>> Cara-Cara Mengelak Berhutang

Apabila anda sudah bebas berhutang, adalah amat sukar untuk tidak meinjam semula. Anda mesti terus berdisiplin dan mengamalkan tabiat-tabiat yang baik. Berikut adalah beberapa caranya:-
1) Jangan membeli sesuatu yang anda tidak perlu. Jika anda tidak pasti, tunggu beberapa minggu dan lihat adakah anda masih memerlukannya.

2) Membuat belian anda dengan wang tunai atau kad debit. Hanya menggunkan kad kredit anda jika anda akan membayar penuh baki setiap bulan.


3) Memulakan satu rancangan simpanan dengan emnyimpan sejumlah wang setiap bulan untuk sesuatu yang diingini. Jangan membeli sesuatu yang anda tidak mampu. Bak kata pepatah, " Kepuasan tertangguh adalah kunci mencapai kematangan kewangan."

4) Menggunakan senarai membeli-belah dan patuh kepadanya.
5) Mengkaji semula pendapatan-perbelanjaan tetap untuk memastikan anda memperolehi pendapatan yang lebih tinggi daripada perbelanjaan dan selalu mencari cara untuk memaksimumkan rezeki anda.

Diharap panduan yang diberikan ini dapat mengelakkan anda daripada menanggung hutang yang terlampau dimana ia akan membebankan anda. Sesungguhnya "Ukur baju di badan sendiri".

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: