Perkongsian kali ini saya ingin kongsikan salah satu cara kaedah yang jarang kita dengar atau dipraktikkan oleh kebanyakkan dikalangan kita. Ia boleh digunakan tp nasihat saya tidak digalakkan kaedah ini di praktikkan kerana di khuatiri akan memberi bebanan kepada tanggungan kewangan anda. Jadi, "Take at Your Own Risk".
Walaubagaimanapun ia bergantung kepada penilaian risiko pelaburan anda. Jadi, anda boleh tentukan mengikut kemampuan anda. Ada beberapa cara untuk melabur dalam Syarikat Unit Amanah (SUA). Antaranya seperti dibawah:-
- Belian sekali gus / Lump sum investment
- Pelaburan semula pendapatan / Reinvestment income
- Simpanan secara tetap / Regular Saving
- Belian sekali gus / Lump sum investment
- Pelaburan semula pendapatan / Reinvestment income
- Simpanan secara tetap / Regular Saving
Selain daripada cara-cara yang telah dinyatakan di atas, seseorang pelabur juga boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk melabur dalam Syarikat Unit Amanah (SUA).
Pemberi pinjaman biasanya menghendaki pelabur menggunakan sejumlah wang sendiri untuk melabur di samping jumlah wang yang dipinjam untuk dilaburkan ke dalam SUA.
Pelabur SUA ini sebenarnya menggunakan tabung pemberi pinjaman dan juga wangnya sendiri untuk mendapatkan pendedahan bagi pelaburan yang diingini.
Memang ada kos yang perlu dibayar apabila menggunakan tabung orang lain seperti faedah yang dikenakan oleh pemberi pinjaman, malah bayaran dan yuran lain juga mungkin dikenakan. Kebanyakan bank dan syarikat kewangan di Malaysia menawarkan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang ingin meningkatkan pulangan pelaburan mereka dalam SUA.
Biasanya tempoh pinjaman adalah sehingga 10 tahun pada kadar faedah yang lebih tinggi daripada pinjaman peribadi dan perumahan (bergantung pada pemberi pinjaman). Lazimnya, jumlah pinjaman adalah antara minimum RM10,000 hingga maksimum RM250,000. Kadar faedah selalunya berubah-ubah bergantung pada Kadar Pinjaman Asas tambah margin.
Nisbah atau margin pinjaman kepada penilaian pinjaman maksimum ialah 67%. Contoh : Penilaian pinjaman maksimum seperti dibawah:-
Andaikan jumlah pelaburan adalah RM350,000.00
Penilaian pinjaman maksimum = RM234,500.00 (RM350,000 x 67%)
Wang sendiri = RM115,500.00 (RM350,000 x 33%)
Peminjam mestilah berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun pada akhir tempoh pinjaman. Adalah dinasihatkan secara langsung atau tidak langsung, tidak menggalakkan penjualan unit melalui pinjaman.

Peryataan Pendedahan Risiko
Menggariskan risiko utama dalam pembiayaan :
- Lebih tinggi margin pembiayaan, lebih besar potensi kerugian / keuntungan
- Pembayaran balik pinjaman membebankan jika kadar faedah meningkat
- Panggilan margin mungkin diperlukan selain pembayaran balik yang biasa
- Pulangan tidak dijamin & berubah-ubah dari tahun ke tahun
Pernyataan ini perlu ditandatangani oleh peminjam. Ini adalah untuk memastikan bahawa pelabur peka terhadap risiko yang terlibat apabila membuat pinjaman untuk pelaburan. Anda perlu bersikap berwaspada berkenaan perkara ini kerana pendedahan risiko ke atas pelaburan anda.
Risiko Mengambil Pinjaman
• Turun naik kadar faedah – Kadar faedah untuk pinjaman SUA biasanya adalah kadar boleh ubah, oleh itu jumlah kos pembiayaan pelaburan dalam SUA tidak dapat dijangka.
• Gagal membayar balik pinjaman – Pemberi pinjam berhak untuk mencairkan pelaburan dalam SUA dengan atau tanpa keizinan peminjam.
• Bayaran balik pinjaman pramatang – Disebabkan kedaan luar jangka, peminjam mungkin berhasrat untuk membayar balik pinjaman sebelum tarikh pembayaran balik yang dipersetujui. Oleh yang demikian, pelabur mungkin mengalami risiko kehilangan modal yang tinggi jika mereka membayar balik pinjaman lebih awal daripada yang dijangka, dan menjual unit dalam SUA.
• Panggilan margin – Nilai SUA berubah-ubah, oleh itu pemberi pinjaman boleh meminta agar peminjam menambah tahap sekuriti.
Diharap perkongsian ini dapat menambah pengetahuan anda dalam bidang pelaburan. Anda mampu mengubahnya dengan tindakkan awal dalam perancangan kewangan anda. Mulakan daripada awal walau hanya sedikit tapi berkekalan dan berterusan. Insyaallah pasti hasilnya akan lebih baik daripada skang.
Ingatlah, apa yang kita tanam pada hari ini adalah apa yang anda tuai kelak... Kita bukan merancang utk gagal tapi sebenarnya gagal untuk merancang. Jadi, merancanglah daripada sekarang.
PENAFIAN : Saya menasihatkan anda untuk berbincang terlebih dahulu dengan Perunding Unit Amanah anda sebelom mengambil keputusan berkaitan kaedah ini. Dapatkan maklumat terperinci daripada instistusi kewangan berkenaan perkara ini terlebih dahulu.
Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda mohon sharekan pada rakan Facebook atau tweeter anda
No comments:
Post a Comment