Pelaburan unit trust adalah untuk tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang, iaitu sekurang-kurangnya tiga tahun. Berdasarkan pendekatan pelaburan Atas-Bawah dan Bawah-Atas kita yang berasaskan nilai, dana-dana akan terus mengimbangi semula menurut objektif pelaburannya.
Sebagai perunding unit amanah, perlu memainkan peranan yang penting dalam menasihatkan pelabur-pelabur supaya mengambil pandangan jangka sederhana hingga panjang apabila melabur dalam unit amanah.
Ketika keadaan pasaran meruap, perlulah kita mengingatkan pelabur-pelabur supaya bertenang dan memfokus kepada matlamat pelaburan jangka panjang mereka. Sentiasa berhubung dengan mereka dan berilah perkhidmatan yang terbaik dan kunjungilah mereka dengan lebih kerap.
Berikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap perniagaan unit amanah anda dan lakukan demi memastikan perniagaan berjalan dengan baik. Amanah itu satu tanggungjawab yang besar.
Selamat Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment