>> Apakah Kesan-Kesan Inflasi?

Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut naik.

Contoh 1:

-Pada tahun 1978 (33 tahun dahulu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.

-Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.

-Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.

Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada mata wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda., iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh yang demikian, wang yang disimpan di dalam simpanan tetap akan mengurangkan nilai disebabkan kesan penghakisan inflasi
Contoh 2: 

Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
Pulangan benar daripada pelaburan = 4%-6% = -2%

Jadi, salah satu altenatif dalam meningkatkan pulangan pelaburan dan mengatasi peningkatan kadar inflasi adalah dengan meningkatkan kadar pulangan pelaburan anda ke tahap paling maksima. Melaburlah dalam Unit Amanah.
Contoh 3

Kadar Pelaburan Unit Amanah setahun = 15%*
Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
Pulangan benar daripada pelaburan = 15% - 6% = 9%

Oleh yang demikian, kadar pulangan pelaburan anda mampu mengimbangi/mengatasi kadar inflasi bagi tempoh sepanjang pelaburan yang itu buat. Pelaburan Unit Amanah adalah bagi tempoh jangka masa sederhana ke jangka masa panjang.

* hanya anggaran tidak dipengaruhi keputusan pasaran yang lepas atau akan datang.

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: