang itu.   

•c)     Dengan merujuk kepada borang mencarum di KWSP (hanya diisi sekali di permulaan kerjaya) . sila buka link borang KWSP di http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=320

Anda akan dapati tiada langsung tanda-tanda bahawa kita sedang melabur di KWSP apabila mencarum. Ia berbeza dengan ASB sudah tentunya.

Malah jika KWSP menggunakan aqad pelaburan, pasti timbul isu Shariah baru iaitu ia gunakan Mudarabah atau Musharakah? Jika mudarabah, beraspa nisbah pembahagian keuntungan antara pelabur dan pengusaha? Sedangkan ia mesti diketahui di awal kontrak. JIka ia gunakan konsep Pelaburan Musharakah, maka berapakah jumlah pelaburan yang diletakkan oleh KWSP sebagai partner ? dan banayk lagi rukun dan syarat yang ditetapkan oleh Shariah tidak jelas. Akhirnya, Sememangnya ia bukan aqad pelaburan seperti ASB.

PAK DI : Malah KWSP memberikan pilihan kepada para pencarum untuk mengeluarkan akaun 1 mereka untuk melabur ke dalam dana amanah yang diluluskan. 

Quote:
Misi utama kami ialah menyediakan faedah persaraan bagi semua ahli melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.
RESPOND UZAR :
Ini isu lain, ini adalah si pencarum dibenar keluarkan wangnya dalam tabung simpanan KWSP itu untuk diguna sebagai pelaburan di tempat lain. Ia adalah satu lagi kontrak lain yang akan dimeterai oleh pelanggan selepas ia jumlahnya terkumpul dan sampai ke sesuatu ‘limit' (jumlah) yang layak. Yang jelas, ia BUKAN KONTRAK ASAS bagi semua pencarum yang mencarum dengan KWSP, tetapi iaa adalah pilihan yang hanya dimeterai selepas aqad wadiah dibuat dan berasingan dengannya pula.


PAK DI : Sekiranya KWSP adalah simpanan semata-mata, kenapa KWSP membenarkan sejumlah pelaburan luar dibuat oleh pencarum sendiri? Sudah tentu ia bertentangan dengan matlamat asal KWSP, kerana savings is savings dan investment is investment. Justeru lebih tepat kita menyatakan KWSP adalah invesment for retirement.

malah dinyatakan dalam Akta KWSP, Seksyen 26. dibenarkan oleh undang-undang untuk Lembaga Pengurusan KWSP untuk melabur.

RESPOND UZAR :
MasyaAllah, ini amat tiada kaitan dengan aqad asas pencarum dengan KWSP yang telah saya nyatakan tadi, ia adalah wadiah atau simpanan sahaja.. 

Isu jika anda ingin keluarkan sebahagian dari kumpulan wang anda yang tersimpan untuk pelaburan lain, ia adalah hal yang berasingan lain dan menggunakan kontrak lain. Malah dengan mengeluarkan satu bahagian dari kumpulan wang simpanan kita itu, sudah tentu tidak menjadikan seluruh kumpulan wang itu menjadi pelaburan secara automatik. Tidak sama sekali.

Malah apabila disebut dalam Akta tadi bahawa dibenar untuk melabur, ia sebaik-baik bukti bahawa aqad asas KWSP dengan pencarum adalah wadiah dan bukan pelaburan sebagaimana ASB. Jika aqad (kontrak) asas adalah pelaburan, tiada lagi keperluan disebut "DIBENARKAN UNTUK MELABUR" lagi.

PAK DI : Kita boleh saman KWSP kalau simpanan menjadi pelaburan. Ia sudah melanggar kontrak kalau betul KWSP adalah simpanan semata-mata, tetapi duit sudah dilaburkan. Criminal Breach of Trust.

RESPOND UZAR :
Ia adalah simpanan dan samada kita suka atau tidak suka, telah tertulis bahawa pihak KWSP akan gunakan untuk melaburkannya.  So ia different story.  Dan aqad asas antara kita dan KWSP masih tetap simpanan.

PAK DI : Justeru saya kurang jelas perbezaan aqad ASB dan KWSP. Saya melihat konsep asas ASB dan KWSP adalah sama, iaitu pelaburan, cuma ASB tidak diwajibkan kita melabur di dalamnya oleh kerajaan, dan KWSP diwajibkan oleh semua pekerja dan majikan di Malaysia.

RESPOND UZAR : Justeru, adalah jelas ia berbeza, harapnya sdr Pak Di juga boleh jelas. Isu wajib menyimpan di KWSP dan secara pilihan di ASb adalah besar impaknya kepada hukum ke atas individu itu.

Sekian,
Ust Zaharuddin Abd Rahman
18 Jan 07
28 Zulhijjah 1427 H

Surat Dari KWSP Tentang Status Pelaburannya

Maklumat ni aku dapatkan daripada website http://www.zaharuddin.net/ jadi hanya untuk dipanjangkan kepada pelawat blog aku je. Walaupun, ia sudah lama ia di keluarkan namun mungkin masih ramai di luar sana yang masih belum mengetahuinya. Sharing is Caring.


Status Pelaburan KWSP : Pandangan Shariah

Pihak KWSP dengan rasminya memberitahu tentang status Shariah dalam pelaburan yang mereka lakukan. Di sini disertakan salinan surat mereka kepada PPIM. Bagi mendapatkan jawapan tentang dividen KWSP. Sila buka di sini



Di nyatakan dengan jelas dan terang. sambungannnya




Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman
12 Mac 2007

Sumber : http://www.zaharuddin.net/

Kajian Kes : Pilihan 1 atau Pilihan 2???

Artikel ni aku dapat daripada page kawan aku si Bro Hishamuddin. Just nak share dengan korang supaya mungkin menjadi pemangkin kepada anda untuk tingkatkan lagi wang simpanan persaraan anda. Cuba anda teliti kajian kes di bawah ni.. 


Pilihan di tangan anda yang menentukannya. Jadi bertindaklah sekarang agar masa depan anda lebih baik.. 

Base on my experience handle retirement investment portfolio client memberi pulangan yang berbaloi utk wang persaraan mereka. Kebanyakkannya invest since 2008 yang memberi pulangan sebanyak 80-100% telah aku jual dan masuk semula ke dalam EPF akaun mereka. Jika di nilaikan semula pulangan secara purata lebih kurang 25% setahun. Client puasati dengan prestasi pelaburan mereka dan aku pun bangga dapat berikan service dalam menguruskan wang persaraan mereka.

Jika anda merasakan wang persaraan anda yang ada di dalam KWSP/EPF tu cukup untuk sara kehidupan selepas bersara kelak maka anda abaikan saja kajian kes ini tetapi kepada anda yang merasakan wang persaraan yang bakal anda ada kelak tidak mencukupi maka ambil langkah segera. Anda mampu mengubahnya.. Insyaallah..

Baiklah, sebelum anda menghabiskan membaca artikel ini eloklah anda buat simple calculation atau boleh rujuk seperti dibawah:

Selepas umur 55 tahun anda mempunyai  RM319,558 hasil daripada simpanan KWSP. Purata jangka hayat seorang lelaki ialah 75 tahun manakala wanita adalah 78 tahun. Kita ambil kiraan mudah anda akan hidup selama 20 tahun lagi selepas bersara umur 55tahun... Bayangkan RM319,558 digunakan untuk 240bulan (20tahun), bermakna anda hanya boleh belanjakan wang persaraan anda sebanyak RM1331.49 sebulan. Itupun jika ada RM319,558 pada usia 55tahun tapi majoriti adalah kurang daripada jumlah itu. Anda fikir dan renung-renungkanlah.. Agar anda akan sedar bahawa pentingnya merancang dana persaraan anda kelak supaya ia cukup untuk menampung kos sara hidup dan lifestyle anda.

Artikel lain yang anda boleh rujuk seperti dibawah :


Ada banyak lagi artikel dalam blog ini yang boleh anda baca untuk memberi kesedaran kepada anda. 




DAPATKAN TEMUJANJI ANDA BERSAMA MR. RUDY SEGERA!!!
CALL/SMS Nama & Lokasi Anda ke 016-2658986

(Saya akan bantu anda. TQ)

Menyedut aura POWER Makcik, Asho, Nyonya, Aci.... Teruja & Terangsang dibuatnya

Setelah lama aku bertapa di alam nyata.... maka kali ni aku dah keluar.. Misi menyedut aura power.... layannnn.... Kalo orang tua yang dah berumur boleh submit form berkepuk-kepuk aku yang muda ni mesti kena buktikan aku juga Boleh... Jeloussss wooo.....

Jadi aku abadikan kali pertama muncul dan bakal mengegarkan industri unit trust. Target aku 100 orang sehingga 31 Dec 2012.... Yearrgghhh.... I'm The BEST!!!