Harga Seorang Anak kaitan dengan Inflasi

Dalam kegembiraan kita menimang cahaya mata, banyak perkara yang perlu difikirkan tentang kos perbelanjaan anak. Selain susu, makanan, lampin pakai buang, pakaian, nurseri, tadika dan perbelanjaan asas anak anda, anda juga mungkin perlu pindah ke rumah yang lebih besar dan mencari kawasan yang mempunyai sekolah yang baik. Sebagai ibu dan isteri, anda juga mungkin terpaksa menjadi suri rumah untuk menjaga keperluan anak anda.

Bagaimana pula dengan kos pendidikan anak? Saya pasti, setiap ibu bapa menaruh harapan tinggi supaya anak-anak ke universiti untuk menjadi individu yang berilmu. Walau bagaimanapun, kos ke universiti semakin lama, semakin tinggi.

Zaman saya mengambil Sarjana Muda dulu di salah satu IPTA di Malaysia memakan kos RM 21,000. Itu pun, dengan pinjaman penuh daripada PTPTN. Menurut saudara-mara yang mempunyai anak di universiti sekarang, pinjaman PTPTN payah untuk diperolehi secara penuh dan hanya merangkumi bayaran yuran dan asrama sahaja. Kos sara hidup adalah daripada biasiswa “FAMA” (gabungan father mother) sepenuhnya.

Pakar perancang kewangan Malaysia, YKConsultancy, membuat anggaran kos yang diperlukan untuk belajar di universiti menjelang 2014 di Malaysia dan juga beberapa negara terkemuka:

-Malaysia – RM 159,000
-Australia – RM 615,000
-Amerika Syarikat – RM 858,310
-United Kingdom – RM 973,000
    Sejauh mana ketepatan anggaran di atas, saya tidak dapat pastikan. Yang pastinya, kos sara hidup semakin meningkat dan tidak pernah turun. Sebagai ibu bapa, pastikan keadaan kewangan anda stabil sebaik sahaja anda merancang untuk mendapat anak, demi menjamin kebajikan dan masa depan mereka. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

    -Pastikan anda merancang kewangan anda dengan baik dan dapatkan nasihat daripada yang pakar.
    -Pastikan anak-anak anda diajar dengan tabiat berjimat-cermat dan menabung.
    -Ambil insuran pendidikan untuk anak-anak.
    -Bagi suri rumah, ambil inisiatif untuk mencari pendapatan sampingan melalui kepakaran yang ada (ex: menjahit).

    Sumber : http://comelnya.com/ibu-dan-anak/harga-seorang-anak


    ULASAN : Kaitan perkara di atas adakah berkaitan dengan inflasi??? YA- Ia berkaitan dengan inflasi. Jika dulu saya bersekolah... Belanja RM0.30 mampu beli air secawan, Nasi lemak sepinggan tp jika dibandingkan sekarang harga RM0.30 itu hanya mampu beli gula-gula "Hack" 6 biji sahaja. Itu beza nilai duit pada 23-25 tahun yg lalu. Kecil sahaja nilai duit sekarang.

    Apakah Inflasi?

    Inflasi di takrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan dan perkhidmatan dan ia di ukur sebagai peningkatan dalam peinratusan tahunan. Sekiranya infalsi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalamkuasa membeli anda. Sebagai contoh, dari segi teori secawan kopi teh tarik berha RM1 akan berharga RM.1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus. Lanjut sila baca di sini Inflasi.


    Apakah Kesan-Kesan Inflasi?

    Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut naik. Baca Kesan-Kesan Inflasi.


    Bagaimana Kita Boleh Mengatasi Inflasi?

    Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi :-
    1) Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda.
    2) Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan anda.
    3) Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.
    4) Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan.
    5) Menguruskan hutang anda.

    Selanjutnya sila baca di Mengatasi Inflasi.

    Di harap perkongsian ini memberi kesedaran kepada sang anak yang sedang membesar dan telah membesar. Kenangkan jasa-jasa orang tuamu. Besarnya pengorbanan mereka terhadap kita sejak kita di kandungkan sehingga kita mengandungkan pula anak kita.

    Perkara ini sentiasa berputar tanpa henti sehinggalah nilai duit tiada bererti lagi di dunia ini. Sebarang perkongsian ini amatlah dialu-alukan. "Sharing is Caring" 

    No comments: