1) Menganggap semua bayaran bulanan anda sebagai satu bayaran tunggal yang besar.
Bermuladengan mengenalpasti semua tanggungan kewangan anda dan menghitung jumlah yang anda perlu bayar setiap bulan. Buat satu belanjawan bagi memperuntukkan sebahagian daripada gaji bawa pulang anda untuk pembayaran hutang bulanan. Kemudian terus membayar jumlah yang sama setiap bulan dan mengubahsuai peruntukan apabila keadaan bertukar dan beberapa hutang telah habis dibayar.
2) Sekiranya terdapat pinjaman yang hanya dikenakan bayaran minimum, selalu cuba membayar sebanyak mungkin pada pinjaman yang paling kecil.
Membayar habis pinjaman dengan baki terendah diikuti dengan baki terendah yang berikut sehingga semua hutang habis dibayar. Juga dikenali sebagai kaedah "bola salji hutang", ia akan membantu anda mengurnagkan julah hutang tertunggak dengan berkesan. Sementara itu, ia juga memberi perasaan kejayaan apabila anda menghapuskan hutang satu demi satu.
3) Jika anda boleh menunda membuat pembayaran untuk apa-apa pinjaman, tundakan pinjaman dengan kadar faedah terendah.
Selain daripada menumpukan perhatian pada hutang baki terendah, anda mungkin ingin membayar habis pinjaman yang menanggung kadar faedah tertinggi. Ini akan membantu anda menjimatkan lebih pada jangka masa panjang kerana hutang-hutang anda akan bertambah dengan kadar cepat sekiranya tidak dibyar secepat mungkin disebabkan caj faedah.
4) Bandingkan pakej-pakej pinjaman untuk mendapatkan kadar faedah terendah.
Jikalau anda ingin memohon pinjaman, pastikananda membandingkan pakej-pakej berbeza yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan. Dapatkan pakej dengan kadar faedah paling rendah yang mengira baki pada asas harian dan juga memberi pilihan untuk anda membuat pembayaran semula dengan awal. ini akan membantu mengurangkan jumlah faedah dibayar dan memendekkan tempoh masa pemegangan pinjaman.
5) Jangan sesekali bersetuju untuk menjadi penjamin untuk seseorang kecuali anda telah menyediakan wang tunai secukupnya untuk membayar semula pinjaman itu sekiranya orang itu gagal membayar balik.
Anda perlu memikirkan dengan teliti sebelum bersetuju untuk menjadi penjamin untuk seseorang. jika pinjaman tersebut gagal dibayar, anda mungkin dikehendaki membayar bagi orang itu. Oleh itu, anda mesti menyediakan wang secukupnya sekiranya kejadian tersebut berlau. hanyabersetuju menjadi penjamin untuk orang yang anda kenal dan percaya.
P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ
P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ
No comments:
Post a Comment