3 Simple Rules in Life : Do it now!!!




Apa yang anda rancang & lakukan hari ini adalah apa yang anda kecapi dimasa hadapan. Rancanglah hidup anda dengan sebaiknya kerana kita bukan merancang untuk gagal tp Gagal untuk merancang.

Biar sekecil mana pun usaha kita asalkan ia dilakukan secara istiqamah dan tertib pasti hasilnya tetap ada untuk kita kelak. Bior sikit tp lama-lama jadi bukit. Bersusah-susah dahulu bersenang-lenang kemudian. Jangan plak terbalik dahle yer... Mana la tau bersenang lenang dahulu.... bermati-matian kemudian. Kan menganiayi diri sendiri namanya. 

Ingat bahawa kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Sekarang di waktu sihat ni bolehla kita katakan mampu bekerja, tp bila dah tiada kudrat mungkin sudah tiada upaya untuk melakukannya. Pastinya semua itu sudah terlambat. Amalkan tabiat menyimpan supaya ada berkat di waktu darurat.

Pilihan yang paling mudah ialah kita rancang & lakukan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Kemudianya pasti kita akan menikmati hasilnya. Action Create RESULT!!!

Baca selanjutnya dibawah tu yer... ada info menarik utk dikongsikan ;-)

Bagaimana melabur daripada EPF ke Unit Trust?
Jumlah yang boleh dilabur adalah sebanyak 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.

1)Pelaburan minimum sebanyak RM1,000.
2)Pelaburan boleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan.
3)Caj Perkhidmatan seunit – sehingga 3% daripada nilai aset bersih seunit.

Contoh 1:
Rudy berumur 33 tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang terkini, jumlah simpanannya dalam Akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia "LAYAK" mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam dana unit amanah.
Pengiraan = (RM70,000 – RM24,000) * 20% = RM9,200

No comments: