>> Panduan Mudah Mulakan Pelaburan Unit Trust

Secara ringkas tentang panduan mudah untuk memulakan Pelaburan Unit Amanah yang dapat dikongsikan kepada bakal pelabur atau pengunjung.



Panduan mudah yang mungkin boleh digunapakai :

1) Bakal pelabur mendapatkan penerangan mengenai Pelaburan Unit Amanah daripada Perunding Unit Amanah.



2) Perunding Unit Amanah mengesyorkan dana yang sesuai untuk dilaburkan berdasarkan maklumat peribadi dan profil risiko bakal pelabur.

3) Bakal pelabur/Perunding Unit Amanah mengisi borang pelaburan.

4) Bakal pelabur/Perunding Unit Amanah menghantar (submit) borang pelaburan, satu salinan I/C dan wang yang ingin dilaburkan (berbentuk tunai/cek) ke Public Bank berhampiran.

5) Selepas 2-3 minggu, pelabur akan menerima penyata rasmi daripada Syarikat Unit Amanah tentang pelaburan yang dibuat.

Apa perlu saya lakukan selepas ini?

-Hubungi Perunding Unit Amanah anda atau;
Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan Prospektus Induk Untuk Dana tersebut sebelum melabur. Prospektus-prospektus ini telah didaftarkan dengan suruhanjaya Sekuriti yang tidak bertanggungjawab di atas kandungannya, dan pendaftaran ini juga bukanlah syor atau saranan Suruhanjaya untuk melabur.
"Anda seharusnya mengetahui bayaran atau caj yang terlibat dalam membeli dan menjual unit amanah dan harga-harga unit amanah dan pengagihan yang dibayar, jika ada, adalah tertakluk kepada naik turun pasaran. Sebagai peringatan, prestasi dana-dana dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan. Permohonan untuk membeli unit mesti dilakukan dalam borang permohonan yang lengkap yang dirujuk dan dilampirkan bersama prospektus. Salinan prospektus tersebut boleh diperolehi daripada perunding unit amanah anda atau pejabat Syarikat Unit  Amanah yang berhampiran".

Sekiranya terdapat kemusykilan hubungi Mr. Rudy 019-2325287 atau emelkan ke kaharuddinpmb@gmail.com

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: