>> Bagaimanakah Kita Boleh Mengatasi Inflasi?

Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi :-


1) Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda.
Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka masa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan danan-dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus di petimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.

2) Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan anda.
Sesebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon, dan sekuriti-sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. Ini disebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun begitu, kepelbagaian tidak dapat melindungi anda daripada kerugian dalam pasaran menurun.

3) Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.
Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya didalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengurangkan nilainya melalui inflasi. Sebaliknya, pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti dan 40% bon) untuk mendapatkan pulangan di selaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.

4) Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan.
Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh melabur dalam sektor-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga di ibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.

5) Menguruskan hutang anda.
Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat.

"Inflasi adalah percukaian tanpa perundangan" ~Milton Friedman~

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: