Tanggal 31 Disember 2011 detik jam 11:59:59 bermakna sesaat lalu berakhirlah sudah tahun 2011 dimana kita akan beralih tahun baru iaitu tahun 2012.
Masa berlalu begitu pantas sehingga terlupa ia meninggalkan kita. Benar bagai dikata "Masa itu Emas". Kita mampu membeli emas dengan wang ringgit tapi kita tidak mampu membeli masa dengan wang ringgit. Begitu bernilainya masa. Hargailah masa anda sebaiknya.
Saudara, jika kita gunakan manfaat masa yang ada pasti kita tidak berasa rugi. Apa yang pasti masa itu tetap meninggalkan kita dan ia makin jauh dan pergi berlalu daripada kita. Jangan kita alpa, bermula daripada awal dalam menetapkan matlamat kita. Jangan biarkan ia berlalu tanpa sebarang pengisian yang bermakna.
Kita tidak mampu untuk mengundurkan masa kerna masa itu tetap berlalu tanpa mampu di tahan atau dibendung oleh kita. Sehingga kini aku terlupa bahawa misi aku selama 6 bulan telah berlalu meninggalkan 3 bulan lagi baki untuk aku tempuh. Baki yang ada ini perlu ku gunakan sebaik mungkin bagi memastikan matlamat yang telah ku tetapkan itu berjaya.
Pengisian yang telah di lepasi itu masih belum memuaskan hati. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu aku perbaiki demi memastikan hasil yang baik. Pencapaian yang aku harapkan tidak begitu memberangsangkan. Di sini silapnya bila tumpuan beralih arah dan matlamat yang ditetapkan menjadi kabur. Oleh yang demikian aku perlu muhasabah diri agar tidak lari daripada landasan yang ada.
Bila semangat yang ada jatuh merudum dek gangguan dan halangan yg datang bertalu di bulan penghujung 2011. Aku tetap mencari kekuatan dalam menghadapi dugaan supaya tidak di cemuh mahupun di pandang sinis dek pencapaian aku yang tidak seberapa. Tidak mungkin aku membiarkan ianya berlaku. Aku mampu lakukan yang terbaik. Insyaallah.
Pengisian tahun 2012 telah di atur dengan misi latihan dalam memperkuatkan skil dan semangat supaya misi 6 bulan ini benar menuju kehendaknya. Walhal benda ini sepatutnya ku dulukan di awal misi tapi dek kekangan masa aku lengahkan. Aku tetap bersyukur dengan kekuatan dan sokongan yang ada sehingga aku mampu untuk teruskan misi ini.
Inilah jalanku inilah misiku. aku yang pilih bermakna aku kena hadapai. Aku kena kuatkan semangat dalam menempuh tahun baru dengan bergaya dan berjaya di penghujungnya. Pasti KEJAYAAN itu adalah milikku.
SELAMAT TAHUN BARU 2012. Kita bukan Merancang Untuk Gagal tapi GAGAL untuk MERANCANG. Rancanglah hidup kita sebaiknya.
Nukilan bicara daripada hati ikhlas penulis blog ini.

No comments:
Post a Comment