RM50K untuk esok... InsyaAllah

Besok ada appointment dengan client di Pejabat MB Selangor. Aku kategorikan sebagai prospek besar dikalangan client aku. Prospek ni pernah aku propose pada awal tahun 2012. Selepas follow up melalui phone untuk appointment sebelum ni gagal kerana dek kesibukan beliau. Alhamdulillah, prospek ni hubungi semula utk jumpa pada esok hari jam 11.00 pagi.. Pelik tapi benar!

Sebelum ni aku macam dah rasa macam xde harapan la plak... tp perancangan tuhan mengatasi segalanya.. Di bawah ni aku sharekan sedikit perbualan ringkas melalui telefon...


Pagihari ada miskol daripada 013-XXX nombor yg tak dikenali, petang plak dapat call daripada nombor yg sama... Aku angkatla sebab tgk cantik semacam je.... rupenya ada pegawai kanan daripada Kerajaan Negeri Selangor call aku... EXCO ka YB ka...MB ka aku lupa plak jawatan sebenar dia...

Perbualan Telefon seperti dibawah :
Tutttt..trittt...tuttt....tootttt...aku ringkaskan..
Rudy : Hello..
XXX : Rudy...kenapa lama tak datang jumpa saya?
Rudy : Uiks... siapa ni???
XXX : Saya Haji dot..dot...
Rudy : Oic.... Tuan Haji... Napa yer tuan haji??
XXX : Napa haritu xdtg jumpa saya...???
Rudy : Laaa... iyeker... tapi hari tu tuan haji kata busy dan kata nanti... dan saya ingat tuan haji sudah tidak berminat dengan proposal saya...
XXX: Ishhh...xdelaa.... Ok tadi saya pergi ke Public Mutual di Seksyen 15, Shah Alam.
Rudy : Tuan Haji dah invest ker??
XXX : Ehh... Blom lagi... sebab staff kaunter tu cakap kena melalui Consultant Agent... "Dah ada agent blom?", Tanya staf kaunter.. nasib baik dia cakap dah ada tp branch bangsar (aku la tu)...
Rudy : Baiklah macam ni, Tuan haji nak invest brp?? Dah prepare banker cheque atau bank draft??
XXX: Blom lagi... Kalo RM50K saya invest boleh keluar bila??
Rudy : Actually, 3 bulan pertama sahaja tidak boleh keluarkan selepas tu Anytime & Anywhere.. Tp walaubagaimanpun ia bergantung pada objektif, tempoh masa, risk profile investor of investment... blah...blah..... Esok jumpa di Pejabat MB.... ops...ops... SUK tu pejabat MB la kot... lama xdtg sana jumpa MB... YEARGGHHHHH......

#harap2 menjadi kali ni... mana tau dia nk pump RM100K ka.... 50K tu macam dalam tangan kalo mmg dah rezeki aku... Insyaallah.

**Moral of the Story : Jangan buat andaian negatif mengenai client anda. Jika hari ini anda propose mereka tidak mahu bukan bermakna mereka menolak anda terus. Kemungkinan besar mereka belom bersedia untuk itu. Pasti esok atau lusa atau juga akan datang mereka kembali pada anda bila sudah bersedia. Think Positive!!!

No comments: