Bekerja Hingga Umur 60, Wajib Carum KWSP

Pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun akan diwajibkan terus mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 

Arahan itu akan dikuatkuasa apabila Akta KWSP 1991 dipinda nanti.


Pindaan itu kata Menteri Sumber Manusia - selaras dengan rang undang-undang umur persaraan minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat Jun lalu.

Pindaan itu menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun yang dijangka dilaksanakan tahun depan.

KWSP juga kata Datuk Seri Dr Subramaniam - bersetuju pengeluaran carumannya masih kekal pada umur 55 tahun.

Dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.

Pencarum yang tidak mengeluarkan simpanan ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun. Sumber : TV3


Kemungkinan besar akta dibawah ini dirujuk bagi maksud kenyataan di atas.

Seksyen 55A
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun

55A. (1) Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan semua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2) Perenggan 54(1)(c), (e) dan subseksyen 54(6) tidak terpakai bagi seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
[Mas. Akta A1300.]

## Nota kaki Rudy : Bermakna selepas terdapat pilihan utk teruskan mencarum sehingga umur 60 tahun. Memandangkan kerajaan telah wujudkan Private Retirement Scheme (PRS) bermakna ada pilihan atau saluran selain daripada KWSP untuk teruskan pelan persaraan di skim swasta.

Disini ada sedikit info tentang PRS. Anda boleh rujuk di sini tentang Private Retirement Scheme (PRS).
PRS - Key Components

Private Retirement Scheme (PRS)

PRS are offered by approved PRS Providers. Each PRS will include a range of retirement funds from which individuals may choose to invest in, based on their own retirement needs, goals and risk appetite.

With increasing life expectancy and rising living standards, many Malaysians find that their savings are inadequate to meet their retirement needs. PRS form an integral feature of the private pension industry with the objective of improving living standards for Malaysians at retirement through additional savings of funds.

As long-term investment vehicles, PRS are designed to help enhance adequacy andexpand coverage of retirement benefits to all segments of the population. It complements Malaysia’s mandatory retirement savings schemes.

Jika bermanfaat sila sharekan artikel ini pada rakan-rakan anda"

(SHARING IS CARING)

No comments: