Wowwss.....Ahli KWSP Cecah 13 Juta

Sekadar berkongsi berkenaan artikel yang dikeluarkan oleh pihak KWSP pada 5 April 2012. Kira maklumat yang terbaru berkenaan jumlah Ahli KWSP. Jika tidak silap pada hujung tahun 2008 lebih kurang 11.69 juta ahli KWSP. Bermakna pertambahan ahli KWSP saban tahun. Patah tumbuh hilang berganti. Bagi yang dah mencapai usia bersara pada 55 tahun akan berlalu, manakala bagi mereka yang baru berkhidmat pula akan mengisi dan menambahkan lagi ahli-ahli KWSP.



Dibawah ini adalah berkenaan artikel tersebut... Selamat membaca..

"Pengukuhan Sistem, Proses, Kecekapan Operasi dan Pembangunan Insan Menyumbang kepada Penyampaian Perkhidmatan yang Lebih Teguh

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laporan tahunannya berakhir 31 Disember 2011 melaporkan kemajuan yang baik dalam operasi dengan pengukuhan tiga bidang utama iaitu prestasi sistem teras, pengembangan rangkaian dan perkhidmatan pelanggan barisan hadapan. Dengan mengekalkan momentum baik yang dicapai dalam bidang sistem, proses, kecekapan operasi dan pembangunan insan, KWSP kini mempunyai landasan penyampaian perkhidmatan yang lebih teguh.

Pada tahun yang dikaji, jumlah ahli KWSP telah meningkat kepada 13.15 juta manakala bilangan majikan berdaftar dengan KWSP bertambah kepada 487,664 berbanding 12.72 juta ahli dan 469,390 majikan berdaftar pada 2010.

Dalam menangani peningkatan bilangan ahli dan majikan, KWSP terus memanfaatkan inovasi teknologi untuk memacu kecekapan operasi dan meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan. Pada 2011, KWSP telah menggunakan ICT untuk memproses 1,969,854 permohonan pengeluaran bernilai RM23.30 bilion berbanding 1,996,881 permohonan bernilai RM21.89 bilion pada 2010.

“Tahun tersebut juga menyaksikan KWSP melaksanakan inisiatif-inisiatif penambahbaikan dan juga tadbir urus korporat serta amalan terbaik pengurusan risiko. Selain itu, KWSP membuat perubahan taktikal terhadap strategi pelaburan untuk melindungi keseluruhan pelaburannya dan menjajarkan dengan keperluan pada masa kini. Berdasarkan semua langkah ini, KWSP kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk mencapai misi menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan terbaik untuk rakyat Malaysia,” kata Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman.

Walaupun keadaan pasaran yang tidak menentu pada tahun 2011, KWSP telah mencapai kemajuan yang baik dalam pelaburannya. Prestasi pelaburan KWSP yang memberangsangkan membolehkan dana pelaburan berkembang RM28.70 bilion atau 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion."  ......Baca selanjutnya di laman web KWSP
Mengulas berkenaan berita baik ni bahawa masih ramai yang belum tahu atau menyertai Pengeluaran Pelaburan Ahli bagi bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya Pengeluaran Pelaburan Ahli.

Jadi, di kesempatan ini saya mengesyorkan supaya anda bertindak sekarang bagi perancangan persaraan anda kelak. Langkah mudah, hubungi Perunding Unit Amanah anda atau boleh buat temujanji dengan saya di 019-232 5287. Saya sedia membantu anda.

No comments: