>> Inflasi Ancaman yang Senyap

Apakah Inflasi?

Inflasi di takrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan dan perkhidmatan dan ia di ukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh, dari segi teori secawan kopi teh tarik berharga RM1 akan berharga RM.1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.

Inflasi Ancaman yang Senyap

Mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesan inflasi.
Kira-kira 30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM1. Hari ini, ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih daripada RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang. Ini hanyalah akibat inflasi. Seperti kuasa kadar pulangan berganda, infalsi berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi. 

Namun begitu, apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya.?

Dua sebab umum berlakunya inflasi adalah:-

1) Permintaan tinggi, bekalan rendah.
Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat "terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan".

2) Peningkatan dalam kos pengeluaran.
Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syaikat biasanya memindah kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: