KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad

Bayaran Dividen RM24.47b daripada Pendapatan Pelaburan Kasar RM27.24b

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.00 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini meningkat sebanyak 20 mata asas daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP. Walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP.”

KWSP terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.

Baca selanjutnya di Website Rasmi KWSP

Anda boleh juga meningkatkan pulangan KWSP anda dengan melabur dalam unit trust. Mudah dengan melakukan pelaburan unit trust melalui KWSP akaun 1 anda. Boleh baca disini  Melalui EPF akaun 1.

Anda juga boleh membaca mengenai  Panduan Mudah Mulakan Pelaburan Unit Trust bagi membantu anda membuat pelaburan unit trust anda.

Disamping itu juga saya ingin kongsikan mengenai keperluan anda bagi merancang kewangan selepas persaraan anda kelak. Ini bagi membolehkan anda memahami keperluan mengambil tindakkan segera bagi persediaan anda selepas bersara nanti. Anda boleh baca mengenai Perancangan Kewangan Anda Selepas Bersara


Semoga perkongsian ini membantu anda dalam persediaan anda meniti hari-hari mendatang. Kita bukan MERANCANG untuk GAGAL, Tapi GAGAL untuk MERANCANG.

No comments: