>> Cerita di pagi hari Selasa

Pada pagi tadi jam 8.05 pagi, aku mengisi minyak kereta di Shell Bandar Baru Bangi. Kebetulan ketika aku mengisi minyak tu aku terpandang seorang kakak ni pon mengisi minyak ke dalam tangki motosikalnya (Modenas Kriss). Tapi yang kesiannya aku tengok ialah selepas selesai beliau mengisi minyak dan cuba menghidupkan enjin motosikalnya gagal.. aku ingat dah nak dekat lebih 15 kali cubaan dilakukan namun gagal.


Kebetulan masa tu, aku nak cepat tapi terdetik pula dalam hati.. Ishh..mamat cashier counter tu aku tgk selamba je taknak tolong... tp kesian plak aku tengok kakak tu terkial-kial cuba menghidupkan enjinnya. Walhal masa tu aku dah bergerak untuk keluar ke jalan raya utama. Namun, perasaan simpati tu lagi kuat untuk aku hulurkan bantuan. Aku patah balik dan parking kereta kat tepi. Aku tengok kakak tu dah undurkan motosikal mungkin dia rasakan tidak mahu menggangu pengguna lain untuk mengisi minyak atau mungkin malu motor buat hal tak mahu hidup..

Aku menyapa beliau " kenapa kak?". Kakak tu menjawab "takde apa...cuma tak boleh start motor ni dan tak mahu hidup". "Takpe biar saya tolong start", sahut aku selamba. Malu-malu alah gak dbuatnya bila aku cuba nak hidupkan motor dia ni pun nanti gagal gak... hahahah...mental block more to negative dah timbul... ehhehe... aku sekadar membantu... alamak 5 kali aku start namun tak mahu hidup gak.. alahai motor ni..hidup la...hidup la ko, terdetik dalam hati aku.

Aku tanya balik kat kakak tu "Kunci ni bila 'On' memang tak menyala ke lampu signal kat meter?" ooo...bila dah hidup baru ia menyala, "balas kakak tu". 'ooo', aku jawap ringkas tanda mengiyakan katanya. Agaknya bateri motor ni dah rosak tu yang tak menyala. Terdetik lagi dalam hati aku. Aku fikir kalau tak mahu hidup gak kali 6 dan seterusnya aku start ni kena gak la buka 'spark plug' dia..mungkin 'spark plug' dah rosak atau nak kena cuci... dugaan mula menghantui fikiranku.

Cubaan terakhir aku tarik 'Choke' dan 'start' lagi... alamak..gagal lagi.. makghaiii moto ni... degil plak yer... aku lepaskan 'Choke' dan start algi... vruurr.. vruurmmm..vruurmm...vruuuurrrrrrmm... kasi panas skit enjinnya.. hahaha...Alhamdulillah aku tgk muka kakak tu tersenyum berseri-seri bila motor tu berjaya dihidupkan dan terus ckp 'terima kasih yer'.. aku pun balas 'sama-sama'. Beliau pun berlalu pergi.

Moral of the story, bantulah sesiapa yang sedang memerlukan bantuan. Kita dihadirkan atau keberadaan kita disitu di telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita digerakkan oleh-Nya untuk membantu hamba-hambanya yang memerlukan bantuan. Mungkin hari ini kita bantu orang lain sedang dalam kesusahan, mungkin esok atau lusa kita akan dibantu oleh orang lain ketika kita mengalami kesusahan pula.  Berfikiran positif dalam segala hal dan membuatkan kita akan rasa lebih tenang dalam setiap tindakan kita. 

Bukanlah niat aku nak bangga diri, tapi sekadar menjadikan perkongsian atau motivasi diri. Insyaallah, yang baik itu datang daripada Alllah s.w.t dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri kita.

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

No comments: