>> Profil Risiko Pelabur

Profil Risiko – Apakah profil risiko pelaburan anda?

Dalam bahasa yang mudah, profil risiko pelabur  adalah suatu petunjuk / indikator yang memberitahu kita apakah tahap risiko pelaburan yang sesuai dengan diri kita –  konservatif, sederhana atau agresif. Untuk mengetahui profil risiko pelaburan diri kita, kita perlulah menilai terlebih dahulu profil tersebut dengan menggunakan soal selidik yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan pelaburan tersebut.

Soal selidik  ini mungkin berbeza daripada sebuah penyedia perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan yang lain, namun tujuannya adalah sama – untuk memberitahu kita apakah profil risiko diri kita yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, kita bebas untuk memilih sama ada ingin menggunakan profil yang dicadangkan menerusi hasil soal selidik tersebut ataupun tidak.



Mari kita lihat dan jawab soal selidik  daripada laman web Syarikat Unit Amanah.

Klik disini untuk mencuba Contoh soal selidik

Ini hanyalah salah satu contoh sahaja. Anda boleh mendapatkan contoh soal selidik profil risiko pelaburan daripada pelbagai penyedia kemudahan seperti ini di internet. Apapun, anda bebas untuk menerima pakai hasil soal selidik tersebut ataupun tidak. Kerana anda yang menentukan profil risiko pelaburan yang hendak dibuat.

Jadi, apakah profil risiko anda?

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: