Misi Menawan Pine Tree Hill, Bukit Fraser

Yeaarrgghhh....... Awal pagi besok bermula ekpedisi menawan Pine Tree Hill di Bukit Fraser. Segala persediaan daripada segi kelengkapan untuk mendaki seperti kamera, air mineral, roti, epal & glove telah di siapkan dalam beg. Walaupon kasut baru ku beli malam tadi dek mencari kasut yang benar-benar sesuai dengan kakiku.

Persediaan mental & fizikal juga telah di lakukan dengan latihan joging dan training ping pong. ehh... apa kena mengena ping pong dengan hiking?? Haaa... di sinilah rahsianya, sukan ping pong lebih kepada ketangkasan merangsang pergerakan tangan, kaki & pinggang. Disamping menjana stamina dapat juga membakar kalori dan mengeluarkan peluh yang cepat berbanding berjoging.


Peta kat atas tu adalah lokasi pendakian esok dengan ketinggian 1448m/4750ft. Bermula jam 4am perlu bertolak daripada Bandar Baru Bangi menuju ke Bandar Sri Damansara utk menumpang kereta rakan (Jasmin) dan meneruskan perjalanan ke Bukit Beruntung bersama sekumpulan pendaki yang lain iaitu Kak Ann Daim. Pendakian kali ini disertai oleh 9 orang jika mengikut maklumat yang diterima.

Jika mengikut plan asal akan singgah sebentar untuk solat subuh terlebih dahulu kemudian diteruskan menuju ke lokasi pendakian. Aku berharap pendakian esok berjalan dengan lancar dan pastinya Puncak adalah sasaran utama. See u at the Top Crazy Hikers!!!

No comments: