>> Terapkan Amalan Menabung pada Anak-Anak Sejak Kecil


 Amalan menabung amat bagus untuk perancangan dimasa hadapan. Ia di anggap satu pelaburan jangka masa panjang. Disini saya ingin kongsikan amalan menabung daripada usia kanak-kanak sehingga remaja. Saya jangkakan bagi penyediaan kewangan atau pembelajaran anak-anak nanti.

Baiklah, bayangkan sekiranya pada usia baru sehari selepas lahir anak itu kita sebagai ibubapa memulakan aktiviti menabung sehari hanya 10 sen bermakna setahun usia anak kita telah memiliki 36.50 dimana pengiraan mudah ini dibuat RM0.10 x 365hari = Rm36.50

Untuk tahun ke-dua pula kita tingkatkan lagi kepada 20 sen. Bermakna kita telah menabung untuk anak kita sebanyak RM73.00 dan seterusnya sehingga usia anak meningkat dewasa kita terapkan amalan menabung sendiri oleh anak-anak itu dengan gandaan 10 sen bagi setiap tahun saya jangkakan sehingga umur 18 tahun. Pengiraan mudah adalah seperti dibawah:- 

Tahun pertama = RM0.10 x 365hari = RM 36.50
Tahun kedua = RM0.20 x 365hari = RM73.00
Tahun ketiga = RM0.30 x 365hari = RM109.50
Tahun keempat = RM0.40 x 365hari = RM146.00
Tahun kelima = RM0.50 x 365hari = RM182.50
Tahun keenam = RM0.60 x 365hari = RM219.00 
Tahun ketujuh = RM0.70 x 365hari = RM255.50 
Tahun kelapan = RM0.80 x 365hari = RM292.00 
Tahun kesembilan = RM0.90 x 365hari = RM328.50
Tahun kesepuluh = RM1.00 x 365hari = RM 365.00
Tahun kesebelas = RM1.10 x 365hari = RM 401.50
Tahun kedua belas = RM1.20 x 365hari = RM438.00
Tahun ketiga belas = RM1.30 x 365hari = RM474.50
Tahun keempat belas = RM1.40 x 365hari = RM511.00
Tahun kelima belas = RM1.50 x 365hari = RM547.50
Tahun keenam belas = RM1.60 x 365hari = RM584.00 
Tahun ketujuh belas = RM1.70 x 365hari = RM620.50 
Tahun kelapan belas = RM1.80 x 365hari = RM657.00 

Jumlah tabungan anak-anak kita setelah usianya mencecah 18 tahun ialah RM 6241.50

Banyak juga yang hasil terkumpul selama 18 tahun menyimpan. Ibarat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kiraan diatas tidak termasuk sekiranya dapat duit hari raya dan sumber-sumber lain samada simpanan tetap 3%-4%* setahun atau mana-mana pelaburan yang memberikan pulangan lebih tinggi.

Disebalik itu, saya terimbau kembali di zaman kanak-kanak dulu sekitar usia 5-7 tahun. Arwah ayahanda saya selalu mengamalkan menyimpan duit syiling didalam tabung buluh. Boleh kira besar la tabung buluh tu ukuran panjang dalam 2 kaki. Apabila penuh sahaja tabung tu, arwah ayahanda pasti akan mengira menggunakan teknik mengasing dan menyusun serta mengira. Macam susun batu-bata untuk buat rumah.. Saya pasti tidak akan terlepas untuk turut serta menyusun.

Seronok sangat dan amalan tu sehingga kini saya amalkan. Bunyi duit itu memecah keghairahan untuk lebih menyimpan dan menyimpan. Arwah ayahda berpesan, kalau kita belanjakan duit RM1.00 kita perlu gandakan menjadi RM10.00 macam mana tu. Kena menuntut ilmu buat duit kalo macam ni.. hehehe... ;-)

Insyaallah anak saya yang kini akan genap 1 tahun pada 4/7/2011 ni juga akan diterapkan untuk mengikut jejak Datuknya dalam amalan menabung dan teknik mengasing, menyusun & mengira yang diamalkan sejak turun-temurun.

*Nilai simpanan tetap tersebut hanyalah anggaran tidak mempengaruhi nilai prestasi sebelum dan selepas.

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: